Monday, March 1, 2010

Lepas solat sunat, dapat petunjuk masuk UMNO

Fairus berkata beliau mendapat petunjuk untuk menyertai Umno, parti pilihan terbarunya ini, selepas solat sunat sejak tiga bulan lalu. “Saya mendapat petunjuk untuk memilih masuk Umno,” kata beliau ketika ditanya mengapa memilih parti dominan Barisan Nasional ini.

Memanglah kita disarankan buat solat sunat Istikharah untuk mohon petunjuk Ilahi tapi kena faham beb ada syaratnya. Kalau hati kita dah berat dan condong ke satu arah, lepas tu baru nak buat solat sunat, itu tak aci namanya.

Contoh yang betul untuk melakukan solat sunat Istikharah lebih kurang beginilah. Katakanlah kita ada menaruh hati kepada 2 orang gadis yang sama cantik, berakhlak mulia, beriman dan berkerjaya. Dan kedua-dua gadis ini turut sama suka pada kita. Dalam situasi ini, sudah tentu kita berada dalam dilema. Nak pilih si gadis A, nanti bimbang pulak hati si gadis B terluka. Nak pilih si B, nanti si A pula menderita. Nak pilih kedua-duanya sekali, memang tak pernah dibuat orang walaupun tak salah di sisi syara'. Jadi, jalan yang terbaik ialah kita serahkan kepada Allah. Biarlah Dia yang buat pilihan terbaik untuk kita. Dalam konteks ini, barulah tepat untuk kita laksanakan solat Istikharah.

Bukanlah niat aku nak perlekeh pasal solat sunat yang dibuat oleh si Fairus ni tapi aku kesian kat budak mentah ni kerana tak sedar yang dirinya telah ditipu oleh syaitan hasil daripada solat sunat yang dilakukan sepanjang 3 bulan untuk dapat petunjuk.

Takkanlah si Fairus ni boleh jadi begitu bodoh sehingga menyangka dirinya telah mendapat petunjuk Allah agar memilih UMNO sebagai parti pilihannya.

Dah terang-terang UMNO sebuah parti sesat berfahaman sekular Kristian, rasuah, menyeleweng dan pelbagai jenis jenayah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO, lepas tu si Fairus boleh dakwa dirinya dapat petunjuk yang betul hasil daripada solat sunat.

Hoi Fairus, petunjuk yang kau dapat tu bukannya dari Allah tapi dari syaitan. Sebab UMNO itu sendiri parti syaitan. Inilah akibatnya jika tiada ilmu agama yang cukup. Dengan begitu mudah diperbudakkan oleh tipu-daya syaitan yang lemah.

Lepas satu alasan, satu alasan dibuat untuk mempertahankan keputusan yang paling bodoh dalam hidupnya. Agaknya bila dia rasa rakyat mula benci dan tak percaya, maka disebut pulak darihal dapat petunjuk setelah 3 bulan buat solat sunat.

Macam si budak lahabau Saiful yang sanggup bersumpah dengan Al-Qur'an sewaktu PRK Permatang Pauh dulu. Dia ingat sumpah yang dibuatnya itu boleh mempengaruhi minda pengundi agar percaya dakwaan liwatnya terhadap Anwar.

Aku nak bagi peringat diri sendiri dan juga para pembaca agar marilah kita berhati-hati dengan segala tipu-daya iblis syaitan yang sangat licik ini. Takde sesiapa yang boleh menyelamatkan kita daripada tipu-daya ini kecuali Allah jua semata-mata.

Oleh kerana si Fairus ini lebih condong untuk memilih jalan yang salah, maka Allah biarkan dirinya begitu saja.

Kita kena ingat, Allah SWT telah membekalkan kepada kita Al-Qur'an dan Sunnah Rasul-Nya. Jika kita berpaling daripada 2 sumber ini, maka sebenarnya kita telah memutuskan tali Allah.

Kepada seluruh rakyat yang beragama Islam, sekali lagi aku menyeru agar segera meninggalkan UMNO. Jangan sekali-kali kita tertipu dengan golongan pemimpin yang menyesatkan.

Salam pagi Isnin.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger