Thursday, July 16, 2009

Manek Urai : Amaran Buat PAS

PRK Manek Urai baru saja melabuhkan tirainya dengan kemenangan tipis PAS yang di luar jangkaan. Boleh diibaratkan PAS menang dalam derita manakala UMNO kalah dengan gembira. Walaupun kalah, UMNO telah mendapat kejayaan besar dengan mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,287 undi (95.2%).

Berikut adalah perbandingan dengan keputusan Pilihanraya Umum 2008 ;

PRU 12 2008 : PAS = 5,746 UMNO = 4,394 Majoriti = 1,352

PRK Jul 2009 : PAS = 5,348 UMNO = 5,283 Majoriti = 65

Lebih mendukacitakan apabila PAS hanya mampu menang 4 daripada 9 peti undi. 5 peti undi dikuasai UMNO. Dalam PRU12 lalu, UMNO hanya menang di 1 peti undi saja. Dan semua saluran 3 dan 4 dikuasai oleh UMNO. Indikator ini jelas menunjukkan pengundi muda menolak PAS pada kali ini.

Jika dibandingkan dengan keputusan PRU12, PAS kehilangan sebanyak 398 (6.9%) undi dan kesemua jumlah ini pergi kepada BN. Manakala jumlah keluar mengundi meningkat daripada 10,140 dalam PRU12 kepada 10,631 orang pada PRK ini. Jumlah peningkatan sebanyak 491 orang (4%). Yang mengejutkan kita apabila kesemua jumlah 491 ini mengundi BN. Bila kita jumlahkan 4,394 + 398 + 491 = 5,283. Tepat sebagaimana jumlah yang BN dapat pada kali ini.

PAS perlu mengambil perhatian serius ekoran keputusan yang agak membimbangkan ini. Tidak dinafikan kemenangan tipis ini adalah di atas kelemahan dan kesalahan PAS sendiri. Antara faktor yang menyebabkan berlaku penurunan majoriti yang sangat besar ini adalah seperti berikut ;

1- Sikap pimpinan PAS Kelantan yang ego dan merasa mereka 'hebat' sehingga tidak memerlukan bantuan luar. Dilaporkan semua petugas dari luar yang hadir ke sana hanya duduk saja dan tidak diberikan tugas. Datang hanya untuk meramaikan saja sambil bersantai. Mereka tidak diarahkan untuk bertugas. Jadi relaks ajelah.

2- Tiada penceramah luar yang dijemput untuk membantu kempen PAS. Bukannya tiada yang sudi untuk bantu berkempen tapi kalau dah orang tak jemput, nak buat apa sorong-sorongkan muka. Buat malu je. Inilah masalahnya. Sepatutnya PAS Kelantan beri ruang seluas-luasnya kepada penceramah luar. Sebagai contoh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat dari Johor, negeri yang kuat UMNO. Biar mereka dedahkan bagaimana nasib orang Melayu di Johor kepada para pengundi Manek Urai. Kalau orang Kelantan sendiri yang cerita pasal Johor, sapa yang nak percaya.

3- Bahan kempen UMNO walaupun lapuk seperti menjanjikan pembangunan dan peluang pekerjaan sebenarnya masih begitu berkesan kepada para pengundi atas pagar khususnya golongan muda. Perlu diingat golongan muda ini adalah generasi yang mengharapkan agar nasib mereka terbela. Sudah tentu mereka akan terpengaruh dengan bahan kempen UMNO yang bertepatan dengan kehendak dan aspirasi mereka.

4- Kemelut yang berlaku dalam PAS baru-baru ini serta masalah yang berlaku dalam kepimpinan PAS Kelantan sedikit sebanyak mengundang rasa meluat di kalangan pengundi atas pagar. Rasa kecewa ini semakin memuncak apabila mereka melihat Pakatan Rakyat dilanda masalah yang agak serius pada ketika mereka begitu yakin PR akan mengambil-alih pemerintahan negara dalam PRU akan datang. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu saja. Dan secara kebetulan pula pada saat ini tiada sebarang masalah yang melanda kepimpinan UMNO.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan di sini bahawa pengundi Manek Urai terdiri daripada 40% pengundi PAS, 40% pengundi UMNO dan 20% lagi adalah pengundi atas pagar. Sikap pengundi atas pagar inilah yang jadi 'penentu' kemenangan.

Tidak dinafikan sememangnya wujud sikap ego dan sombong yang melanda sebahagian daripada pimpinan PAS Kelantan. Mereka merasakan pengaruh PAS di Kelantan sudah begitu kuat dan tidak akan mampu digugat lagi oleh UMNO ekoran. Iyalah... sudah memerintah Kelantan hampir 20 tahun. Secara logiknya memanglah kuat. Sebab itulah mereka tidak memerlukan bantuan daripada luar untuk berkempen.

Nasib baik tak kalah... Kalau ditakdirkan kalah, jawablah sendiri.

Perlu diingat UMNO kini semakin yakin dengan 'kemampuan' mereka ekoran kejayaan besar menghilangkan 95.2% (1,287) majoriti PAS. Tidak mustahil Najib akan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal ekoran kejayaan ini.

PAS dan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati. Lain kali jangan terlampau ghairah dan yakin dengan kemenangan besar dalam PRU12 serta 4 PRK sebelum ini. Dalam politik, segalanya boleh berlaku. Nobody can decide it. Sometimes unprecendented things happened.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger