Tuesday, March 8, 2011

Apa yang memenangkan UMNO?

PRK Merlimau dan Kerdau baru saja melabuhkan tirainya dengan keputusan yang sudah dijangka. Kemenangan di pihak kuffar UMNO BN dengan peningkatan majoriti berbanding PRU12. Dan kekalahan 'hatrick' PAS bukanlah satu perkara luar biasa. Juga bukan menggambarkan parti itu lemah. Namun ianya sebagai satu 'teguran' dari Allah bahawa masih banyak kelemahan dan kelompongan yang perlu diatasi dan diisi segera sebelum parlimen dibubarkan.

Mungkin kekurangan itu tidak disedari selama ini atau terlepas pandang. Iyalah... sebagai manusia, nescaya kita tak dapat lari dari kesilapan dan kealpaan. Mungkin juga PAS perlu memikirkan satu mekanisma terbaik bagi menembusi 'pasaran' pengundi Islam yang masih berkarat dengan fahaman jahiliyyah mereka.

Perlu disedari, dalam konteks meraih sokongan pengundi ini, sudah tentu pelbagai cara dan pendekatan perlu diambil bagi melariskan 'produk' yang dibawa oleh PAS. Setiap orang berbeza citarasa dan kehendaknya. Ada yang boleh dilentur dengan pendekatan ilmiah seperti ceramah. Ada yang berubah sendiri bila merasa diri teraniaya. Ada juga yang lembut hati kerana anak-anak. Ada yang insaf bila terjadi sesuatu pada ahli keluarga.

Justeru seluruh jentera PAS perlu mengenalpasti sasaran mereka dan mempelbagaikan kaedah pendekatan agar setiap misi berjaya dilaksanakan, seterusnya merealisasikan visi mulia yang diredhai Allah.

Di pihak UMNO pula, kemenangan yang diperolehi sebenarnya tidak menggambarkan kekuatan mereka. Sebaliknya menang mereka adalah dengan cara paling keji. Mengugut, menabur wang, memfitnah, menggunakan seluruh jentera kerajaan, menipu dan lain-lain adalah bukti jelas betapa tenatnya mereka hari ini. Sentiasa dibayangi oleh ketakutan kronik akan hilang kuasa serta segala dosa besar yang dilakukan selama ini.

Benar, pada pandangan mata kasar memanglah UMNO masih berkuasa dalam negara namun percayalah nyawa mereka sudah terlalu amat pendek. Pada perkiraan mereka, kemenangan yang diperolehi adalah kurniaan Ilahi. Sebenarnya tanpa sedar, Allah sengaja biarkan mereka leka dan seronok dengan kemenangan itu agar semakin jauh kesesatan mereka.

Secara terang Allah tegaskan di dalam Kitab-Nya bagaimana perangai golongan MUNAFIQ yang menyangka mereka telah berjaya memperolok-olokkan golongan beriman walhal mereka sebenarnya hanyalah memperolok-olokkan diri sendiri.

Bagi penulis, tiada bezanya UMNO dengan golongan MUNAFIQ yang disebut dalam Al-Qur'an. Lebih tepat lagi segala tindak-tanduk pimpinan dan ahli tegar UMNO sama saja dengan perangai Abu Jahal, Abu Lahab dan para pengikutnya di kalangan Musyrikin Mekah dulu. Samalah juga dengan perangai Kamal Ataturk, Hosni Mubarak, Mahmoud Abas dan lain-lain pemimpin yang korup dan zalim.

UMNO masih mampu berdiri hari ini bukan kerana kuat tetapi disebabkan masih ramai lagi umat Islam yang berkiblatkan kebendaan. Justeru, kita boleh lihat sendiri betapa rendahnya maruah dan harga diri orang Islam yang hanya boleh dibeli dengan wang RM50, RM100 atau RM200 dalam setiap pilihanraya. Lebih murah daripada harga seekor kambing.

Tanpa sedar, sebenarnya mereka telah dihina, diperalat dan diperbodohkan semahunya oleh pimpinan UMNO yang terus-menerus melonggokkan kekayaan negara untuk diri, keluarga dan kroni.

Bukan satu hal yang mudah untuk berhadapan dengan habuan dunia. Jika golongan agama sendiri boleh tersungkur imannya dek habuan dunia, apatah lagi orang biasa...

Hanya dengan hidayah dan petunjuk Allah jua sajalah yang dapat menyelamatkan kita dari segala tipu daya dan tarikan dunia ini.

Masa Untuk Berubah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger