Thursday, March 24, 2011

Confirm, orang dalam video tu bukan Anwar

Hallo pemimpin UMNO. Amacam sekarang? Cerita video seks dah terbongkar dan seluruh dunia dah tahu memang kerja ko oranglah. Hentikanlah kerja iblis tu. Tak usahlah perbodohkan rakyat dengan memfitnah orang lain. Warga tanahair kini semakin bijak membuat penilaian antara haq dan bathil. Segala tektik keji UMNO mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu rasuah dan penyelewengan dah tak laku di era IT mutakhir ini.

Penulis lihat hari ini UMNO semakin desperate macam orang gila talak. Serba-serbi tak kena. Apa saja yang mereka rancang, semuanya tak menjadi. Cuba yang ni, tak kena. Lepas tu cuba yang itu, pun tak jadi.

Tindakan terbaru UMNO ialah cubaan memfitnah Anwar Ibrahim buat kali ketiga melalui video seks. Itu pun tak berjaya bila Datuk Johari Abdul mendedahkan identiti dalang sebenar di sebalik video tersebut.

Hari ini seorang lagi, selepas Datuk Johari, mengesahkan bahawa orang dalam video itu bukan Anwar setelah beliau menontonnya.

Chegubard yakin lelaki dalam video bukan Anwar

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.

Berpura-pura

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.

Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.

"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.

Badrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video tersebut.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.

"Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristighfar seolah inilah kali pertama menonton," kata Badrul Hisham lagi.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger