Thursday, March 5, 2009

UMNO Mainkan 3 Sentimen Perbodohkan Melayu

UMNO (Umat Munafiq Number One) kini dilihat semakin terdesak. Pelbagai tindakan yang dilakukan sebelum ini tidak mampu meraih sokongan rakyat malah apa yang berlaku ibarat "menikam diri sendiri".

Tindakan UMNO di bawah arahan Najib yang bertindak biadap merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak merupakan kemuncak terserlahnya segala kekejian UMNO itu sendiri yang selama ini cuba disembunyikan. Ekoran 'tindakan paling hina' ini, rakyat semakin kenal siapakah UMNO dan para pemimpinnya.

Begitu juga tindakan tidak bermoral UMNO yang cuba merampas Selangor dengan mengaibkan Exco Selangor, Elizabeth Yong. UMNO merasakan konspirasi ini akan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya dapat meraih kembali sokongan rakyat terhadapnya. Malangnya apa yang diharapkan tidak menjadi. Sokongan dan simpati rakyat terhadap Elizabeth Yong semakin kuat. Yang lebih menarik apabila Wanita MCA sendiri menyatakan sokongan dan simpati mereka kepada ADUN Bukit Lanjan ini serta menyelar pihak yang terbabit dalam konspirasi ini sebagai golongan yang tidak bermoral.

Hari ini kita sendiri melihat orang UMNO sendiri yang mendedahkan kekejian UMNO. Dr. Mahathir memang dah lama 'menghentam UMNO dan Pak Lah. Najib juga tidak terlepas dari kecamannya. Dia sendiri pernah pernah menggesa agar rakyat menyokong PAS di dalam 'road-show'nya ke Kelantan sebelum PRU12 lalu. Lebih kurang beginilah kata Mahathir dalam ucapannya di Hotel Riversides Kota Bharu ;

"PAS ni buruk. UMNO / BN lebih buruk. Saya minta rakyat Kelantan undilah PAS dalam pilihanraya akan datang."

Yang terbaru, tindakan Datuk Kadar Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun (anak Dato' Harun Idris) yang mendesak agar pemilihan dan persidangan UMNO hujung Mac ini ditangguhkan sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam UMNO diselesaikan dahulu. Mereka juga mempertikaikan kenyataan Pak Lah bahawa siasatan 45 aduan salah laku dan politik wang dalam Umno telah ditutup setelah SPRM mendapati tiada bukti kukuh.

Sebenarnya UMNO dan rasuah sudah tidak boleh dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Tanpa rasuah, UMNO akan lebih cepat 'mampus'. Manakala rakyat pula semakin nampak 'kudis' UMNO yang sudah semakin busuk. Pimpinan atasan UMNO menyedari yang rakyat semakin menjauhkan diri daripada mereka. Lebih-lebih lagi bila mereka gagal dalam usaha untuk 'merobohkan' gabungan Pakatan Rakyat.

3 Sentimen Untuk Raih Sokongan Orang Melayu

Sentimen Perkauman - Setelah semua isu tak laku dan gagal mempengaruhi rakyat, kini UMNO memainkan semula isu perkauman bagi meraih kembali sokongan orang Melayu. Seperti biasa, UMNO akan memainkan isu DAP anti Melayu. UMNO menggunakan isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid sebagai 'modal murahan' bagi meraih simpati orang Melayu.

Sentimen Agama - UMNO cuba memecahbelahkan gabungan Pakatan Rakyat dengan memainkan isu Negara Islam yang dibawa oleh PAS. Isu ini dimainkan dengan harapan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat.

Sentimen Raja - Seperti biasa, puak-puak bangsat UMNO ini cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sajalah yang taat dan setia kepada Sultan. Ekoran tindakan ADUN Pakatan Rakyat yang enggan tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar Perak yang baru dijadikan 'modal' oleh UMNO bagi membangkitkan isu 'derhaka kepada Sultan'. Isu derhaka ini dimainkan dengan tujuan mahu memburukkan imej Pakatan Rakyat.

Puak-puak UMNO bangsat ni memang tak sedar diri. Dia ingat rakyat boleh 'termakan' dengan isu derhaka ini. Rakyat Malaysia tak pernah lupa siapa yang membuang kekebalan Raja-Raja Melayu di zaman pemerintahan Mahathir. Rakyat sudah semakin cerdik hari ini dan tahu membezakan antara intan dan kaca. Penderhaka sebenar terhadap Sultan ialah UMNO.

Wahai UMNO,

Segala kejahatan kamu sedang dibongkar satu persatu.
Kamulah musuh Islam yang sebenar dalam negara.
Kemunafiqan kamu semakin terserlah.
Sebenarnya kamu lebih jahat dari golongan kafir.
Tunggulah saat kehancuran kamu.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger