Saturday, March 20, 2010

Sokong sekular jatuh kafir...

KALI ini saya menyeru diri sendiri dan para penjenguk blog ini untuk bermuhasabah apakah selama ini disedari atau tidak samada kita berada di landasan yang betul atau sebaliknya. Saya tidak mahu menyentuh persoalan ibadah harian seperti solat kerana saya yakin para pembaca tiada masalah dalam melaksanakan fardu yang lima. Apa yang nak saya sentuh di sini berhubung sikap dan kecondongan kita terhadap mana-mana parti politik yang wujud dalam negara.

Sebagai umat Islam, kita semua tahu apakah dia kalimah Syahadah. Sejujurnya saya sendiri selama ini hanya faham 2 kalimah Tauhid ini hanya secara lahiriah saja yaitu percaya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah.

OK. Memang kita tahu dan yakin Allah itu Tuhan sekelian alam. Dan Muhammad itu ialah Nabi akhir zaman. Nabi kita semua dan tiada lagi Nabi selepas Baginda S.A.W.

Baiklah. Yang menimbulkan tanda-tanya kita selama ini mengapa Ulama' menyebut "Barangsiapa yang memisahkan agama dengan politik, kafirlah mereka".

Persoalan ini banyak menimbulkan pertelingkahan di kalangan kita umat Islam sebab selama ini kita hanya faham seseorang Muslim itu boleh jatuh kafir bila mereka murtad atau melakukan perbuatan Syirik Jali seperti menyembah berhala, memuja syaitan untuk mendapatkan sesuatu atau menuntut ilmu hitam dan percaya pada keramat.

Dan saya yakin kita semua tidak pernah terlibat dengan semua perbuatan tersebut. Maka sudah tentu kita sukar menerima bila ada yang mengatakan kita kafir hanya semata-mata menyokong UMNO sedangakan pemimpin UMNO adalah orang Melayu Muslim dan majoriti ahlinya juga orang Islam.

Baiklah... sebelum kita pergi jauh lagi, adalah lebih baik kita kenal dulu siapa dia UMNO itu ?

1. UMNO ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1946 dengan nama United Malay National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu).

2. UMNO ialah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh bekas Presiden UMNO, Almarhum Tunku Abd.Rahman.

3. UMNO memerintah negara dengan menggunakan undang-undang sekular yang didraf dan diluluskan oleh Suruhanjaya Reid sebelum Tanah Melayu diberikan taraf merdeka oleh penjajah British.

Saya kira 3 fakta ini sudah cukup untuk kita kenal sapa dia UMNO.

Oleh kerana dasar perjuangan dan fahaman UMNO ialah sekular yang memisahkan agama dengan politik, maka dengan sendirinya UMNO sudah jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Bila UMNO memisahkan agama daripada pemerintahannya, bermakna Islam diketepikan terus dan tidak dijadikan panduan dalam nak memerintah negara. Cara UMNO memerintah sama saja dengan gaya pemimpin Barat dan Eropah malah lebih buruk lagi.

Sebab itulah kita sendiri boleh lihat negara kita dilimpahi dengan arak, aktiviti perjudian, sistem riba', pergaulan bebas, hiburan melampau, pelbagai jenis jenayah dari yang kecil-kecil sehinggalah kepada peringkat pembunuhan kejam menggunakan c-4 explosive. Bukan setakat itu saja malah kegiatan maksiat sudah begitu berleluasa hingga kepada peringkat 'haruan makan anak'. Gejala zina di kalangan remaja sekolah dan universiti sudah menjadi perkara biasa.

Dan paling mengerikan kita bila mana umat Islam yang memilih untuk murtad sudah mencecah angka suku juta orang. Gejala murtad ini boleh berlaku kerana UMNO itu sendiri dah lama murtad. Menolak mentah-mentah Al-Qur'an sebagai undang-undang tertinggi. Lebih percaya kepada Perlembagaan Tanah Melayu yang sekular Kristian itu.

Takkanlah kita sebagai umat Islam tidak boleh menilai secara spontan. Cuba tanya diri sendiri "Tak kafir lagikah jika kita lebih percaya kepada Undang-undang ciptaan manusia daripada Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) ?"

Kita perlu sedar Al-Qur'an itu sedia. Bukannya baru. Ianya adalah kalam Allah. Milik mutlak Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana.

Bila mana UMNO dengan sengaja menolak Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara, maka dengan sendirinya jadi kafir. Ini bukan menuduh tetapi terbukti di depan mata UMNO secara terang-terang menolak Hukum Hudud. Bukan setakat itu saja, malah turut menafikan sebahagian besar isi kandungan Al-Qur'an. Sepanjang pemerintahannya, UMNO tidak pernah berusaha untuk menukar perlembagaan sedia ada kepada Al-Qur'an.

Berbalik kepada 2 kalimah Syahadah tadi. Bila mana kita sudah mengucapkan kalimah Tauhid, bermakna kita wajib mengimani seluruhnya isi kandungan Al-Qur'an dan Hadis. Maknanya kita hanya redha dan mahukan politik dan pemerintahan Islam, ekonomi Islam, sistem perbankan Islam dan segala-galanya Islam. Tak boleh sama-sekali kita mengengkari atau menafikannya. Jika kita dengan sengaja engkar atau menafikannya, bermakna terkeluar dari Islam dengan sendirinya.

Begitulah halnya dalam soal menjadi ahli atau menyokong UMNO. Bila kita sendiri dah tahu UMNO itu memang berfahaman sekular tetapi kita tetap terus setia sebagai ahli atau penyokongnya, bermakna kita turut sama redha dengan segala apa yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO selama ini.

Disebabkan undi yang kita berikan kepada seluruh calon UMNO dalam pilihanraya, maka mereka terus-menerus berkuasa sebagai pemerintah. Dengan kuasa itulah, mereka meneruskan pemerintahan sekular Kristian, menolak Hudud, memperlekehkan Hukum Allah, mengeluarkan lesen arak, judi, riba', rasuah dan lain-lain yang bertentangan dengan Islam.

Bila kita redha dengan kekufuran, maka kita turut sama jatuh kafir... Na'uzubillah.

Berhijrahlah segera sebelum terlambat. Kita semua akan mati. Dan kita sendiri tak tahu berapa lama kita tinggal di Alam Barzakh sebelum dibangkitkan semula menuju ke Padang Mahsyar kelak.

Apakah nasib kita bila 'pulang' nanti dengan membawa Aqidah sesat sekular.

Ingatlah, tiada tolak ansur dalam hal yang melibatkan Aqidah Islam.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger