Monday, November 7, 2011

Hijab pikat Nai'ma kepada Islam

NAI’MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di bandar Leeds, Britain. Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan Thando Nomhle Mclaren. Ayahnya juga berasal dari Leeds, sementara ibunya dari Scotland, United Kingdom. Namun keluarganya berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan dan menetap di sana, bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti Zimbabwe, adapun ibunya Thembi Mclaren seorang usahawan wanita yang berjaya.

Nai’ma membesar di Zimbabwe kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah di Zimbabwe, Nai’ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London dan memperolehi ijazah pertama.

Setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana muda, Nai’ma menceburi bidang pekerjaan terutama dalam bidang penerbitan, beliau menjadi pengarang kesusasteraan dan pengasas kepada majalah Sisters yang berpangkalan di United Kingdom.

Penglibatannya dalam bidang ini membuatkannya banyak menjelajah ke beberapa negara seperti Mesir hingga bertemu jodoh dengan seorang pemuda Mesir dan memeluk Islam pada 1998. Kerjayanya membuatkannya sibuk dengan berulang-alik antara London dan Kaherah, Mesir tetapi berjaya mempunyai empat cahaya mata.

Selelah memeluk Islam, beliau memuatkan bahan-bahan rencana dalam majalah Sisters berkenaan dengan wanita Islam dari pelbagai dimensi yang boleh dikongsi sama dengan wanita-wanita lain terutamanya di London dan beberapa negara Eropah.

Beliau begitu optimis bahawa ia akan menjadi bahan rujukan kepada golongan wanita untuk mencari kebenaran agama Islam dengan paparan bahan baru dalam majalah tersebut.

Bercita-cita pengamal Islam yang baik

Bagi Nai’ma, beliau teruja dengan segenap ajaran Islam yang menampilkan peradaban akhlak yang cukup tinggi dan bernilai. Beliau serta keluarganya sentiasa mengamalkan segenap ajaran Islam dengan baik walau di manapun mereka berada. Di pejabat, rumah mahupun di restoran, Islam tetap menjadi pegangan kerana ia menjanjikan kebaikan kepada pengamalnya.

Na’ima B. Robert bercita-cita untuk melihat Islam diamalkan oleh penganutnya dengan gambaran yang positif dalam segenap rutin kehidupan mereka, sama ada di rumah, di tempat-tempat awam, sekolah, universiti dan sebagainya.

Ini kerana di Britain, Islam semakin diterima di kalangan rakyatnya walaupun terdapat usaha memburukkan Islam dengan gambaran negatif, namun usaha dakwah yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapat tempat di hati manusia kerana Islam menjanjikan ketenangan jiwa dan pemikiran manusia.

Mula berjinak di Mesir

Kisah pengislaman Nai’ma berputik ketika mewakili universitinya mengadakan pertunjukan muzik di Festival Mesir. Di situlah beliau mula mengenali beberapa individu Muslimah Mesir dan negara umat Islam yang berhijab / berjilbab, beliau langsung bertanyakan mereka tentang konsep pemakaian hijab yang sebenarnya tidak mengganggu langsung kerjaya seorang Muslimah dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Malah para Muslimah berhijab yang ditemuinya menyatakan nada yang sama, bahawa hijab yang diwajibkan pemakaiannya di kalangan Muslimah, sedikit pun tidak menjejas bidang yang diceburinya, malah ia menampilkan imej wanita yang bersopan, dan pemakaiannya menyerlahkan lagi wanita yang berbudi bahasa, malah di akhirat terselamat daripada azab api neraka Allah.

Daripada pengenalannya di situ telah menyebabkannya selalu berfikir mengenai penampilannya, kata-kata kenalan Muslimahnya telah memberi impak besar dalam hidupnya untuk menjadi seperti mereka yang benar-benar sopan, berbudi bahasa dan mempunyai matlamat hidup yang jelas, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

PAS sokong piket MTUC

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan piket kebangsaan seramai 500 orang pekerja yang dianjurkan seluruh negara oleh MTUC telah menyampaikan mesejnya kepada kerajaan Umno-BN.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, PAS tidak mengerahkan ahlinya supaya turun menyertai perhimpunan, tetapi menegaskan PAS menyokong supaya kebaikan pekerja dijaga oleh majikan dan kerajaan.Menurutnya, selepas Akta Pekerja 1955 dipinda menyebabkan majikan bebas dari semua perkara termasuklah kesatuan, perjanjian pekerja, cuti tahunan, cuti sakit, socso, EPF, dan skim persaraan.

“Melihat kepada sambutan pekerja dalam perhimpunan, saya melihat mesej bantahan sampai kepada kerajaan Umno-BN kerana pindaan akta itu lebih banyak keburukan,” katanya ketika ditemui.

Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 di seluruh negara bermula petang 3 November lalu.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 200 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut.

Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun. Turut hadir, beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar. Turut memberi sokongan adalah beberapa wakil rakyat, termasuk Wong Ho Leng dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Pekerja membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu. Mereka juga membawa plakad yang tertulis “Jangan Gadai Hak Pekerja” dan “Menteri Tipu Pekerja.”

Mereka melaungkan “Henti Pindaan”, “Turun Menteri”, Tarik Balik Pindaan Akta” dan “Hidup MTUC” beberapa kali. Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan. Di Pulau Pinang, hujan yang mencurah tidak menghalang kira-kira 1,000
orang daripada berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada MTUC. Pekerja berbaris di jalan utama menuju Prai dan juga membawa sepanduk yang tertera mesej yang hampir sama.

Di Melaka, seramai 400 orang berhimpun secara aman. Perhimpunan yang diadakan bermula jam 5.15 petang tadi itu, turut mewakili seramai 426,000 pekerja di negeri ini. Di Petaling Jaya, kira-kira 90 ahli MTUC mengadakan piket di depan Wisma Kesatuan Sekerja. Piket ini diketuai Setiausaha Agung MTUC, Halim Mansor. Ia bermula jam 5.10 petang dengan peserta memegang sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan akta berkenaan.

Antara ungkapan yang tertera ialah “Martabatkan Pekerja Swasta”, “Kerajaan Lupa Sumbangan Swasta” dan “Pindaan Akta Kerja 1955 Rampas Hak Pekerja.”

Lokasi lain yang terbabit dengan demo meliputi Seksyen 15, Shah Alam; Teluk Panglima Garang; Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Raja, Klang; Sungai Choh, Rawang; Lebuh Raya Persekutuan; Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur; Prai, Pulau Pinang; dan Jalan Bukit Beruang, Melaka. Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan; depan bangunan MTUC Negeri Perak; padang Masjid Negeri di Kuantan, Pahang; depan Pusat Dagangan Kota Bharu, Kelantan; Jalan Skudai, Johor; Mergong, Kedah; Kuching, Sarawak; serta jalan menuju ke Wisma Merdeka, Sabah.

Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.

MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain. - harakah

Friday, November 4, 2011

Wahai umat Islam, tinggalkanlah taghut

Apa itu Taghut? Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2), ayat 256 - 257 yang bermaksud; "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. "

At-Thaghut telah didefinasikan oleh para Sahabat dan Ulama' terdahulu sebagai: "Sesuatu yang disembah, ditaati atau diikuti selain daripada Allah.”

Imam Malik bin Anas r.h. berkata, "At-Thaghut adalah sesuatu yang disembah di samping Allah swt.” (Diriwayatkan oleh Al-Jaami’ li Ahkam Al-Qur’an oleh Imam al-Qurthubi)

Imam Ibnu Qayim r.h. berkata, “At-thaghut adalah seseorang yang menghormati seseorang melebihi batasan yang seharusnya, apakah seseorang itu menyembah, mentaati atau mengikuti.” (Diriwayatkan dalam Thalaathatul Usul)

Syeikhul Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab r.h. berkata, “Dan Thaghut, secara umum, adalah sesuatu yang disembah selain daripada Allah, dan dia setuju untuk disembah, diikuti atau ditaati." (Risalatun fii Ma’naa at-Thaghut oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahaab)

Syaikh Muhammad Bin Abdul Wahhab menegaskan bahawa thaghut ada LIMA dengan berlandaskan nas-nas yang jelas. Yaitu;

1. Syaitan yang menyeru agar beribadah kepada selain Allah SWT. Dalilnya: ”Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Yassin: 60)

2. Penguasa (pemerintah) yang merubah hukum Allah SWT. Dalilnya: ”Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut.” (An Nisa': 60)

3. Mereka yang berhukum selain daripada hukum Allah. Dalilnya: ...”Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itulah orang-orang kafir.” (Al Maidah: 44)

4. Mereka yang mengaku mengetahui perkara ghaib (dukun, paranormal). Dalilnya: ”Allah mengetahui yang gaib, dan Dia tidak memperlihatkan kepada siapapun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya.” (Al Jinn: 26-27)

5. Orang yang diibadahi dan ditaati selain Allah dan dia redha dengan hal itu. Dalilnya: ”Barangsiapa di antara mereka mengatakan: ’Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain Allah', maka orang itu Kami berikan balasan berupa Jahannam.” (Al Anbiya: 29)

Pada seluruh umat Islam di Malaysia, penulis menyeru dengan kasih-sayang, marilah kita segera meninggalkan UMNO yang taghut itu.

Apa lagi yang tak jelas tentang keTAGHUTan UMNO ni. Secara terang-terangan UMNO menolak Hukum Hudud yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Bukan setakat menolak, malah para pimpinan utama parti Melayu itu secara biadap membuat kenyataan memperlekehkan Hukum Allah. Antara yang pernah disebut mereka;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana masyarakat majmuk",

"Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam semuanya kudung tangan dan tak boleh cari makan. Akhirnya umat Islam ketinggalan",

"Kalau laksana Hudud, habislah batu untuk buat jalan",

"Nape perlu dipotong tangan orang yang mencuri? Sepatutnya kita bagi mereka kerja. Kalau mereka dah bekerja, tentu tidak akan mencuri lagi..."

"Kita akan menjadi bangsa yang mundur kalau terlalu ikut Islam".

Samada disedari atau tidak, UMNO itu sendiri sebenarnya telah memesongkan 'Aqidah majoriti umat Islam sepanjang lebih 52 tahun pemerintahan mereka.

Rasanya hujah para Sahabat dan Ulama' tadi sudah cukup untuk memberikan kefahaman kepada kita semua. Malah dalam posting sebelum ini pun, penulis ada kemukakan hujah-hujah Ulama' terdahulu.

Sebagai penutup bicara malam ni, marilah kita sama-sama renungkan nasib orang yang bersama-sama golongan pemimpin yang sesat dan jahat di Akhirat kelak.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Thursday, November 3, 2011

Permohonan daftar Pakatan ditolak ROS

Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mendaftar sebagai satu parti. Atas alasan apa permohonan itu ditolak kalau tak kerana arahan pihak atasan. Penolakan ini menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan lambang parti masing-masing dalam PRU akan datang. Bagi penulis, penolakan ini memang telah dijangka sebab BN tentunya bimbang jika PR menggunakan lambang satu parti seperti mereka. Secara tak langsung akan menggugat kedudukan BN itu sendiri.

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Pakatan Rakyat mengesyaki terdapat ‘muslihat politik’ apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat kerana takut mereka menjadi satu gaubungan yang kuat dalam pilihan raya umum ke-13.

Mereka (ROS) sengaja tidak mahu mendaftarkan Pakatan Rakyat kerana takut kita akan menjadi satu entiti yang kuat untuk mencabar BN.

"Untuk pilihan raya akan datang, kita tidak boleh letak calon Pakatan tapi letak calon PAS, DAP dan PKR kerana belum berdaftar. Saya lihat ini ada muslihat politik," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyelar jawapan Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Osman baru-baru ini bahawa pedaftaran Pakatan Rakyat tidak diluluskan kerana mereka tidak membuat permohonan baru selepas pengerusi Pakatan waktu itu, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

"Majlis Presiden Pakatan kesal dengan kenyataan tersebut kerana Pakatan telah ambil langkah yang perlu sejurus Datuk Zaid tinggalkan Pakatan.

"Kita lantik pengerusi Pakatan Rakyat yang baru iaitu Ahli Perlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan Datuk Zaid," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Beliau berkata, dalam tempoh dua tahun lalu, mereka sering mengadakan pertemuan dengan pihak ROS untuk mengetahu perkembangan mengenai permohonan tersebut tapi gagal mendapatkan sebarang jawapan.

ROS, katanya masih memberi alasan bahawa permohonan lama Pakatan Rakyat iaitu sewaktu Zaid masih bersama PKR masih belum diluluskan dan Pakatan tidak membuat permohonan baru.

"Mengikut perlembagaan Pakatan Rakyat, sesiapa yang keluar parti, kedudukannya sebagai pengerusi akan terbatal. Jadi tiada masalah dalam hal itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat petang semalam memutuskan untuk membuat keputusan baru sekiranya permohonan mereka masih tergantung.

"Sekarang kita buat keputusan untuk teruskan permohonan tapi kalau tidak ada jawapan juga, kita akan putuskan tindakan baru," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr, Hatta Ramli pula berkata, tindakan ROS itu menggambarkan kelemahan pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, ROS sepatutnya memaklumkan kepada Pakatan sekiranya terdapat kesalahan dalam borang permohonan atau sebagainya.

"Kalau ada sebarang kesilapan dalam permohonan atau perlu maklumat biasanya mereka akan hubungi pemohon tapi tiba-tiba kata tak hantar permohonan baru sedangkan pertukaran individu dalam jawatankuasa penaja adalah perkara biasa.

"Ini memberi gambaran yang tidak baik kepada pegawai kerajaan dan ada orang yang dijadikan mangsa," katanya. - harakahdaily

Politik jakun dan pembohsiaan minda

Meluat sungguhlah penulis bila terbaca tajuk "Ibu pejabat MCA disimbah cat". Dulu perarakan kepala lembu ke pejabat MB Selangor dan tak tahulah pulak lepas ni provok cara apa yang akan digunakan bila ada isu-isu berkaitan kaum atau agama yang sengaja digendang oleh parti pemerintah yang semakin terdesak dan bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada segala bentuk penyelewengan dan pembohongan selama ini.

In person, penulis cukup yakin Pakatan Rakyat dan para penyokongnya tidak akan melakukan kerja jakun seumpama itu sebab pemikiran mereka jauh lebih bertamaddun daripada parti pemerintah.

Sejarah politik tanahair dah cukup mengajar dan mematangkan minda para pimpinan Pakatan Rakyat tentang tektik keji parti pemerintah bagi mengekalkan kuasa rakus dan melindungi amalan korup mereka.

Sejak kekalahan teruk UMNO BN dalam PRU12 hingga hilang 5 negeri, kita sendiri lihat bagaimana kejinya cara mereka untuk meraih kembali sokongan rakyat. Bermula dengan konspirasi Fitnah Liwat II terhadap Anwar, diikuti tindakan tak bermoral merampas kerajaan PR Perak, kejadian membakar gereja, perarakan kepala lembu di pejabat MB Selangor dan sebagainya. Semuanya itu sengaja dirancang bagi memburukkan imej kerajaan PR dan sengaja menimbulkan situasai tegang antara kaum dalam hal berkaitan agama.

Agak sedikit malang dalam abad ke-21 yang serba canggih dengan kepantasan teknologi maklumat, rupanya masih ada rakyat Malaysia yang berminda seperti "katak di bawah tempurung besi" hingga tak mampu menggarap sesuatu hal atau isu yang timbul. Hanya menerima saja bulat-bulat apa yang dihebahkan melalui kaca tv dan media-media milik parti pemerintah.

Kalau nak sentuh soal KDNK, FDI, Ekonomi Makro dan Mikro, lagilah rakyat tak faham. Apa yang diketengahkan adalah isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas yang melibatkan semua pihak. Itu pun masih ada lagi rakyat yang bengong dan tak sedar diri. Percayalah, kalau kita lepak di mana-mana kedai atau warung, nescaya akan kedengaran suara keluhan mereka berkaitan harga barang semakin mahal dan sebagainya. Tapi bila tiba musim pilihanraya, puak-puak inilah juga yang akan mengundi semula parti pemerintah yang korup dan menipu mereka selama ini. Sebab apa? Hanya kerana RM100, kain batik, gula dan beras.

Inilah minda politik rakyat Malaysia, khsusunya Melayu yang telah dibohsia dan disihir minda mereka oleh parti pemerintah.

Sampai bila kita mahu diperbodohkan???

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger