Thursday, July 23, 2009

Anwar Akan Ke Penjara 12 Tahun ...

Tak taulah aku apa nak jadi dengan negara ni. Bukannya makin maju dan berdaya saing tetapi semakin teruk dengan pelbagai masalah. Rasuah, penyelewengan, jenayah VIP, nilai matawang semakin jatuh, sistem keadilan rosak, golongan atasan semakin bermaharajalela mengaut kekayaan manakala rakyat khususnya orang Melayu semakin miskin dan hidup melarat. Pengangguran pula bukan setakat melibatkan rakyat berpendidikan rendah dan sederhana malahan golongan lepasan universiti juga tidak terkecuali. Ratusan ribu siswazah jadi penganggur terhormat.

Hari ini Malaysia semakin jauh ketinggalan. Singapura, Korea Selatan dan Taiwan sudah jauh ke depan. Ketiga-tiga negara ini berjaya sebab pemimpin mereka amanah dan bermaruah manakala pemimpin Malaysia asyik berebut memunggah kekayaan negara, merompak harta rakyat. Rasuah sana sini dan sibuk merancang nak jatuhkan musuh politiknya dengan cara fitnah dan konspirasi keji. Sebab tulah negara ni jadi hapraq la ni.

Penyakit yang menyerang Malaysia pula dah pelbagai paten. Wabak JE, SAR dan yang terkini Selsema Babi (H1N1). Semuanya ini adalah bala' akibat kesalahan pemimpin dan rakyat yang semakin rosak 'Aqidahnya....

Murtad dan mencecah angka ratusan ribu, remaja yang rosak akhlak dah tak terkira banyaknya. Pelajar sekolah pula dah semakin ramai yang terlibat dengan kumpulan gengster malah ada yang terlibat dengan jenayah bunuh. Hubungan seks bebas di kalangan pelajar dan remaja universiti dah jadi perkara biasa.

Rakyat pula terus dilalaikan dengan pelbagai jenis program hiburan melalui TV dan konsert-konsert yang dianjurkan di seluruh pelusuk negara. Dan amat malang bagi kita apabila anak-anak Melayu yang paling ramai sekali menyertai setiap pertandingan hiburan yang dianjurkan. Betul juga kata pemimpin UMNO yang melaungkan slogan "Melayu Boleh". Memang pun boleh sebab UMNO yang "mendidik" rakyat negara ini boleh buat semuanya tanpa perlu risaukan apa-apa asalkan SOKONG UMNO. Lantaklah...

Boleh murtad, boleh rasuah, boleh zina, boleh bunuh, boleh fitnah, boleh minum arak, boleh judi dan segala-galanya boleh. Yang penting mesti terus sokong UMNO... Kalau gagal kat universiti pun takpe, boleh jumpa "big boss" untuk dapatkan biasiswa asalkan sanggup jadi "pecacai angkat najis" untuknya.

Sapa-sapa yang nak dapat biasiswa... pergilah jumpa PM Najib. Kalau tak caya... pi tanya Saiful.

Inilah Malaysia negara ku...

Kita semua tahu siapa Saiful Bukhari Azlan. Pelajar universiti yang gagal dan mengaku jumpa Najib kerana nak mohon biasiswa. Kalau dah gagal tu buatlah cara gagal. Konon nak mohon biasiswa. Bukan nak mohon biasiswa tapi ada "good deals" dengan big boss. Si mangkuk nilah yang membuat laporan Polis dan mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim sewaktu membantu PKR dalam PRU12 lalu. Laporan dibuat sebelum Anwar bertanding dalam PRK Permatang Pauh.

Punya dahsyatnya si bahalol ni sehingga sanggup membuat Sumpah dengan Al-Qur'an bagi mengiyakan dakwaan kena liwat tu. Yang lucu tu sumpah laknat dibuat di salah sebuah mesjid di Permatang Pauh sewaktu tempoh berkempen sedang hangat berjalan. Apa maknanya ni ? Kalau tak konspirasi jahat, apa pula tujuannya bersumpah waktu kempen sedang berjalan ?

Sekali lagi perancangan jahat Najib dan kuncu-kuncunya menggunakan si budak bodoh ni gagal untuk menjatuhkan Anwar apabila 4 orang doktor pakar mengesahkan yang pungkok (dubur) Saiful Bukhari Azlan masih "genuine" tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat.

Setelah sumpah dengan Al-Qur'an pun gagal menyakinkan pengundi, kemudian 4 doktor pula mengesahkan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful, maka digunakan pula cara lain bagi merealisasikan cita-cita jahat dan keji untuk memenjarakan Anwar.

Takde sapa nak percaya dengan fitnah liwat ni. Mahathir sendiri mengaku bahawa Anwar tak bersalah dalam kes tuduhan liwat yang pertama dulu. Dengan muka 10 sen, Mahathir sendiri akui bahawa segalanya hanyalah rekaan semata-mata untuk pecat Anwar. Tak pasal-pasal Anwar kena belasah dengan "bapak anjing" dalam lokap di Bukit Aman sehingga pecah tulang belakang. Lepas tu merengkok pulak dalam penjara 6 tahun.

Punyalah tabah insan bernama Anwar Ibrahim ni. Beruntung Dato' Ibrahim dan Almarhumah Mak Yan mempunyai anak seorang pejuang.

Berikut adalah artikel berita lengkap berhubung dengan DNA yang akan digunakan di mahkamah bagi memerangkap Anwar dan seterusnya "merehatkan" beliau selama 12 tahun.

Anwar mungkin merengkok 12 tahun kerana DNA

KUANTAN, Julai 20 — Walaupun telah wujud empat laporan dari doktor berlainan yang mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak mempunyai sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat, tetapi perbicaraan kes liwat Saiful lawan Anwar Ibrahim yang bakal bersambung nanti mungkin akan memberi kelebihan kepada Saiful.

Dalam ceramah umum di Beserah, Kuantan pada malam Sabtu lepas, pemimpin-pemimpin kanan PKR yang hadir, Zulkifli Noordin, Fuziah Salleh dan Azan Ismail, serta Saudara Ahmad Nizam Hamid senada dalam mendedahkan tentang keputusan hakim dalam sesi perbicaraan terakhir sebelum penangguhan baru-baru ini, bahawa perbicaraan seterusnya akan hanya mengambil kira bukti klinikal yang berupa hasil dari ujian DNA.


Keputusan mahkamah yang sebegini tentulah sangat mengejutkan, apalagi dalam keadaan telah wujudnya laporan pemeriksaan dari empat doktor yang bersedia memberi kesaksian mereka.


Mengecilkan skop pembuktian hanya kepada analisis DNA memberi gambaran bahawa empat orang doktor tersebut tidak berwibawa dan pandangan profesional mereka tidak berharga.


Pergantungan tunggal kepada ujian DNA dalam kes-kes jenayah, seperti di Amerika Syarikat, walaupun semakin diterimapakai di mahkamah-mahkamah mereka, namun sehingga hari ini masih menjadi kaedah pembuktian yang penuh kontroversi.


Ketepatan DNA hanya bersifat kepercayaan popular, bahkan kadar ketepatan 99.9 peratus DNA hanyalah suatu anggaran dan tidak ada sesiapa yang pasti tentangnya.


DNA memang berbeza untuk setiap manusia, tetapi yang digunakan dalam pembuktian adalah Profil DNA, yang sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja dari DNA keseluruhan seseorang manusia. Kerana itu, Profil DNA dua orang adik-beradik mungkin sahaja hampir sama.

Pada tahun 2001, Kathryn Troyer telah menjalankan ujian terhadap pengkalan data Profil DNA penjenayah Arizona, dan telah membuat penemuan dua penjenayah dengan profil genetik yang hampir sama, kedua-dua penjenayah ini mempunyai padanan 9 dari 13 lokasi kromosom. Sememangnya mereka berdua bukan adik-beradik kerana seorang berkulit putih dan seorang lagi berkulit hitam.


Asalnya FBI cuba menafikan bukti penemuan ini dengan mendakwa ia kes terpencil, 1 dalam 113 bilion, tetapi Troyer pada tahun-tahun berikutnya telah membuat berdozen-dozen penemuan yang serupa.


Ini telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Profil DNA. DNA memang berciri unik, tetapi tidak untuk Profil DNA, ia hanya sekelumit dari keseluruhan genom.


DNA haruslah digunakan dengan kehadiran bukti dan kesaksian yang lain. Dalam kes jenayah, sebelum dibicarakan tertuduh bersalah atau tidak, Zulkifli Noordin berkata jenayah mesti dibuktikan berlaku. Jika ada tuduhan seseorang merompak, rompakan itu mesti berlaku, ada barang yang hilang, ada wang yang hilang.

Jika ada tuduhan seseorang merogol, rogol itu mesti berlaku, mangsanya disahkan hilang dara, ada bukti koyakan, ada bukti tusukan dan sebagainya.


Dalam kes Saiful, dia mendakwa diliwat, maka liwat itu seperti rogol mesti berlaku, ada koyakannya, ada tusukannya, dalam Islam mesti menghadirkan empat orang saksi. Empat orang saksi telah hadir dengan laporan mereka, keempat-empat mereka doktor dan kesimpulan mereka sama, liwat tidak berlaku!


Doktor-doktor ini tidak akan dipanggil ke mahkamah, hanya hasil ujian DNA sahaja yang akan digunakan. Sampel DNA Anwar, menurut Zulkifli Noordin, boleh diperolehi di mana-mana sahaja, bahkan dari peluh yang dilap ketika Anwar berdebat dengan Shabery Chik dahulu pun, sebelum itupun sampel DNA Anwar sudah berada di tangan polis, ketika Anwar ditumbuk pengsan oleh Rahim Nor, dicuri tanpa keizinan, itu pengakuan polis sendiri, dan ia terdedah untuk disalahguna dengan menaburnya di lokasi yang didakwa tempat kejadian atau di bahagian tertentu di tubuh Saiful.


Ulas Zulkifli Noordin lagi, kali ini Anwar mungkin akan trpaksa ke penjara untuk tempoh yang lebih lama, 12 tahun, kerana ini adalah tuduhan kedua untuk kesalahan yang sama.


- themalaysianinsider

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger