Sunday, March 22, 2009

Confirm ! Pak Lah Tak Letak Jawatan PM

Mengikut firasat "Nujum Pak Belalang", Pak Lah dilihat akan meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga Jun. Hampir pasti Pak Lah tidak akan letak jawatan PM pada 1 April ni ekoran tindakannya yang telah mengatur jadual tugasnya sehinggalah penghujung Jun ini.

Secara peribadi, aku memang tak mahu Pak Lah berhenti jadi PM sekarang. Pak Lah perlu teruskan tugasnya sehingga pembubaran Parlimen akan datang. Jangan sekali-kali serah jawatan PM kepada Najib Razak. Na'uzubillah ....

Malaysia akan lingkup jika anak Tun Razak ni yang jadi PM. Baru jadi TPM pun dah macam-macam perkara keji dan hina yang dibuat. Pasal rompak duit rakyat... tak perlu cakaplah ... dah berbilion dia sapu. Ugut, culik dan beli wakil rakyat dah memang kerja dia. Pasal kes Altantuya, satu dunia dah tahu memang dia dan bininya terlibat. Tentang penafian dia sebelum ni, itu dia punya pasal. Orang semua dah tahu pembohongannya. Semua pihak dibeli dan dipergunakan untuk menyembunyikan fakta penglibatannya. Peguam Negara, Hakim dan Polis diperalatkan untuk 'menyelamatkan' diri dan karier politiknya. Fikirnya rakyat masih boleh diperbodoh dan ditipu dengan media perdana yang memang telah lama menjadi 'pelacur' menyebarkan berita songsang dan fitnah.

Khabarnya baru-baru ini beberapa orang wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO pergi berjumpa dengan Pak Lah di pejabatnya di JPM. Semuanya beri pandangan dan nasihat pada Pak Lah agar teruskan tugas sebagai PM. Salah seorang yang juga pergi bertemu Pak Lah merupakan anak negarawan. Yang jelas mereka memang tak mahu Najib Razak jadi PM yang seterusnya. Why they didn't wants Najib being a PM, just figure it in our mind.

Dilaporkan ada seorang Ketua UMNO Bahagian daripada Sabah memberi 'warning' kepada Pak Lah sekiranya menyerahkan jawatan PM kat Najib, tak sampai dua bulan BN akan lingkup. Dia juga beritahu pada Pak Lah bahawa semua komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menunggu masa saja untuk keluar BN dan jadi Bebas jika Najib yang jadi PM. Orang Sabah dan Sarawak memang benci pada Najib.

Jika Najib yang mengetuai negara, kesan yang paling buruk sekali kemungkinan besar Sabah dan Sarawak akan keluar dari Persekutuan Tanah Melayu sebagaimana Singapura dulu. Kata Ketua Bahagian UMNO itu sudah ada tanda-tanda atau bibit-bibit yang tumbuh di Sabah dan Sarawak yang dicipta untuk menimbulkan masalah bagi membolehkan mereka bertindak demikian. Kesan yang mungkin diambil tindakan oleh Sabah dan Sarawak ini menakutkan sekali.

Nampak gaya Pak Lah 'bersemangat' balik untuk teruskan tugas sebagai PM sehingga PRU13. Dia ada alasan untuk bertindak begitu. Selain daripada saranan Mursyidul Am dan Presiden PAS agar beliau meneruskan tugas PM, kini desakan daripada 'orangnya sendiri' agar bertindak sedemikian.

Sekarang ni Pak Lah berada di Kuwait atas lawatan kerjanya. MB Johor pun ada turut sama dalam lawatan kerja ini. Aku nampak dalam berita pagi tadi. Dilaporkan Pak Lah akan terus terbang ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama rombongannya. Nampaknya Pak Lah 'serius' betul untuk memohon petunjuk Allah berhubung tugasnya sebagai CEO Malaysia ni.

Pak Lah perlu tunjukkan 'kejantanannya'. Gunakan kuasa yang ada padanya sebagai Perdana Menteri untuk pecat Najib. Kalau Najib boleh gunakan segala jentera untuk 'menyembunyikan' pekongnya berhubung skandal Scorpene dan Eurocopter serta kes pembunuhan Altantuya, maka sewajarnyalah Pak Lah gunakan juga segala jentera yang ada untuk memecat dan mendedahkan segala penyelewengan dan jenayah Najib selama ini. Pak Lah mesti halang Najib dengan apa cara sekalipun untuk menyelamatkan negara ini daripada musnah.

Pak Lah, you must do something before too late...

Adios.

1 comment:

EQUILIBRIUM said...

aik sempat lagi paklah pi umrah? bukan 24 ni amno nak berhimpun ke? jgn nanti paklah cakap di dapat petunjuk di mekah sudah. nangis tak berlagu rosmah dibuatnya hehehehe

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger