Friday, October 14, 2011

Demi kuasa jahat, beri MyKad pada warga luar

Tidak dinafikan memang pemimpin Zionis Yahudi itu jahat dan zalim di mukabumi ni dengan pelbagai jenayah bunuh dan penindasan terhadap umat Islam Palestin serta merampas inci demi inci bumi para Anbiya' itu. Namun pemimpin Zionis itu tetap menjaga kepentingan dan keselamatan negara haram yang diduduki mereka daripada sebarang bentuk ancaman, termasuklah pendatang luar yang cuba menyelinap masuk secara tak sah. Jika kedapatan, nescaya pendatang luar itu akan ditembak mati.

Jika pemimpin Zionis cukup menjaga kepentingan negara haram Israel, tapi lain pulak yang dibuat oleh pemimpin UMNO terhadap negara sendiri.

Rasanya tidak ada mana-mana pemimpin negara di dunia ini yang sanggup menggadaikan kepentingan dan keselamatan negara masing-masing dengan memberikan kerakyatan secara percuma pada warga asing demi survival kuasa politik mereka, kecuali pemimpin UMNO saja.

Baru-baru ini didedahkan bagaimana 7 buah bas pesiaran dari Johor yang membawa warga Indonesia ke Jabatan Perdana Menteri untuk diberikan MyKad secara percuma telah berjaya dikesan oleh skuad Pemuda PAS Johor ekoran maklumat yang diterima oleh Mazlan Aliman daripada salah seorang pemandu bas tersebut.

Lebih mengejutkan kita bila dimaklumkan bahawa 7 buah bas yang berjaya dikesan itu merupakan operasi yang ke-10. Bermakna 9 lagi telah berjaya sebelum ini.

Soalnya, kenapa UMNO sanggup menggadai keselamatan dan kepentingan negara dengan memberikan kerakyatan percuma kepada warga asing?

Rasanya pembaca sendiri ada jawapannya...

Sayugia diingat, pemimpin UMNO sama-sekali tidak sanggup kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti. Sebabnya? Kerana jenayah yang dilakukan mereka selama ini. Sebut saja apa yang pemimpin UMNO tak buat. Dari rasuahnya hinggalah ke peringkat jenayah bunuh.

Masih ingat lagi bagaimana salah seorang bekas ADUN UMNO Selangor yang mati mengejut selepas negeri terkaya di Malaysia itu berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12. ADUN yang penuh kontroversi dengan mahligai RM8 juta itu dilaporkan mati mengejut di mahligainya selepas pulang dari mesyuarat di Menara UMNO. Pihak keluarganya kata mati akibat serangan jantung. Tak kiralah... serangan jantung ke, jantung berhenti ke atau apa ke... lantaklah situ. Dan kematiannya telah menimbulkan pelbagai spekulasi ekoran isu mahligainya yang bernilai RM8 juta.

Kalau seorang ADUN biasa boleh bina rumah RM8 juta, dari mana dia dapat wang kalau tak songlap wang rakyat. Bila UMNO BN hilang Selangor, tentulah ADUN tu hyper-tension ekoran isu mahligai RM8 juta miliknya akan dibongkar habis-habisan. Dari mana dapat duit, tanah mana yang dijual, projek mana yang disapu dan sebagainya. Mungkin dek kerana tension sangat, urat jantung putus dan ji'un...

Bayangkanlah kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dalam PRU13. Tentunya orang macam Mahathir, Pak Lah, Najib Rosmah dan seluruh pemimpin UMNO yang ada kes akan dibawa ke muka pengadilan. Jangan dilupa siapa yang bertanggungjawab atas pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya dalam Peristiwa Memali. Juga dalam kes pembunuhan kejam Altantuya.

Akibat segala dosa-dosa besar para pemimpin UMNO itu, maka tentunya mereka tidak sanggup ke penjara. Justeru apa saja jalan penipuan akan dilaksanakan demi menjamin kemenangan UMNO BN dalam PRU13. Antaranya, pemberian MyKad percuma kepada warga asing yang pastinya akan mengundi BN demi survival mereka di negara ini.

Sebab itulah penulis katakan pemimpin UMNO ni lebih jahat dan zalim daripada pemimpin rejim Zionis Yahudi. Mana tak jahatnya kalau hak bangsa sendiri pun dirampas, ditipu dan disamun.

Sebab itulah golongan munafiq akan dihumbankan ke dasar Neraka dan kekal selama-lamanya. Wana'uzubillah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger