Sunday, April 5, 2009

P059 Bkt Gantang : Sikap Pengundi Melayu Membimbangkan !

Suasana kempen di Bukit Gantang semakin hangat antara BN dan PAS. Dilaporkan media milik UMNO digunakan sepenuhnya 'memuja' PM yang baru dilantik ekoran tindakannya membebaskan 13 orang tahanan ISA dan memberikan semula hak penerbitan Harakah dan Suara Keadilan.

Media perdana melaporkan berita bertujuan memuji orang No.1 negara yang baru dilantik bagi mempengaruhi minda pengundi Melayu. Antaranya ;

1- Seorang wanita bernama Norwati yang didakwa ahli PAS dari Pekan, Pahang telah bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO disebabkan begitu kagum dengan Najib sebagai PM baru.

2- 230 ahli PKR bertindak meninggalkan parti untuk menyertai UMNO kerana merasakan PM baru ini mampu membela nasib rakyat serta dilihat lebih telus dan adil.

3- Semalam Mahathir dan Asmah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Najib. Media menyiarkan tajuk berita 'Dr.M sedia pulih UMNO'.

4- Kata Mahathir "Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO".

5- Kata Najib "Saya ucapkan selamat kembali ke pangkuan UMNO kepada Tun. Sebagai negarawan, saya percaya Tun dapat memainkan peranan yang sangat bermakna dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO".

Sikap Pengundi di P059

Sejak Najib dilantik sebagai PM, tidak dinafikan ianya memberi kesan terhadap sikap pengundi Melayu di Bukit Gantang. Dilaporkan 60% pengundi Melayu pada ketika ini memihak kepada BN. Manakala pengundi Cina dan India tidak membimbangkan kerana lebih 80% mereka menyokong PAS.

Senario ini membuktikan betapa pengundi Melayu 'amat mudah' ditipu dengan 'permainan' berita media perdana. Lebih-lebih lagi sejak Najib 'Altantuya' dilantik sebagai PM baru.

Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang mengaku Islam ini. Sudah jelas di depan mata mereka yang UMNO sebuah parti yang dipimpin oleh para perasuah sebagaimana laporan SPRM, namun begitu mudah terpedaya. Mereka langsung tak boleh menilai secara rasional apa yang berlaku di hadapan mata bila masyarakat Cina dan India yang majoritinya bukan Islam boleh menyokong PAS.

Hairan bin pelik bila mengenangkan sikap pengundi Melayu ini. Sudah berpuluh kali ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO tapi masih mahu menyokong parti yang korup ini. Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang masih berada pada tahap rendah pemahaman politiknya.

Kita berserah saja pada Allah. Semuga PAS berjaya menang di P059 ini.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger