Tuesday, July 28, 2009

Allah SWT Sebut Dalam Al-Qur'an Tentang Perangai Pemimpin UMNO

Saya tidak merasa hairan dengan setiap tindak-tanduk dan perangai jahat pimpinan UMNO dalam merealisasikan segala matlamat mereka demi mempertahankan kuasa yang ada. Golongan ini tidak pernah merasa takut dengan segala amaran Allah. Bagi mereka apa yang dihajati mesti dicapai dengan apa cara sekalipun. Tidak kiralah samada tindakan itu mematuhi undang-undang maupun sebaliknya.

Kita sendiri boleh lihat bagaimana mereka merampas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Begitu juga dengan kes fitnah liwat terhadap DSAI. Kes Elizabeth Wong, Exco Selangor.

Terkini tindakan tidak bermoral SPRM (pecacai UMNO) dalam menyiasat kes dakwaan rasuah terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor. Kaedah soal-siasat yang digunakan oleh para pegawai SPRM ini serupa saja dengan cara Polis menyoal-siasat suspek. Cara ugutan, paksaan, makian dan pujukan. Dan kejadian yang palling tragis sekali apabila Teoh Beng Hock menemui ajal setelah terjatuh dari tingkat 14 Pejabat suruhanjaya tersebut. Mayatnya dijumpai di atas bumbung tingkat 5.

Adakah mendiang membunuh diri atau dibunuh, takde siapa yang tahu. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Tak syak lagi segala dakwaan yang dibuat terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor hanyalah merupakan salah satu siri dakwaan yang sengaja direka dengan tujuan untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat di negeri paling kaya itu. Semua bukti yang dikemukakan memang sengaja direka. Memang UMNO/BN boleh ada-adakan bukti tersebut kerana seluruh jentera kerajaan Pusat mereka yang pegang. Boleh diperalatkan semahunya.

Puak-puak pemimpin UMNO tak usahlah nak tunjuk baik pada rakyat. Sejak bila "puak-puak bangsat" ni begitu serius untuk memerangi rasuah. Cuba tanya si Khir Toyo tu, dah berapa banyak skandal rasuahnya yang didedahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tapi kenapa BPR dan SPRM tak bertindak.

Skandal rasuah Najib berjumlah RM 960 juta hasil pembelian kapal selam dan pesawat Sukhoi, mengapa takde sekor pun pegawai BPR dan SPRM yang berani siasat. Apa dia orang ingat Malaysia ni bapak dia punya ke ? Mentang-mentang berkuasa, boleh buat sesuka hati saja. Dan skandal PKFZ yang melibatkan berbilion duit rakyat, kenapa BPR dan SPRM senyap ?

Sebagaimana saya sebut di awal tadi, saya memang tak hairan dengan perangai keji puak-puak pemimpin UMNO ni. Sebabnya Allah dah sebut dalam Al-Qur'an tentang perangai jahat mereka apabila berkuasa.

Dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22;

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

H.Zainuddin Hamidy menafsirkan ayat ini :

Orang-orang yang tiada mempedomani ajaran Tuhan, jika mereka berkuasa niscaya kekuasaan itu akan dipergunakannya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya, keuntungan duniawi untuk diri dan keluarga, memperturutkan kehendak hawa nafsu dan menindas masyarakat serta memecah-belah kesatuan umat. Kepentingan bersama, keadilan, kebenaran, kejujuran dan ajaran Tuhan sudah tentu tiada mereka pedulikan.

Kita sebagai umat Islam akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak di akhirat. Sebab itulah kita tak boleh memandang remeh dalam soal pilih pemimpin. Jika kita sengaja pilih pemimpin jahat, maka kita juga akan ikut mereka masuk dalam Neraka. sebab tindakan kita yang dungu terus-menerus memilih mereka membuktikan yang kita juga redha dengan segala perbuatan mereka.

Sedarlah wahai umat Islam. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Rujukan kita adalah Al-Qur'an dan Sunnah.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger