Monday, March 1, 2010

Fairus PKR dah masuk UMNO

"Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi, cepatlah adik PKR cepat, Abg Najib sedia duit berguni.........."

Bila mana perjuangan tidak didasarkan kepada Aqidah Islam, maka ianya mudah goyang dan tiada ketahanan diri. Dan inilah yang berlaku kepada beberapa wakil rakyat PKR yang bertindak keluar meninggalkan parti dan memilih untuk menjadi bebas dan akhirnya masuk semula ke dalam mulut buaya. Dan yang terkini, bekas wakil rakyat PKR di ADUN Penanti telah menyertai UMNO secara rasmi dan diterima kemasukannya dengan senang hati oleh Najib.

Memanglah kita pelik melihat sikap dan telatah beberapa kerat wakil rakyat PKR yang bertindak meninggalkan partinya. Mereka tak sedar tindakan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar terhadap para pengundi yang telah memilih mereka dalam PRU12 lalu.

Namun panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Sebagaimana saya sebutkan di awal tadi, bila Aqidah Islam tidak dijadikan tunjang dalam perjuangan, akhirnya pasti rebah juga. Percayalah segala alasan yang diberikan oleh beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti ini hanyalah rekaan semata-mata.

Bolehkah kita percaya dengan orang seperti Jamaluddin Md Razi, Osman Jailu, Dato' Zahrain dan Mohd.Fairus yang telah bertindak meninggalkan PKR kerana kononnya mereka tak puashati dengan kepimpinan PKR dan beberapa isu lain yang remeh-temeh.

Jika kita merujuk kepada Al-Qur'an, begitu jelas tindakan mereka ini tidak ubah seperti golongan munafiq. Bermuka-muka. Rasanya sesuai juga kalau digelar mereka berempat ini sebagai manusia yang kurang waras.

Mereka berempat ni bukan tak tahu sapa UMNO sebenarnya. Parti yang rasuah, menyeleweng sana sini, merompak berpuluh bilion wang rakyat dan entah apa jadah lagi kesialan parti Melayu hapraq itu.

Waras ataupun gila jika seseorang yang pada asalnya berjuang dan berkempen sana-sini mengajak rakyat menegakkan keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO, tiba-tiba diri sendiri pulak memilih untuk bersama dengan parti korup yang ditentang sebelum ini. Tak gila lagikah namanya itu ?

Inilah yang disebut sebagai songsang. Keluar meninggalkan kebenaran menuju ke jalan kebinasaan. Pandai betul 4 orang mangkuk tingkat ni. Mungkin dia orang ni baca kitab karangan ulama' penjilat pungkok UMNO...

Apa punca mereka bertindak sedemikian ?

Habuan dunia... Inilah sebenarnya yang mereka kejarkan. Janganlah percaya dengan alasan itu dan ini yang dibuat mereka. Semuanya bohong belaka demi nak menutup pekong keji dalam hati mereka.

Kalau benar mereka ikhlas nak berjuang untuk rakyat, apa jua rasa tak puashati mereka boleh dibawa ke meja perbincangan dengan kepimpinan parti. Tapi mereka lebih suka meluahkan rasa tak puashati itu di depan media dengan harapan akan mendapat perhatian. Inilah bodohnya orang yang tak tahu siasah syari'ah (politik). Suka bertindak gopoh dan mencari nama. Walhal segala masalah yang timbul boleh diselesaikan secara baik demi kebaikan parti sendiri dan Pakatan Rakyat.

Namun apakan daya, tawaran habuan dunia daripada UMNO lebih mengasyikkan mereka. Boleh percaya ke dengan 4 orang mangkuk ayun ni yang memilih untuk meninggalkan PKR tanpa sebarang tawaran lumayan dalam apa jua bentuk dari UMNO ? Tobat lahom aku tak caya...

Paling koman mesti juta...juta... punya beb ? Yang si Fairus ni pulak baru bebas dari tuduhan rasuah. Tak mustahil ini juga salah satu 'tawaran' baik punya. When you're agree to jump out, all the accusation dismissed. Kalau tak apa bodohnya mereka keluar.

Sebenarnya aku cukup suka bila beberapa orang munafiq dalam PKR ni keluar parti itu sebab lagi awal mereka blah, lagi bagus. Biar PKR bersih daripada jenis manusia seperti ini.

Anwar Ibrahim sendiri perlu insaf dan sedar dengan segala apa yang melanda partinya. Walaupun PKR parti pelbagai bangsa dan agama, namun Anwar perlu tarbiyyah kesemua pimpinan dan ahli PKR yang Islam ini agar berjuang atas dasar Aqidah Islam. Bukankah PAS rakan dalam PR, jadi arahkan saja seluruh pimpinan dan ahli PKR yang Muslim ikut serta dalam program usrah dan tarbiyyah PAS.

Tak usah risau atau bimbang kalau nanti ada pulak di kalangan ahli PKR yang menyertai PAS. Apa salahnya. Itu hak masing-masing. Yang penting kekuatan Pakatan Rakyat mesti dipelihara bersama.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger