Monday, March 22, 2010

Aku 'menangis' kesiankan si Musa Hasan

Sehari suntuk aku 'menangis' kerana terlampau 'sedih' bila membaca luahan hati 'insan komil' si Musa Hasan yang terkilan kerana ada pihak ketiga yang bermain politik dalam PDRM. Pihak ni katanya sengaja menimbulkan tekanan terhadapnya dan dilihat sebagai satu usaha mendesak beliau segera meletakkan jawatan.

Kata Uncle Musa lagi, sejak kebelakangan ini banyak arahan terhadap pegawainya datang dari pihak tertentu tanpa pengetahuan beliau sendiri. Sepatutnya arahan kepada para pegawai bawahan mestilah daripada KPN sendiri.

Beliau juga percaya arahan itu datang dari pihak politik atau orang tertentu.

Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang si Musa sibuk pulak nak bela diri dan menuduh pihak ketiga mahu menjatuhkan beliau. Apakah dia lupa selama ini banyak tindakan beliau selari dengan kehendak pimpinan UMNO? Dan adakah Musa lupa bahawa selama ini PDRM telah diperkudakan semahunya oleh parti pemerintah demi nak merealisasikan matlamat politik jijik mereka ?

Lihat saja bagaimana tindakan pihak Polis menahan, menangkap dan mendakwa para pemimpin parti pembangkang dengan pelbagai tuduhan palsu dan tak masuk akal. Tidak mahu keluarkan permit ceramah. Menghalang rakyat berhimpun secara aman. Mengugut rakyat dengan pelbagai akta karut-marut.

Musa tak usahlah nak bersandiwara. Segala pekongnya dah terbongkar. Rakyat tahu penglibatannya dengan sendiket pelacuran, judi, dadah, ah long dan kongsi gelap seperti yang didedahkan oleh mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusuff.

Sekarang baru rasa langit tu tinggi atau rendah. Selama ini kamu hanya tunduk dan patuh dengan segala arahan pimpinan atasan UMNO demi nak terus kekal dengan jawatan No.1 PDRM.

Mungkin Musa lupa untuk ambil pengajaran daripada apa yang dialami oleh Rahim Noor dulu. Si Rahim Noor belasah Anwar dalam lokap atas arahan Mahathir. Bila Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat kes mata lebam Anwar, mendapati Rahim bersalah kerana dengan sengaja memukul Anwar dengan niat membunuh. Akhirnya, bila kes ini dibawa ke Mahkamah, si Rahim didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara sehingga hilang segala elaun dan kelayakan pencennya. Bukan setakat itu saja malah rakyat akan meludah bila ternampak kelibatnya di mana-mana. Malang sungguh si Rahim Noor yang mengakhiri karier sebagai KPN dalam keadaan terhina. Tapi Mahathir bebas lepas.

Begitu juga dengan mantan Peguam Negara Mokhtar Abdullah. Mati dalam keadaan hina. Tak payahlah nak cerita panjang sebab dia sedang 'aman' dalam kubur.

Dan begitu juga nasib seorang lagi Pegawai Tinggi Polis yang di saat akhir hayatnya sangat mengaibkan sehingga ke tahap minum air kencing sendiri. Akhirnya mati hina. Beliau yang bertanggungjawab mengarahkan FRU dan Polis membelasah rakyat dalam Himpunan 100 ribu rakyat di Lebuhraya Kesas dulu.

Musa Hasan kena bertaubat sebelum terlambat. Dia wajib minta maaf pada Anwar Ibrahim dan seluruh pemimpin pembangkang serta rakyat jelata. Setakat minta maaf saja belum cukup kerana dia juga wajib mendedahkan segala kebobrokan PDRM selama ini berpunca daripada siapa...

Ingatlah Musa, para penguasa zalim UMNO tidak pernah peduli tentang nasib kamu dan seluruh anggota Polis yang ada. Mereka hanya memperkudakan PDRM untuk terus kekal berkuasa.

Ingatlah, setiap sen gaji yang dibayar pada kamu setiap bulan adalah wang rakyat. Bukan UMNO punya duit.

Berita lanjut di sini.

Salam pagi Isnin.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger