Monday, July 13, 2009

Politik Jambatan dan Jalanraya

Sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Muslim, aku benar-benar rasa marah kerana diperbodohkan oleh pemimpin UMNO sejak lebih setengah abad. Di mana letaknya maruah bangsa ku sendiri yang merelakan diri mereka diperbudakkan dengan janji pembinaan jambatan, jalanraya, pemberian subsidi, penurunan kadar tol dan pelbagai lagi janji-janji yang ditabur demi untuk meraih undi.

Mengapalah bangsaku yang menyokong UMNO terus redha diri mereka diperbodohkan dengan janji-janji pembangunan. Aku kecewa dengan sikap dan minda bangsaku yang masih tertutup rapat sehingga tak mampu nak melihat serta membezakan yang mana merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini.

Sedarlah wahai bangsaku, penyediaan kemudahan asas adalah merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh semua kerajaan di dunia. Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, sistem jalanraya yang terbaik termasuk pembinaan jambatan, pendidikan dan perubatan percuma, perumahan, perkhidmatan kebajikan dan bekalan makanan yang mencukupi adalah antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia ini.

Malangnya sehingga ke saat ini kita masih boleh diperbodohkan oleh pemimpin UMNO dengan janji "Jika sokong BN, kita akan bina jambatan, jalanraya." Jambatan dan jalanraya ini dah memang jadi tanggungjawab wajib kerajaan menyediakannya. Bukannya dijadikan bahan kempen untuk meraih undi. Di mana maruah kita hahhhhhh...

Wahai Melayu, sedarlah. Bangkitlah. Jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan dengan "Politik Jambatan dan Jalanraya" ni. Kenapa kita perlu takut dengan kerajaan yang kita pilih. Mereka boleh jadi PM, TPM, Menteri Kabinet dan MP kerana dipilih oleh rakyat. Sepatutnya mereka yang patut tunduk dengan kita. Malangnya apa yang berlaku terbalik. Kita yang pilih mereka, lepas tu kita pulak yang takut dengan mereka. Bukankah ini bodoh namanya.

Jika mereka gagal dalam melaksanakan kehendak kita sebagai rakyat, maka kita jatuhkan mereka dalam pilihanraya yang berikutnya. Namun ini tidak berlaku. Kita terus-menerus pilih mereka sedangkan kita tahu selama ini hak kita sebagai rakyat dirampas satu-persatu. Mereka hidup kaya-raya hasil rompakan wang rakyat manakala hidup kita pula terus dihimpit dengan segala macam bebanan kenaikan dan hutang. Mana letaknya fikiran dan hati kita selama ini. Sebenarnya kitalah yang bodoh... Tak tahu nak gunakan kuasa kita sebagai rakyat.

Untuk pengetahuan pembaca, kerajaan Peranchis merupakan sebuah kerajaan yang perihatin terhadap rakyatnya. Presiden Peranchis dan kabinetnya cukup 'takut' dengan rakyatnya. Mereka cukup sedar dengan "kuasa rakyat". Rakyat boleh menjatuhkan mereka dengan sekelip mata jika mereka gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat Peranchis seluruhnya.

Ekoran dari kesedaran ini, Kerajaan Peranchis menyediakan beberapa keperluan asas rakyatnya secara percuma. Antaranya pendidikan dan perubatan. Ibu yang melahirkan anak diberikan cuti 6 bulan bergaji. Bukan setakat itu saja malah kerajaan menyediakan pembantu rumah untuk ibu yang baru melahirkan secara percuma. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

Satu perkara yang agak menarik di Peranchis ini ialah Perkhidmatan Doktor Percuma Ke Rumah 24 jam. Jika rakyat Peranchis sakit dan tidak mampu ke hospital, mereka boleh menelefon para doktor ini untuk mendapatkan rawatan di rumah masing-masing. Semuanya percuma.

Segala kemudahan yang disediakan ini juga tidak terhad kepada rakyat Peranchis saja. Rakyat asing yang menetap di sana juga layak mendapatkan segala kemudahan ini secara percuma.

Bagaimana dengan kita di Malaysia ?

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger