Wednesday, April 22, 2009

Nik Aziz vs Hj Hadi ?

Menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung pada awal Jun ini telah mengundang pelbagai spekulasi tentang jawatan Presiden yang sedang disandang oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Sesiapa mengakui bahawa dalam PAS semua jawatan parti memang dipertandingkan. Bukan macam UMNO yang jawatan Presiden tidak boleh dipertandingkan.

Namun apa yang dikesalkan di sini adalah sikap sesetengah pihak yang cuba 'melagakan' dua pimpinan tertinggi PAS yaitu TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi. Sebagai ahli, saya memang sedih dengan apa yang berlaku pada PAS mutakhir ini. Sudah wujud Team A dan B. Kumpulan Ulama' dan kumpulan Profesional dan Teknokrat. Inilah puncanya.

Spekulasi pertembungan pendapat antara dua pimpinan tertinggi ini bermula apabila Haji Hadi mengutarakan 'Unity Government'. Apabila TG Nik Aziz dengan tegas menentang konsep 'unity' ini, maka media pro UMNO terus memainkan isu ini bagi menggambarkan bahawa berlaku 'pertelingkahan' antara dua orang Ulama' ini. Tak dinafikan ramai di kalangan pimpinan dan ahli PAS yang pro dan kontra berhubung isu tersebut.

Walaupun isu unity government ini telah selesai apabila Haji Hadi bersama dua orang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat pertemuan tertutup dengan Nik Aziz pada hujung Mac lalu, namun masih wujud hasrat sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden pada Jun ini.

Tidak dinafikan sejak kejayaan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri dalam PRU12 lalu dan diikuti kemenangan 4 kali berturut-turut dalam Pilihanraya Kecil, justeru sudah ada sesetengah pimpinan PAS yang dah mula 'gila kuasa' serta berpendapat perlu ada perubahan bagi jawatan No.1 parti.

Ekoran sikap optimistik ini, sudah ada 'suara-suara ghaib' yang berpandangan bahawa jawatan Presiden mesti disandang oleh golongan Profesional dan Teknokrat. Bukan lagi golongan Ulama' kerana dilihat 'ekstrim' dalam beberapa hal yang boleh menggugat kesepakatan Pakatan Rakyat.

Bagi saya tidak timbul persoalan yang TG Nik Aziz akan merebut jawatan Presiden. Begitu juga dengan TG Hj Hadi. Dua individu ini memang kita yakini kewibawaan, keimanan dan ketaqwaan mereka.

Yang menjadi persoalan sekarang siapakah yang bakal dicalonkan bagi merebut jawatan Presiden PAS ? Kemungkinan wujud pertandingan tidak boleh diketepikan begitu saja. Jika ada pencalonan lain, kita yakini bahawa mereka dari kumpulan Profesional dan Teknokrat.

Sungguh tak sangka rupanya masih ada lagi di kalangan pimpinan PAS yang berperangai macam UMNO. Iyalah.. kita pun faham pimpinan PAS bukannya maksum. Ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri ataupun menteri. Paling koman pun Timbalan Menteri. Siapa yang tak nak oh..

Walau apa pun kemungkinan, saya yakin Allah SWT pasti melindungi jamaah PAS yang syumul ini daripada 'sindrom-sindrom' yang tak sihat daripada berlaku.

'Islam For All'.




No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger