Friday, July 10, 2009

Gila Yang Merosakkan !!!

Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis GILA yang melanda manusia. Ada jenis gila yang positif tetapi tidak kurang juga yang negatif. Sebagai manusia kita perlu tahu membezakan antara gila yang positif dan negatif.

Bagi kategori gila yang baik adalah seperti gila sembahyang, gila zikir, gila sedekah, gila menabung, gila membaca, gila belajar, gila Matematik, gila Fizik, gila komputer dan banyak lagi. Dan ada juga gila yang memerlukan belanja besar tapi masih boleh diterima seperti gila kereta, gila motor besar, gila melancong dan gila barangan berjenama.

Yang perlu dielakkan adalah jenis gila yang buruk ini seperti gila talak, gila judi, gila pangkat, gila kuasa, gila betina dan jantan, gila harta, gila seks, gila glamour dan pelbagai lagi jenis gila yang negatif.

Golongan lelaki biasanya dikaitkan dengan 3 kategori popular gila negatif ini. Yaitu gila kuasa, gila harta dan gila betina. Manakala golongan wanita pula biasanya dikaitakan dengan gila jantan dan gila harta. Kadang-kadang ada juga yang gila seks.

Apa yang saya nak bahaskan di sini ialah tentang gila kuasa. Oleh kerana mutakhir ini kita dihidangkan dengan suasana politik tak menentu dalam negara yang melibatkan seluruh parti politik samada di pihak parti kerajaan maupun pembangkang. Saya lebih berminat untuk menyentuh pasal parti pembangkang yang lebih popular dengan panggilan Pakatan Rakyat.

Gabungan PKR terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Apa yang 'menarik' dan memeningkan kepala rakyat marhain ialah gelagat ketiga-tiga parti ini. Awal-awal lagi DAP dah mula tunjuk belang sewaktu nak melantik MB Pakatan Rakyat di Perak. Ianya bermula apabila Lim Kit Siang mempersoalkan tentang perlantikan Nizar dari PAS sebagai MB sedangkan majoriti DUN dikuasai oleh DAP. Jelas di sini betapa gila kuasanya DAP sehingga mereka terlupa tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak yang menyatakan dengan jelas bahawa MB Perak mesti dari kalangan bangsa Melayu dan Islam. Akhirnya sirna juga kekalutan ini.

Kemudian Perak sekali lagi dikejutkan dengan tindakan 3 ADUN PR yang melompat parti dan menyatakan sokongan kepada BN tapi jadi ADUN Bebas. Siasat punya siasat, telek punya telek, rupanya 2 ADUN PKR yang melompat ini tak puashati kerana tak dipilih jadi MB. Yang paling kepingin sangat nak jadi MB ni ialah si Jamaluddin Mohd.Radzi. Lucunya si Jam ni dengar khabar tiada kelulusan tinggi. Bayangkanlah kalau dah dirasuk gila kuasa ni memang payah. Sampai tak sedar diri dan tak tau nak ukur baju pada badan sendiri. Patutnya dah tahu diri tu memang tak layak jadi MB, janganlah mengada-ngada.

Bila dah mula reda sikit isu Perak, PAS pulak buat hal. Tiba-tiba muncul semula idea Unity Government yang dilontarkan Hj Hadi dan disokong oleh beberapa pimpinan kanan PAS yang lain. Kejutan ini dibuat sewaktu kenyataan media yang dibuat sewaktu Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam pada Jun lalu. Ekoran timbulnya semula idea ini, Mursyidul Am PAS membuat kenyataan yang paling tegas dan dilihat sebagai amaran terakhir kepada individu yang berhasrat untuk meneruskan idea tersebut. Yang menjadi sasaran beliau ialah Timbalan Presiden PAS sendiri, Nasharudin Mat Isa. Dalam kenyataan media, TGNA menegaskan jika Nasha mahu meneruskan hasratnya, sila letak jawatan dan masuk UMNO serta kosongkan kerusi Parlimen Bachok. Secara kebetulan pada waktu itu Hj Hadi tiada dalam negara kerana berada di London. Adalah dipercayai Hj Hadi mengadakan pertemuan dengan Dr Yusof Qardawi di sana bagi meminta pandangan tokoh ulama' dunia itu berhubung idea itu.

Sekembalinya Hj Hadi dari London, keesokannya beliau bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang membuat kenyataan rasmi di Parlimen bahawa Pakatan Rakyat telah sepakat menolak idea Unity Government tersebut. Dengan pengumuman ini, seluruh warga PR menarik nafas lega manakala UBN terlopong mulut kerana terlepas peluang untuk mengambil kesempatan daripada kecelaruan ini.

Kita tak boleh menolak kemungkinan bahawa hasrat untuk meneruskan idea Unity Government ini mungkin didorong oleh gila kuasa atau gila glamour. Perlu diingat pemimpin PAS juga manusia biasa. Mereka bukan maksum. Sudah tentu tidak terlepas dari unsur 'gila' yang negatif itu. Bila difikir... sapa yang tak nak jadi Menteri Ohhhhh... Glamour be... Ada driver, PA, pejabat besar dan pelbagai lagi kemudahan.

Nasib baiklah Mursyidul Am tegas dan majoriti pimpinan serta ahli memang menentang idea yang tak popular ini.

Kemudian, sekali lagi Pakatan Rakyat dilanda badai. Kali ni di Kedah. Sekali lagi DAP menunjukkan perangai gila kuasa mereka. Kali ini DAP Kedah bertindak keluar dari Kerajaan PR Kedah hanya pasal babi. Lepas mereka sedar isu merobohkan pusat penyembelihan ini tidak mendapat respons di kalangan masyarakat Cina, mereka timbulkan pula satu fitnah biadap dengan menuduh Kerajaan PR Kedah yang diketuai PAS akan bertindak merobohkan kuil dan tokong. Tindakan DAP ini jelas menunjukkan mereka sengaja nak cari pasal dan cuba mengapikan semula semangat perkauman.

Mengapa DAP bertindak sedemikian ? Semuanya pasal gila kuasa... Kalau gila babi tak merbahaya sebab hanya melibatkan si penghidapnya saja.

Inilah penyakit yang melanda pemimpin dunia hari ini. Sukar untuk nak dirawat kalau dah terkena virus gila ni. Masalahnya penyakit gila kuasa ini akan diikuti dengan gila harta. Akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. Negara jadi rosak. Musuh politik dibunuh dan dipenjara. Harta rakyat dirompak. Rasuah berleluasa. Penguatkuasa Undang-Undang diperalatkan dengan sewenang-wenangnya.

Marilah kita berdoa' semuga dilindungi-Nya daripada dijangkiti 'gila' yang buruk ini.

Teringat kata-kata Dato' Ismail Kamus yang menyebut "Kita bukan gila kuasa tapi nak ambil kuasa dari orang gila" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sewaktu beliau menjadi ADUN Gombak Setia.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger