Friday, March 19, 2010

Musa Hasan 'ditampar' mahkamah kali kedua...

Selepas Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu membebaskan Dato' Ramli Yusuff atas dakwaan menyalah-gunakan pesawat Cessna untuk tujuan peribadi, semalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pula menolak rayuan SPRM untuk meneruskan pendakwaan terhadap beliau. Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Sesyen. Nampaknya para Hakim Borneo ni lebih profesional dan bebas dari 'cengkaman' rejim zalim UMNO/BN. Kalau nak dibandingkan dengan Hakim yang ada di Kuala Lumpur, memang jauh beza bila melibatkan kes berprofil tinggi.

Sebenarnya pendakwaan terhadap Ramli Yusuff ini lebih menjurus kepada niat jahat untuk menyingkirkannya dari PDRM. Ianya jelas bila mana pendakwaan dibuat selepas Ramli Yusuff membuat Akuan Sumpah mendedahkan hubungan KPN Musa Hassan dengan sendiket pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap.

Jika dilihat kepada ranking dan seniority, Dato' Ramli Yusuff memang layak dinaikkan pangkat menjadi KPN selepas Musa. Namun ianya tidak berlaku apabila Pak Lah yang kuat tidur terus melanjutkan tempoh perkhidmatan Musa selama 2 tahun secara kontrak sehingga 14 September 2010.

Dan baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan Musa telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Menteri 'pondan' KDN sejurus Mahkamah Sesyen KK membebaskan Ramli tanpa syarat. Namun Hishamuddin dan Musa menafikannya.

Bak kata Tulang Besi, khabar angin yang tersebar itu sebenarnya benar. Jadi, jangan diketepikan begitu saja. Pepatah ada juga menyebut "Kalau takde C-4 explosive, takkanlah Altantuya boleh hancur..."

Selagi mana UMNO mengetuai kerajaan, tak usahlah kita impikan sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Ibarat masukkan seekor unta dalam lubang jarum. Sudah terlampau banyak kekalutan, kekejian, penipuan dan penyelewengan berlaku. Keadilan sebenar dah tak wujud. Keadilan hanya menurut hawa nafsu sang penguasa zalim. Rakyat yang bangkit menentang dianggap sebagai penjenayah dan dituduh boleh menggugat keamanan. Pelbagai akta zalim dan jakun digunakan untuk menyekat kemaraan rakyat bersama pembangkang. Bila kuasa semakin dirasai hilang dari genggaman, maka beraneka macam akta baru dibuat. Menahan dan mendakwa para pemimpin pembangkang yang berpengaruh dengan pelbagai tuduhan palsu.

Seluruh instrumen dan saluran media milik pembangkang disekat dengan pelbagai cara bagi menghalang maklumat sampai ke akar umbi. Namun mutakhir ini ruang cyber dijadikan medan tempur maya antara pihak pro kerajaan dan pro pembangkang. Dan senario ini amat membimbangkan UMNO/BN walau mereka menguasai media perdana. Walaupun rakyat negara ini masih jauh di sudut kesedaran ICT, namun sejak PRU12 jumlah pengguna internet meningkat secara mendadak.

Kita selaku rakyat wajib melakukan perubahan dalam PRU13 nanti. Bukan setakat kita mahukan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang adil, amanah dan bertanggungjawab malah lebih daripada itu. Jika kita masih berdegil dan tidak mahu melakukan islah, bermakna kita turut sama redha dengan segala kezaliman, kemungkaran, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN selama ini.

Bagi warga Muslim, kita memang dah diberi amaran oleh Allah dan Rasul-Nya agar jangan bersekongkol dengan golongan pemimpin yang zalim. Apatah lagi kita sendiri dah tahu UMNO memang terbukti sebuah parti sesat lagi menyesatkan. Berfahaman sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Confirm... kafir dan munafiq.

Justeru, tiada alasan bagi kita yang Muslim untuk terus menjadi ahli dan menyokong parti syaitan UMNO ini. Apakah kita sanggup berhadapan dengan bakaran api neraka Allah kelak di Akhirat.

Umat Islam harus menginsafi bahawa Aqidah Islam yang wajib dipelihara terlebih dahulu. Kemudian baru diikuti oleh amal ibadah. Takde gunanya segala amalan kita selama ini jika Aqidah rosak. Semua akan ditolak oleh Allah. Dan salah satu cabang yang boleh merosakkan Aqidah ialah menjadi pengikut kepada mana-mana kumpulan atau pertubuhan ajaran sesat seperti UMNO.

Selama ini Majlis Fatwa Kebangsaan sibuk mengeluarkan fatwa itu dan ini tentang kumpulan ajaran sesat yang wujud. Malangnya, para ulama' dan mufta pengampu terlupa nak menyedarkan rakyat betapa sesatnya fahaman sekular Kristian yang menjadi pegangan UMNO selama ini.

Hari ini kita sendiri sedar dan tahu dah berapa ramai rakyat Malaysia yang dizalimi malah ada yang dibunuh. Nama-nama seperti Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya mati dibunuh dalam Peristiwa Memali. Anwar Ibrahim difitnah dan dibelasah dengan niat bunuh, Teoh Beng Hock mati ketika dalam tahanan SPRM, Altantuya dibunuh dan diletupkan hingga jasadnya hancur berkecai, Kugan mati dalam tahanan Polis, Norizan dibelasah dan ditembak oleh Polis tanpa sebab di lebuhraya, berapa ramai rakyat yang tak berdosa ditahan di bawah ISA dan yang berhimpun secara aman menyuarakan bantahan ditangkap, dipukul dan disumbat ke dalam lokap.

Dan banyak lagi bukti kezaliman regim pemerintahan UMNO laknatullah...

Baru-baru ini saya dapat tahu 3 ahli UMNO di kampung saya (Kg Sg Dulang, B.Pahat) meninggal dunia. Apa yang saya sedihkan bila kesemuanya setia dengan UMNO hingga ke akhir ayat. Serta-merta saya teringat akan Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud ;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Marilah sama-sama perbetulkan pegangan Aqidah Islam kita sementara masih ada hayat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger