Saturday, July 25, 2009

PAS dan UMNO - Yang Mana 'Halal' Di Sisi Allah ?

Oleh kerana hari ni adalah Juma'at, suka saya nak berterus-terang mengapa penulisan saya selama ini agak begitu keras menghentam UMNO dan pemimpinnya. Bukan setakat itu saja, malah ada beberapa posting saya menyindir dan mengkritik sesetengah pimpinan PAS yang agak mengecewakan dalam tindak-tanduk politik dan juga sikap mereka.

Walaupun saya seorang ahli PAS namun tidak pernah taksub. Penyertaan saya ke dalam jamaah ini kerana yakin dengan perlembagaannya. Perlembagaan PAS adalah Al-Qur'an, Sunnah, Ijma' Ulama' dan Qias. Sebagaimana yang pernah saya utarakan sebelum ini bahawa kemasukan saya ke dalam PAS hanyalah semata-mata kerana menuruti perintah Allah.

Oklah, mari kita buka minda luas-luas. Tarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan agar tenang dan tidak emosional. Ulangi sebanyak 3 kali. Jika dah selesai, mari kita teruska berbicara

Sebelum tu, suka saya nak mengajak pembaca renungkan sejenak tentang beberapa persoalan berikut.

1- Mengapa kita orang Islam tak makan daging babi ? Adakah kerana namanya babi, maka kita geli nak makan atau ada sebab lain ? Mudah saja nak jawab persoalan ini. Kerana Allah telah mengharamkannya.

2- Kenapa kita tak mahu melibatkan diri dengan Riba' sedangkan jika difikir secara 'AQLI ianya sangat menguntungkan ? Sebab Allah mengharamkan Riba' dan menghalalkan jualbeli.

Mari kita panjangkan bicara di sini tentang kucing dan ayam. Semua orang tahu kucing lebih bersih dari ayam. Kucing dijadikan binatang peliharaan kesayangan. Hari-hari diberi minum susu dan makan ikan. Dimandikan seminggu dua kali. Bukan setakat mandi saja malah dishampoo bulunya supaya bersih dan wangi. Bila sakit, ada setengahnya membawa kucing mereka ke klinik. Manakala ayam pula lebih pengotor daripada kucing. Mana longkang yang dia tak masuk untuk cari makanan. Kalau di kampung, kita sendiri boleh tengok perangai ayam. Kalau zaman dulu, orang kampung lebih suka "melabur" dekat pangkal-pangkal pokok. Bila dah beres, ayam akan datang untuk mematuk pelaburan mereka.

Jika ikut hukum akal, sudah tentu kucing lebih bersih untuk disembelih dan dimakan oleh kita. Tetapi mengapa kita semua tak makan kucing ? Sebab Allah dah tetapkan hukum-Nya. Kucing haram dimakan manakala ayam halal. Jadi tanpa banyak bicara, kita patuhi saja apa yang telah dihalalkan bagi kita. Dan begitu juga apa yang diharamkan untuk kita.

Disinilah letak duduknya HUKUM ALLAH sebagai panduan seluruh umat Islam.

Begitulah juga dalam hal berpolitik. Sebagai Muslim kita wajib tahu yang mana satu boleh kita sokong atau tidak. Bukan boleh ikut sesuka hati kita saja. Kita semua tahu di Malaysia terdapat 2 buah parti besar orang Melayu. Yaitu PAS dan UMNO. Bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka tidak akan bertindak melulu dalam membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Mereka akan mengkaji terlebih dahulu Perlembagaan sesebuah parti itu samada ianya mematuhi atau bercanggah dengan Islam.

Sekarang kita buat perbandingan antara Perlembagaan PAS dan UMNO ;

FASAL 5, 6 dan 7(1) Perlembagaan PAS :

Fasal 5 : TUJUAN

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6 : USAHA

Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai kelslaman

dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Fasal 7 (1) : Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH (Al-Qur'an) dan SUNNAH RASUL (Hadis) serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

FASAL 3 Perlembagaan UMNO

ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

APA TINDAKAN KITA ?

Sebagai seorang Muslim, kita buatlah penilaian secara jujur antara PAS dan UMNO.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger