Friday, March 11, 2011

KD Tun Razak, minda tadika dan munafiqun

Dah berpuluh tahun minda rakyat negara ini termasuk Sabah dan Sarawak di'tadika'kan oleh pemimpin politik yang sedang bermaharajalela hingga ke hari ini. Kalau di Semenanjung UMNO dengan keMELAYUannya, MCA dengan keCINAannya, MIC dengan keINDIAnnya. Dan itulah juga 'irama dan lagu' yang dimainkan oleh pemimpin politik di Sabah dan Sarawak.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Saban hari, bulan dan tahun kehidupan mereka tidak berubah dan terbela. Menjelang pilihanraya, pelbagai janji ditabur. Rakyat tertawan dan beri undi. Lepas pilihanraya ditipu. Kemudian muncul lagi pilihanraya. Janji-janji manis ditabur lagi. Rakyat masih percaya dan beri sokongan. Selesai pilihanraya, kena tipu lagi... Dan inilah senario politik 'kelas hapraq' yang berlaku di Malaysia hingga saat ini.

Yang semakin kaya bukan rakyat. Sebaliknya kehidupan pemimpin parti pemerintah yang berubah 360 darjah sekelip mata. Yang senang jadi kaya. Yang kaya jadi jutawan. Yang jutawan jadi bilionaire... Kalau cara betul, sapa pun tak kisah. Malangnya muncul satu 'agama baru' yang menjadi pegangan kerajaan UMNO BN, yaitu Rasuah, Menyamun Wang Rakyat, Tipu dan Fitnah adalah HALAL. Ringkasnya tiada yang haram dalam Kitab UMNO. Semuanya boleh demi kelangsungan kuasa rakus mereka.

Dua hari lepas penulis dimaklumkan oleh seorang sahabat (Pegawai TLDM) bahawa kapal selam kedua milik negara, KD Tun Razak tidak boleh beroperasi saat ini kerana mengalami kebocoran kecil. Duduk dalam dok kering di pengkalan TLDM Sepangar untuk diperbaiki.

Persoalannya, bagaimana sebuah kapal selam baru boleh bocor. Ini satu hal yang amat serius. Bukan kapal biasa tapi ianya sebuah kapal selam tentera yang menjadi benteng pertahanan negara kita. Bukan murah harganya. Berbilion ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk 2 biji Scorpene. Bukan itu je, malah RM500 juta masuk ke dalam poket Najib Rosmah melalui proksinya Razak Baginda. Dan paling tragis bila penterjemah profesional Altantuya Shaaribu yang terlibat secara langsung sebagai jurubahasa dalam urusan pembelian kapal selam itu telah dibunuh secara kejam serta diletupkan mayatnya dengan C4 atas arahan Rosmah puaka (pendedahan oleh RPK dan PI Balasubramaniam).

Setelah dikesan KD Tun Razak mengalami kebocoran, kerajaan telah memanggil sekumpulan juruteknik dari Peranchis bagi tujuan pembaikan. Kerajaan sekali lagi dengan sewenangnya membelanjakan wang rakyat untuk menanggung seluruh perbelanjaan juruteknik itu seisi keluarga. Gaji suami, elaun isteri, kereta mewah diberi dan rumah banglo di Kingfisher ditanggung.

Berapa puluh juta lagi wang rakyat mahu dibazirkan begitu saja untuk menanggung segala kos perbelanjaan hidup para juruteknik 'biawak hidup' itu sepanjang berada di negara ini.

Malangnya, majoriti Melayu yang mengaku Islam masih tidak sedar dan terus memberi sokongan pada UMNO ekoran terkena SIHIR DUNGU amalan parti syaitan itu sejak sekian lama.

Terus-terang penulis tegaskan di sini bahawa UMNO memang sebuah parti berfahaman sesat (kafir) lagi menyesatkan. MUNAFIQ. Apa maksud munafiq? Lebih kufur dari kafir. Luarannya saja Islam namun hakikatnya kafir.

Apa buktinya?

Bukti 1 - Presiden UMNO pertama, Almarhum Tunku mengakui bahawa UMNO parti kebangsaan Melayu berfahaman SEKULAR.

Bukti 2 - Menolak Enakmen Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Bukan setakat menolak malah dengan bangga Presiden UMNO / PM ketika itu si Mahathir laknatullah memberitahu bahawa Hudud tak boleh dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan kerana Pusat tidak akan membenarkan.

Bukti 3 - Pimpinan UMNO dengan bangga menjelaskan "Undang-Undang Al-Qur'an tak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakat majmuk".

Bagaimana kedudukan 'Aqidah pimpinan UMNO?

Firman Allah dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159 yang bermaksud;

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik dari Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Bagaimana pula 'Aqidah ahli dan penyokong UMNO serta nasib mereka di Mahsyar?

Assyahid Syed Qutb menjelaskan "Sesiapa saja yang menjadi pendokong atau penyokong mana-mana pihak yang menentang atau menafikan perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al Qur'an), mereka termasuk dalam golongan musyrik.

Firman Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Nasihat ikhlas

Sebagai Muslim, seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam. Jangan dirosakkan nikmat itu hanya kerana nilai dunia yang sedikit. Gunakanlah minda kurniaan Ilahi itu untuk berfikir. Ingatlah bahawa Allah yang menciptakan manusia. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk-Nya yang dikenali sebagai INSAN. Justeru diutuskan ratusan ribu para Nabi dan 25 Rasul-Nya untuk membimbing umat masing-masing agar kembali kepada AGAMA TAUHID.

Hari ini kita semua dibekalkan dengan Perlembagaan Allah (Al-Qur'an) sebagai panduan lengkap yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk politik dan kenegaraan. Malangnya masih ramai umat Islam tanahair yang lebih percaya dengan sistem ciptaan manusia (SEKULAR) yang menjadi amalan dan kiblat kerajaan UMNO BN selama ini.

Cuba tanya diri sendiri "Tidak kafir lagikah namanya bila dengan sengaja memberi undi kepada UMNO BN yang melaksanakan pemerintahan sekular?"

Buka Al-Qur'an yang ada di rumah tu dan belajar memahaminya. Bukan sekadar dibaca saja. Belajar dari Ulama' yang haq. Bukan Ulama' celaka upahan UMNO.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger