Monday, March 30, 2009

Benarkah UMNO Masih Relevan ?

Berikut adalah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center melalui kajiselidik yang dijalankan pada 4 hingga 16 Februari 2009 bagi mengenalpasti persepsi pengundi terhadap pemilihan UMNO yang baru selesai hari Sabtu lalu.

Kajiselidik ini melibatkan 1,031 pengundi berdaftar yang terdiri 57% Melayu, 31 Cina dan 12% India. Kajiselidik ini dijalankan melalui temubual telefon dan responden dipilih secara rawak mengikut pecahan kaum, jantina dan negeri.

Melalui kajiselidik ini kita boleh membuat penilaian sendiri adakah rakyat masih mengharapkan UMNO sebagai sebuah parti dominan dalam arena politik tanahair.

Ulasan Oleh Merdeka Center ;

Rakyat ingin pandangan mereka diambil kira dalam menentukan barisan kepimpinan UMNO menurut kajiselidik

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO dan proses pemilihan parti, kajiselidik di kalangan pengundi Malaysia mendapati bahawa kebanyakan rakyat mengatakan bahawa pandangan mereka perlu diambilkira dalam pemilihan barisan kepimpipinan UMNO.

Kajiselidik pendapat umum yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Reserch mendapati bahawa 79% daripada pengundi berpandangan bahawa “ para perwakilan perlu mengambil kira pandangan rakyat biasa dalam menentukan barisan kepimpinan UMNO kerana ia mempengaruhi kepimpinan negara”. Hanya 16% daripada pengundi merasakan bahawa pemilihan pemimpin UMNO sebagai hal dalaman parti.

Harapan tinggi terhadap UMNO

Kajiselidik mendapati 19% rakyat Malaysia inginkan UMNO melayan semua kaum dengan adil. Di kalangan pengundi Melayu, 19% ingin UMNO “terus memimpin negara” dan 15% inginkan “ pentadbiran negara diperbaiki ke arah yang lebih baik”.

Kajiselidik juga menilai persepsi pengundi terhadap isu yang mempengaruhi UMNO dan harapan mereka terhadap UMNO. 61% daripada pengundi menyatakan bahawa rasuah adalah masalah paling serius dalam UMNO hari ini, diikuti dengan “kegagalan memahami keadaan rakyat” (13%), “bersifat perkauman” (6%) dan “pemimpin yang lemah” (6%)

Pengundi juga menaruh harapan agar Umno “melayan semua kaum dengan adil” (19%), “terus memimpin negara” (11%), “memperbaiki sistem pentadbiran” (10%) dan “menjaga kebajikan rakyat” (8%)

Apabila ditanya tentang kriteria pemimpin yang mereka fikir paling penting perlu ada pada seorang pemimpin UMNO, 21% daripada pengundi memberitahu “adil kepada semua rakyat”, “berjiwa rakyat” (11%), “bersikap jujur dan amanah” (9%), “berpengetahuan agama” (8%), dan “bertanggungjawab dan bebas dari rasuah” (5%)

58% pengundi Melayu yakin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu untuk merealisasikan harapan mereka terhadapat UMNO manakala 35% pengundi melahirkan keyakinan yang sama terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan 29% terhadap Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin, Muhkriz, Shahrizat dan Shahniza menjadi pilihan umum.

Berkaitan dengan calon-calon yang bertanding, kajiselidik mendapati 52% daripada pengundi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula memperolehi 11% sokongan sementara Tan Sri Muhmmad Muhd Taib mendapat 7% sokongan.

Kajiselidik di kalangan 592 pengundi Melayu mendapati 61% menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden berbanding 14% dan 8% masing-masing untuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Untuk jawatan Naib Presiden, di kalangan pengundi Melayu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein muncul sebagai calon pilihan (17%) diikuti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (13%) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (8%)

52% daripada pengundi memilih anak bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Mukhriz, sebagai calon pilihan untuk Ketua Pemuda UMNO berbanding 11% untuk Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohd. Khir Toyo

51% daripada pengundi memilih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita berbanding Datuk Seri Rafidah Aziz (26%). 26% menyokong Shahniza Shamsuddin sebagai Ketua Puteri menjadikan beliau sebagai calon paling popular untuk jawatan tersebut.

Kajiselidik ini menunjukkan minat yang mendalam rakyat Malaysia terhadap pemilihan UMNO. Mereka juga mempunyai pandangan tersendiri terhadap masalah dalam UMNO dan pada masa yang sama menaruh harapan yang tinggi terhadap mereka yang terpilih menerajui pelbagai jawatan dalam parti.

Ekoran daripada prestasi yang kurang memuaskan dalam pilihan raya umum 2008, UMNO sekarang berada di persimpangan arena politik Malaysia dan memikul tugas yang mencabar untuk mengembalikan semula keyakinan pengundi terhadap parti itu.

Source : Merdeka Center

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger