Wednesday, March 2, 2011

Segera tinggalkan toghut sebelum kojol

Penulis bukanlah seorang ulama atau orang yang layak dipanggil ustaz. Namun dalam usia hampir menjangkau 45 tahun, semakin terasa kematian begitu hampir sangat. Jika Bob Lokman sendiri mengakui antara faktor besar yang telah mendorong beliau menyertai PAS apabila melihat anak-anaknya sendiri yang kerap meninggalkan solat pada setiap hari persekolahan. Mungkin kita bertanya, apa kena mengena soal pendidikan anaknya dengan PAS?

Di sini letak duduknya orang yang faham tentang peri pentingnya politik dalam Islam sebagaimana Bob Lokman fahami.

Bila melihat anak-anaknya yang kerap meninggalkan solat pada hari persekolahan, dia menyedari bahawa sistem pendidikan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO BN selama ini sebenarnya telah menjauhkan anak-anaknya daripada Islam. Jauh sekali untuk mengenal Allah.

Dan perkara ini diakui sendiri oleh Bob Lokman sewaktu berucap di Kota Bharu, Kelantan. Antara katanya, lebih kurang begini;

"Sistem pendidikan yang ada hari ini tidak pernah mengajar anak-anak kita untuk mengenal Allah. Walhal dalam subjek seperti Fizik, Kimia dan Biologi itu sendiri terkandung dalam Al-Qur'an. Tapi anak-anak kita tidak pernah diberitahu bahawa kesemua ilmu tersebut sebagai bukti Keagungan dan Kekuasaan Allah SWT. Hari ini Allah bukan menjadi matlamat No.1 dalam minda anak-anak kita."

Atas keinsafan itu, beliau berhijrah dengan menyertai PAS. Parti Islam itu telah menjadi pilihannya sebagai medan perjuangannya yang baru. Kenapa Bob Lokman tidak menyertai NGO Islam seperti ABIM atau JIM atau Tabligh?

Kerana menyedari hanya PAS satu-satunya jamaah Islam yang syumul sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Bob Lokman sedar untuk mengubah sistem toghut sedia ada dalam negara hari ini memerlukan kuasa politik. Hanya dengan kuasa pemerintahan sajalah yang dapat merungkai segala permasalahan yang sedang melanda negara mutakhir ini. Termasuk sistem pendidikan.

Bagaimana dengan kita?

Satu masalah besar yang melanda majoriti umat Islam tanahair ketika ini ialah fahaman sesat sekular yang memisahkan politik dengan Islam. Manifestasi dari pegangan jahiliyyah inilah telah menyebabkan parti Munafiqun UMNO terus memegang tampuk pemerintahan hingga ke hari ini.

Hairan sungguh bila mengenangkan sikap bodoh sombong majoriti umat Islam yang masih setia pada UMNO.

Apakah mereka sengaja buat tak faham atau memang tak mahu faham akan tujuan Allah memerintahkan Rasulullah S.A.W. berhijrah dari Mekah ke Madinah?

Ni penulis nak habaq kat seluruh ahli dan penyokong UMNO yang mengaku Islam. Tolong faham betul-betul.

Tujuan sebenar Rasulullah dan para sahabat berhijrah ke Madinah adalah semata-mata mahu menegakkan Daulah Islamiyyah (Negara Islam) pertama di sana terlebih dahulu. Sebab suasana di Mekah ketika itu tidak mengizinkan tertegaknya Daulah Islamiyyah lantaran penentangan yang begitu hebat dari golongan Musyrikin dan para pembesar mereka yang diketuai oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Hatta nak mendirikan solat Juma'at pun tak boleh kerana tak cukup korum.

Dengan sokongan dan bantuan golongan Muhajirin dan Ansar serta penduduk Madinah, akhirnya tertegaklah Negara Islam Madinah yang pertama, yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai Ketua Negara (Perdana Menteri).

Di sini sudah cukup jelas untuk membuktikan bahawa Rasulullah sendiri berpolitik sehingga pemerintahan Islam berjaya ditegakkan di Madinah. Dengan kuasa politik, maka Baginda dapat melaksanakan segala Undang-Undang Al-Qur'an dalam kerajaannya.

Umat Islam disesatkan tanpa sedar

Malang sungguhlah bila mana majoriti umat Islam tanahair yang bersama UMNO, tanpa sedar, diri mereka telah disesatkan dengan fahaman "Politik Suku, Agama Suku" peninggalan Inggeris. Walau Inggeris telah lama berambus dari tanahir, namun ajaran sesat tersebut terus dipertahan dan dilaksanakan oleh pimpinan Melayu UMNO sebagai perlembagaan dan sistem pemerintahan negara.

Bagaimana bisa majoriti umat Islam di negara ini boleh terpengaruh dengan dakyah UMNO yang mengatakan politik mesti dipisahkan daripada agama.

Sebab itulah Syeikh Mustafa Sabri dengan tegas mengeluarkan fatwa "Jalan pintas untuk jadi kafir bila memisahkan agama dengan politik."

Selain fatwa itu, Almarhum Prof Dr Hamka sendiri menegaskan ketika menafsirkan ayat 159 (Surah Al An'am) : "Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Ini bukan soal UMNO atau PAS, tapi ianya melibatkan persoalan terpenting, yaitu 'AQIDAH. Ini soal yang amat serius. Dalam perkara yang membabitkan hal 'Aqidah, tiada tolak-ansur.

Kalau dah kita dengan sengaja menjadi ahli atau menyokong mana-mana pertubuhan atau parti yang berfahaman sesat, bermakna kita turut sama sesat. Bila mati esok, mana tempat tuju kita?

Tepuk dada tanya iman...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger