Sunday, March 8, 2009

Rasulullah S.A.W Insan Teragung Pilihan Allah

Esok, 12 Rabi'ul Awal 1430H adalah salah satu hari kebesaran bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Pada tarikh inilah seorang wanita yang dimuliakan Allah bernama Aminah telah melahirkan seorang bayi yang diberikan nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib.

Bayi yang dimaksudkan ini adalah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah Penghulu kepada seluruh Nabi dan Rasul. Juga yang terakhir (penutup) diutuskan oleh Allah SWT. Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas Baginda.

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Al-Anbiya' (21) : ayat 107,

(وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ(١٠٧

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Firman Allah dalam Surah Al-A'raaf (7) : ayat 158,

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk."

Allah SWT dan para Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 56-57,
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina."

Allah SWT sendiri mengakui kemuliaan dan ketinggian akhlak Rasulullah S.A.W. Firman-Nya di dalam Surah Al-Qalam (68) : ayat 4,

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيم

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia."

Saiyidatina Aisyah R.A pernah menyebut "Akhlak Rasulullah ialah Al-Qur'an."

Apa Tanggungjawab Kita ?

Sayugia diingatkan sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul, adalah menjadi kewajiban kita semua untuk mematuhi dan melaksanakan segala isi kandungan Al-Qur'an dan menuruti Sunnah Rasul.

Wasiat Raulullah kepada kita semua yang berbunyi "Jika kamu berpegang teguh dengan 2 perkara ini, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya. Yaitu Al-Qur'an dan Sunnahku."

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dengan membuat penilaian berikut ;

1- Adakah kita benar-benar beriman kepada Allah, kenal dan cinta pada-Nya ?

2- Adakah kita benar-benar kasih kepada Rasulullah S.A.W mengatasi diri kita sendiri ?

3- Adakah kita kasih kepada para Sahabat, Aulia', Solefussoleh, Ulama' amilin (pewaris Nabi) ?

4- Adakah kita kasih kepada golongan mukmin ?

5- Adakah kita sudah menjadi penolong agama Allah dengan duduk dalam sebuah jamaah Islam yang mahu mendirikan Daulah Islamiyyah ?

6- Bagaimana dengan amal 'ibadah kita selama ini ?

7- Bersihkah hati kita dari sifat-sifat Mazmummah ?

8- Adakah hati kita masih lebih cenderung kepada dunia daripada Akhirat ?

9- Adakah kita takut mati ?

10- Banyak mana zikrullah dan istighfar kita seharian ?

Jika markah 10 soalan ini dikategorikan sebagai Cemerlang, Baik, Sederhana, Lemah, maka markah yang layak buat saya ialah Lemah. Bagaimana dengan anda ?

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger