Friday, March 6, 2009

Altantuya : Siapa Pengarah dan Pembunuh Sebenar ?

Media milik UMNO telah lama 'melacurkan' prinsip dan etika penyiaran di dalam negara dengan melaporkan 'berita songsang' demi melindungi segala dosa-dosa 'big bos' mereka. Setiap berita yang disiarkan tentang tindakan dan dasar kerajaan dan para pemimpin BN semuanya 'baik belaka'. Semuanya telah diatur sebagaimana yang dikehendaki agar rakyat terus-menerus diperbodohkan dengan segala propaganda murahan. Bak kata orang, kalau dah bangkai tu akhirnya berbau juga. Hari ini dengan kemajuan teknologi multimedia di zaman 'dunia tanpa sempadan", rakyat lebih gemar mencari berita melalui media alternatif. Rakyat sudah mual dengan segala pembohongan media arus perdana.

Begitu juga dengan Polis. Polis yang ada hari ini jelas bertindak mengikut arahan pemimpin atasan negara. Mereka tidak lagi menjalankan tugas sebagaimana sepatutnya. Polis yang ditugaskan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat, kini telah diubah tugasnya hanya untuk menjaga keselamatan dan kepentingan UMNO/BN dan pimpinannya.

Jika benarlah sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Liberation French pada hari semalam (5 Mac 09), betapa 'hinanya' Polis diperkudakan oleh pihak atasan untuk melakukan pembunuhan kejam terhadap seorang manusia yang tidak bersalah. Pembunuhan ini dilakukan hanya semata-mata untuk menutup pekong di kalangan individu kelas atasan dan elit.

Mari kita exploring Kronologi Pembunuhan Altantuya ini. Anggaplah kita anggota CSI.

1- Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen Euro 114 juta (RM 500 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, syarikat milik Razak Baginda.

2- Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan dua wanita Mongolia ( seorang darinya adalah pawang) dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda berjumlah USD 500 ribu (RM 1.7 juta). Tegasnya dia berhak ke atas komisyen tersebut.

3- Rosmah bertindak menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya disebabkan rasa cemburunya.

4- Selama beberapa hari Altantuya mengganggu bekas kekasihnya kerana tidak membayar komisyen tersebut.

5- 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.

6- 19 Oktober lebih kurang jam 9.00 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan.

7- Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.

8- Najib cuba menutup kes ini dengan menghantar SMS kepada Razak Baginda :"Saya akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah".

9- Beberapa jam kemudian, Razak Baginda ditahan, begitu juga Azilah dan Sirul.

Prosiding Mahkamah

- Tertuduh Koperal Sirul Omar dalam prosiding pembelaan diri menyebut : "Saya tidak bersalah. Saya hanya sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan. Orang yang bertanggungjawab bebas di luar sana dan tidak berada dalam mahkamah ini (tidak didakwa)."

Akuan Bersumpah Raja Petra Kamaruddin (RPK)

- Dalam pengakuan bersumpahnya, RPK mendedahkan bahawa 3 nama yang berada di tempat kejadian di mana mayat Altantuya diletupkan. Penama tersebut ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Lt. Kol Aziz Buyong dan isterinya Lt. Kol Norhayati Hassan.

Pendedahan oleh Pegawai Konsulat Mongolia di Malaysia

- Dato' Syed Abd.Rahman al-Habsyi memberitahu RPK bahawa Rosmah yang memberi arahan pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4.

- Dato' Syed Abd.Rahman juga mengadu kepada RPK yang Ketua Polis Negara ada menghubungi dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM.

Terkini

- Razak Baginda kini menetap di England bersama isteri dan anaknya.

Anda buatlah analisa sendiri.

Yang pasti, individu sebenar yang terlibat dengan pembunuhan ini bebas lepas dan tidak didakwa. Semuanya telah disusun dengan rapi termasuk watak-watak yang tertuduh.

Mungkin yang menembak dan memasang C4 ke tubuh Altantuya serta meletupkannya adalah individu pihak ketiga yang dilindungi identiti mereka. Yang jadi mangsa 'kambing hitam' ialah 2 anggota UTK, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar.

Razak Baginda pula hanya 'disinggahkan sementara' di penjara demi 'melindungi' big bosnya yang bakal jadi PM. Bagi Razak, apalah sangat duduk dalam 'penjara khas' untuknya. Yang penting duit dah masuk ratusan juta. Sapa nak bagi. Walaupun benar dia tidak terlibat dengan pembunuhan ini, namun jiwanya tidak akan tenteram selamanya.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger