Friday, July 24, 2009

Dr. Asri Menegur Pimpinan PAS.......

Baru-baru ni mantan Mufti Perlis, Dr Mohd.Asri Zainul Abidin meminta pemimpin PAS menasihati para pengikutnya agar tidak memaki hamun pihak-pihak dari parti lain. Alasan Dr. Asri kerana PAS menggunakan nama Islam.

Pada asasnya aku menghormati teguran ikhlas Dr. Asri ni. Almaklum sajalah, bekas Mufti. Bukan calang-calang oh... tapi malangnya tak nak terjun dalam perjuangan Islam. Lebih seronok jadi host dalam rancangan Astro Channel 106 untuk berdakwah. Duit masuk. Glamour lagi. Dengar khabar ada buat rakaman album.

Aku taklah kata Dr. Asri ni sokong UMNO. Tapi selama dia jadi Mufti, kenapa tak nak buat kenyataan terbuka dan menyeru rakyat Malaysia agar segera meninggalkan parti toghut UMNO. Bukannya dia tak tahu yang UMNO berkiblatkan sekularisma, satu fahaman Kristian yang menyesatkan. Kalau benar dia seorang yang jujur dengan ilmu Islam yang Allah kurniakan kepadanya, sepatutnya dia bertindak sedemikian demi menyelamatkan 'Aqidah Islam para pengikut dan penyokong parti Melayu itu.

Aku nak tanya kat Dr. Asri. Apa peranan Mufti-Mufti yang ada di seluruh negara hari ini. Kenapa dibiarkan gejala murtad berlaku dalam negara sehingga ratusan ribu anak orang Islam dimurtadkan. Masuk Kristian dan ada pula yang jadi Hindu.

Sebelum Dr. Asri menegur pemimpin PAS dan para pengikutnya, sila check dulu diri sendiri. Selama ini apa yang hang dan para Mufti dah buat untuk Islam. Setahu aku selama ini Mufti yang masuk TV tak habis-habis cerita pasal sembahyang, puasa, zakat, haji, buat baik, jangan derhaka pada ibubapa, jangan buat huru-hara, jadilah rakyat yang baik, fadhilat itu dan ini. Belum pernah aku dengar lagi mana-mana Mufti yang berani cakap seperti ini ;

"Adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk memastikan tertegaknya sebuah negara Islam di Malaysia ini yang melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an)".

Akibat kebaculan para Mufti yang ada hari ini, maka berlakulah segala macam kebejatan sosial dan akhlak dalam masyarakat Islam.

Dah hampir 52 tahun negara ni ditinggalkan penjajah dan selama tulah juga UMNO memerintah. Apa yang jadi dalam negara ni ? Segala macam bentuk kejahatan dan maksiat dah berlaku dalam negara ini. Tak ubah macam di Amerika.

Apakah Dr.Asri dan para Mufti nak tunggu sampai 1 juta orang Islam murtad baru nak bangkit menentang ? Tak payahlah... dah terlambat. Lebih baik ikut jejak langkah bekas Imam Paling Besar dalam negara, Dato' Firdaus Ismail berhijrah masuk UMNO. Cepat sikit jadi kaya. Kalau takat jadi host dalam Astro 106, lambat kaya.

Persoalan Maki Hamun

Aku nak tanya Dr. Asri "Mana lebih jahat antara puak Munafiq dengan puak kafir ?"

Sebab kami ahli PAS tahu bahawa golongan munafiq ni jauh lebih jahat dari kafir, maka memang selayaknya puak-puak munafiq ni dimaki sebagai "hadiah" di atas segala kejahatan mereka. Apa lagi yang tak jelas dengan kemunafiqan pemimpin UMNO ni ? Mereka mendakwa bela Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

2 bukti sudah memadai bagi membuktikan kemunafiqan para pemimpin atasan UMNO :

1- Jika benar pemimpin UMNO mahu tegakkan Islam, mengapa mereka tak mahu tukar Perlembagaan Malaysia yang ada hari ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an ?

2- Jika betul mereka kata mahu bela Islam, mengapa tiada tindakan yang diambil ke atas individu, badan maupun pertubuhan yang bertanggungjawab memurtadkan ratusan ribu umat Islam ?

Aku nak habaq kat Dr. Asri yang para pengikut PAS hanya memaki para pemimpin atasan UMNO yang menjadi dalang kepada segala permasalahan yang berlaku dalam negara hari ini. Memang sewajarnyalah mereka dimaki kerana segala tindak-tanduk mereka sudah melampaui batas.

Masalah Kafir Mengkafir

Orang PAS tidak akan bertindak mengkafirkan pihak lain jika tanpa sebab dan alasan kukuh. Sebab para pengikut PAS sedar sekiranya tuduhan kafir itu tidak betul, maka ianya akan berbalik pada diri sendiri.

Aku nak tanya pada Dr. Asri. Apakah hukumnya bila pemimpin UMNO sebut "Bukan kami tak mahu laksanakan Hudud tetapi tak sesuai untuk negara ini kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama."

Dan apakah hukumnya jika pemimpin UMNO cakap "Kita tak boleh campur adukkan agama dengan politik sebab politik ni kotor. Agama bersih."

Aku rasa Dr. Asri pun tau tentang fatwa Syeikh Mustafa Sabri, seorang Ulama' Masyhur di zaman Pemerintahan Khilafah Uthmaniah Turki. Beliau juga pernah menjawat jawatan Mufti dalam pemeritahan Utmaniah. Fatwanya berbunyi

"Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik."

Dalam Surah Al-An'am (6) : ayat 159, Almarhum Prof Dr. Hamka menafsirkan ayat ini sebagai ;

"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati mereka bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih bersembahyang".

Kesimpulannya bukanlah menjadi satu kesalahan jika ada di kalangan pengikut PAS yang memaki hamun pihak lain demi menegakkan kebenaran. Mudah-mudahan dengan makian tersebut dapat menyedarkan puak-puak munafiq dan sesat itu.

Jadi tak perlulah Dr. Asri nak bersusah payah menegur dan mengajar para pemimpin PAS bagaimana nak mendidik seluruh pengikutnya.

Kami ahli PAS hanya menghormati golongan Ulama' yang jujur dengan ilmunya serta berani untuk terjun dalam perjuangan Islam. Kalau setakat golongan Ulama' cari makan dan glamour, tak payahlah.... Lebih baik hangpa teruskan saja hobi cari makan tu.

Disebabkan masih terlalu ramai golongan Ulama' Su' (jahat) dalam negara ni, maka maysrakat Islam menjadi rosak.

Aku memang dah lama meluat dan benci dengan golongan Ulama' pengampu yang ada dalam negara ni.

Akhir sekali, aku berdoa' semuga Dr. Asri tidak termasuk dalam golongan Ulama' pengampu sebagaimana disebutkan oleh Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 ;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Jazakallah.

from the land below the wind.

1 comment:

Suara Siswa said...

Salam,

Seperti yg telah dijangka oleh Dr Asri,benar kata beliau akan apa yg akan terjadi apabila beliau menegur.
Saya sekadar meluahkan pandangan saya terhadap situasi ini. Saya melihat sikap Ahli pas yg secara majoritinya menolak segala teguran yg dtg dari luar. Kebanyakkan ahli pas menyanjung tinggi Ulama'2 pas dan pemimpin pas seolah2 mereka bersifat "maksum". Kita perlu sedar bahawa Ulama' juga mereka melakukan kesilapan dan tidak lari dari dosa.Sepatutnya apa yang baik sekalipun teguran kita harus terima bukan menolak terus semata2 tanpa menggunakan akal kurniaan Allah S.W.T. Saya melihat rata2 ahli pas banyak dan suka menolak nasihat dari memberi nasihat. Sebagai seorang Siswa saya berasa kesal dengan apa yg berlaku. Dari apa yg ditulis oleh penulis atau pemilik blog dan cara menulis saya berharap anda sedar akan apa yang anda katakan kerana kami golongan siswa,siswi dan generasi muda melihat keperibadian dan menilai kata2 tidak berdasarkan hati,tetapi berdasarkan akal.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger