Tuesday, March 17, 2009

Kes Altantuya : Yayasan Altantuya Ditubuhkan Di Bangkok

Persatuan Wartawan Bebas yang berpusat di Bangkok dan diselaraskan oleh wakil French Liberation, Arnaud Dubus telah menubuhkan satu yayasan bagi membantu keluarga mangsa warga Mongolia Altantuya Shaaribuu, yang dibunuh secara kejam di Malaysia pada Oktober 2006.

Yayasan Altantuya itu bermatlamat untuk membantu Mr.Shaaribuu, ayah si mati dan 2 orang cucunya yang yatim, Altanshagai (5 tahun) dan Mungunshagai (12 tahun).

"Bila saya bertemu dengan Shaaribuu di Ulan Bator pada Januari lalu, dia beritahu saya yang dia sudah tidak membeli pakaian selama 2 tahun kerana tidak mampu berbuat demikian. Lelaki berusia 60 tahun ini terpaksa melakukan dua kerja yang berbeza demi untuk menjaga dan menanggung 2 orang cucunya yang yatim," kata Arnaud Dubus. "Saya seorang wartawan tapi saya juga ada perasaan. Saya tidak mampu menolong untuk melegakan kesedihan keluarga Shaaribuu", tambahnya.

Demi ketelusan, yayasan ini akan dipantau oleh Kedutaan Mongolia di Bangkok. Semua sumbangan akan diserahkan kepada pihak Kedutaan yang akan menyampaikan terus kepada Mr.Shaaribuu.

Penderma pertama kepada yayasan ini ialah Danthong Breen, memang dikenali sebagai aktivis hak asasi manusia di Thailand dan juga merupakan Pengerusi Union Of Civil Liberties.

Semua penyumbang akan menerima resit rasmi. Sumbangan kecil (jika besar lebih baik, tapi jangan terlalu besar) adalah dialu-alukan. Sumbangan kecil sekalipun sudah pasti memberikan makna yang begitu besar kepada kehidupan keluarga Shaaribuu. Pengasas yayasan merasakan penubuhan yayasan ini adalah satu langkah mulia atas semangat setiakawan untuk seluruh rakyat dari pelbagai negara, Asia dan Barat, bagi menyatakan sokongan mereka kepada keluarga seorang jurubahasa muda yang telah dibunuh dengan kejam pada usia 28 tahun.

Source : Susan Loone's blog.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger