Saturday, March 28, 2009

PWTC : Kenyataan Paling Bodoh Perwakilan UMNO

Kenyataan Paling Bodoh 1 :

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Wan Md.Hazlin Hassan mendesak kerajaan agar mengharamkan pertubuhan pelajar Malaysia yang berpusat di Mesir (PMRAM) yang dikenalpasti didominasi oleh kumpulan pembangkang dan ditarik semula biasiswa pelajar yang bersama persatuan ini.

Ulasan : Inilah satu contoh betapa dungunya minda pelajar yang dah dirosakkan oleh ideologi khurafat dan songsang UMNO. Bagitau kat budak bahalol ni yang duit biasiswa tu datang daripada poket rakyat Malaysia pembayar cukai. Bukannya duit UMNO. Seperkara lagi dia perlu sedar bahawa para pelajar yang menganggotai PMRAM itu adalah terdiri daripada golongan cerdik pandai dan celik hatinya. Mereka sedar bahawa UMNO sebuah parti sesat yang haram disokong.

Kenyataan Paling Bodoh 2 :

Perwakilan Selangor, Ismail Kijo menyebut Melayu tidak pernah dilayan sebegini buruk terutamanya oleh Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Mereka menghina Melayu seolah-olah kita ni macam tiada maruah lagi. Dan Anwar mahu samakan status Melayu dengan yang lain", kata Ismail merujuk pada kempen Pakatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.

Ulasan : Tanya kat Ismail Kijo, selama ini siapa yang sebenarnya mengkhianati Melayu ? Punyalah bangang si Jawa Selangor ni. Wahai Ismail, aku nak habaq kat hang agar ingat balik apa yang parti bangsat hang dah buat kat bangsa Melayu :

1- buang biasiswa anak orang Melayu.

2- rampas tanah orang Melayu dan serahkan kepada tauke besar buat projek.

3- robohkan rumah orang Melayu.

4- hina dan buang Bahasa Melayu, utamakan bahasa asing. PPSMI tu cadangan siapa ?

5- hilangkan kekebalan Raja Melayu.

Tak usahlah kamu bercakap nak bela Melayu. Setiap kali kamu rasa UMNO semakin hilang sokongan, waktu itulah kamu timbulkan balik isu ketuanan Melayu dan menghunuskan keris tumpul sambil berkata "Keris ini akan bermandi darah jika ada sesiapa yang berani mengugat kepentingan Melayu". Macam nak muntah aku mendengarnya.

Sebenarnya kamulah pengkhianat kepada bangsa kamu sendiri. Bolehlah kamu bercakap di hadapan perwakilan yang sama bodoh macam kamu. Sedarlah sikit wahai Mail, Pakatan Rakyat mahu membela semua bangsa yang ada dalam negara secara adil tanpa mengenepikan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Islam sendiri mengajar umatnya bersikap adil dengan semua pihak.

Kenyataan Paling Bodoh 3 :

Wakil Puteri UMNO, Mazlina Lazim beritahu perwakilan bahawa pihak kerajaan mesti memastikan golongan yang setia kepada UMNO saja akan diberikan keutamaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs). "Jika UMNO tidak menolong ahli UMNO, siapa lagi yang boleh tolong", katanya.

Ulasan : Inilah kenyataan membuka pekong sendiri. Dah jelas memang pemimpin UMNO yang ada hari ini hanya pentingkan 'projek' dan 'habuan'. Mereka berlumba-lumba untuk mengkayakan diri dan keluarga. Tiada lagi dalam kamus mereka untuk bela nasib orang Melayu. Yang tinggal hanyalah cakap-cakap kosong untuk dodoikan bangsa Melayu yang dah lama lena diperbodohkan oleh UMNO.

Kalau tak ada projek, dah lama UMNO pupus. Si Mazlina yang 'paloi' ni ingat semua projek kerajaan tu UMNO yang punya ke. Tak boleh bagi kat orang lain. Kenapa tak marah bila UMNO bagi Ananda Krishnan (warga Ceylon) menguasai Maxis dan Binariang yang memiliki satelit Measat. Sekarang segala rahsia Malaysia di dalam kocek si kafir laknat dari Ceylon ni. Kenapa diam bila kerajaan UMNO bagi pada Tan Sri Francis Yeoh lesen janakuasa letrik, kemudian memaksa TNB membeli tenaga daripada janakuasanya. Walhal bekalan tenaga elektrik kita lebih dari cukup dari stesen janakuasa hidro yang sedia ada.

Sedarlah, sebenarnya UMNO hanya membela kroni mereka yang kaya raya. Kamu hanya dapat hampas saja. Tengok Razak Baginda. Dia tak pernah pergi bantu kempen UMNO, tak pernah jadi perwakilan UMNO, tak pernah tolong pasang poster BN TAPI sekelip mata saja dapat RM 500 juta.

Baru sekali dua dapat projek yang bernilai antara ratusan ribu hingga 2 juta, dah jadi bodoh seumur hidup jadi pecacai UMNO. Untung pun bukannya banyak. Malah hutang keliling pinggang. Ada yang diisytiharkan muflis sebagaimana yang didedahkan baru-baru ini ada 40 perwakilan UMNO muflis. Kenapa boleh jadi macam tu ?

Adios

1 comment:

Bang_Zai said...

Saudara,

Inilah komen kecil saya.


Bukan semua orang UMNO bagus dan pandai, jadi tak perlulah hanya orang UMNO yang patut diberi jawatan tinggi dalam agensi kerajaan.

Bukan semua orang UMNO itu cerdik, maka adalah tak wajar hanya mereka yang patut menerima biasiswa kerajaan untuk nak sambung belajar.

Bukan semua orang UMNO itu pejuang, maka tak perlulah mereka mengangkat diri mereka sebagai satu-satu hero penyelamat bangsa Melayu.

Bukan semua orang UMNO itu sentiasa , maka tak perlulah mereka menganggap sebagai pemimpin yang perlu dipatuhi.

Bukan semua orang UMNO itu tahu tentang kehendak rakyat, maka tak perlulah mereka menganggap diri mereka sebagai satu-satu pembela rakyat.

Wahai orang UMNO, sedarlah diri sedikit. Janganlah anggap semua orang Melayu boleh diugut, dipaksa agar menyokong UMNO. Janganlah anggap Malaysia ini UMNO yang punya.

Janganlah kamu wahai orang UMNO melakukan kezaliman dan penindasan. Doa mereka yang dizalimi dan ditindasi tidak ada hijabnya.

Sekian.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger