Monday, October 31, 2011

Hutang P Pinang RM630 juta tinggal RM30 juta

Dulu ketika PAS mengambil-alih Kelantan, hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN berjumlah RM780 juta. Sepanjang lebih 20 tahun menerajui Kelantan, kerajaan PAS Kelantan telah berjaya membayar balik hutang tersebut kepada pusat dan kini hanya berbaki kira-kira RM20 juta saja lagi. Yang menariknya, dalam tempoh itu juga kerajaan pimpinan PAS tak pernah meminjam sesen pun daripada pusat. Dan hari ini kerajaan PR P.Pinang turut mengikuti jejak pentadbiran Kelantan bila berjaya membayar balik hutang lapuk peninggalan BN berjumlah RM630 juta. Baki yang tinggal hanya RM30 juta saja dalam tempoh 3 tahun pemerintahan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program
ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih. - harakahdaily

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger