Tuesday, March 23, 2010

Seorang lagi ADUN keluar parti...

Baik punya cerita. Sorang lagi ADUN bertindak meninggalkan parti kerana tak puashati. Ada khabar pula menyebut tindakan Yip Sun Onn ini ekoran 'marah' kerana digugurkan dari jawatan Exco kerajaan negeri. Tak kisahlah pasai apa pun. Yang penting kita ucapkan tahniah atas kebijaksanaan YB ni.

Rasanya macam satu perlumbaan pulak la ni pasai para YB 'lompat'. Namun pada kali ini berbeza sikit dengan '3 ekor katak puru' PKR yang melompat sebelum ni sebab yang ini ialah ADUN BN Titi Tinggi, Perlis.

Aku sebenornya memang suka bukan setakat para wakil rakyat BN yang melompat, malah kalau ada lagi MP dan ADUN PKR yang nak keluar, dipersilakanlah... Biar cepat sikit PKR berkubur kerana dah banyak menimbulkan masalah pada Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini seorang pimpinan pemuda PAS dari Johor datang bercuti ke Sabah bersama keluarganya. Dan sempat juga aku 'kidnapped' sahabat ni untuk berbual pasal Pakatan Rakyat. Dia bagitau kat aku beberapa perkara, antaranya ;

- DAP sudah hilang kepercayaan kepada PKR ekoran beberapa masalah yang timbul mutakhir ini.

- PKR lemah dan tiada jentera. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pemuda PKR Bahagian. Bukan setakat itu saja, malah Ketua Pemuda ni mengakui sejak Anwar menjadi Penasihat, banyak masalah yang timbul dan ramai pimpinan di semua peringkat lemas dalam diam.

- Dalam satu meeting Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen P150, DAP meminta PAS yang bertanding di parlimen tersebut, bukannya PKR lagi sewaktu PRU12.

Berbalik isu lompat ni, kali ini BN pulak menghadapi situasi yang tak diduga. Dalam kesibukan Najib melancarkan 'Shopping Spree' untuk membeli 7 orang lagi MP Pakatan Rakyat, tiba-tiba seorang ADUN mereka pulak yang keluar MCA.

Setakat ini, wakil rakyat yang lompat masih didahului oleh Pakatan Rakyat dengan kedudukan 6-1. Dan tidak mustahil BN boleh menyamai 'jaringan' ini jika dilihat kepada senario yang melanda MCA mutakhir ini. Tempoh 'perlawanan' pun masih panjang.

Waima apa pun, sudah sampai masanya kita menjadi rakyat yang cerdik politik. Sudah 52 tahun kita berada di bawah pemerintahan rejim zalim UMNO. Habis segala hak milik dan wang rakyat dirompak, diseleweng dan dibazirkan oleh mereka demi kepentingan peribadi, keluarga dan kroni mereka.

Tidak cukup lagikah dengan segala bukti di depan mata kita? Sebagai seorang Islam, di mana duduknya iman kita selama ini jika terus memberi sokongan kepada golongan pemerintah yang jahat, munafiq dan zalim ini.

Adakah kita lebih percaya dengan cakap-cakap golongan pemimpin munafiq dan sesat yang sedang berkuasa hari ini ? Bukankah Allah dan Rasul-Nya dah bagitau kita semua agar jangan sekali-kali condong dan sokong golongan yang zalim. Jika sokong juga, nescaya kita akan disambar api Neraka.

Kalau sokong orang yang zalim pun dah kena sambar api, apatah lagi menyokong sebuah kerajaan yang terang-terang menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Memang confirmlah jadi ahli Nar.

Tak malukah orang UMNO dengan golongan bukan Islam yang mahukan kepimpinan Ulama'. Jika orang yang belum Islam pun boleh nampak keindahan dan keadilan pemerintahan Islam, di mana letaknya kepala otak seluruh ahli dan para penyokong UMNO.

Suka untuk saya sebutkan di sini tentang bagaimana seorang Guru Matematik beragama Hindu yang telah memeluk Islam setelah hatinya tersentuh bila melihat peribadi TG Nik Aziz sebagai MB dan pemerintahan Islam di Kelantan.

Heran saya melihat orang UMNO yang Islam ni. Mengaku Islam tapi masih sokong parti toghut (syaitan) yang berfahaman sekular Kristian sesat. Agaknya seluruh ahli UMNO ni pakai kitab lain kot. Sebab itulah mereka terus sokong parti yang tolak Al-Qur'an.

Ayuh seluruh saudara Islam ku, sudah sampai masanya kita meninggalkan toghut dan kembali kepada cahaya kebenaran (Islam).

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger