Sunday, April 26, 2009

'Unity Government' Ditangguh Bukan Dibatal

Fakta 1 : Ulasan Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib).

"Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru."

Berdasar kepada perkembangan semasa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.

Source : malasyiakini.com

Fakta 2 : Komen TG Nik Aziz

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Source : nikabduh.wordpress.com

Komentar Saya

Merenungkan kenyataan dan komen 2 pimpinan tertinggi PAS ini membayangkan cadangan Unity Government oleh Hj Hadi masih belum diabaikan sebaliknya ditangguh buat sementara waktu ekoran berlakunya pertukaran kepimpinan negara hari ini kepada Najib.

Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi dan komen oleh Nik Aziz ini mempunyai maksud yang tersirat. Kita harus yakini kewibawaan dan ketaqwaan kedua tokoh ulama' ini. Mereka pastinya mempunyai hujah ilmiah berdasarkan ilmu di dada mereka berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan para penyokong PAS dalam negara. Ada yang pro dan kontra.

Secara jujur, saya sendiri memang tidak bersetuju dengan konsep 'Unity Government' sebab sejarah telah membuktikan bahawa UMNO sejenis makhluk yang 'munafiq'. Mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan sendiri. Setelah dapat apa yang dimahukan, mereka akan bertindak melanggar perjanjian. Justeru memang selayaknyalah UMNO dipanggil "Umat Munafiq Nombor One."

Sebagai ahli PAS, memang kita berhak menyuarakan isi hati samada setuju atau sebaliknya namun jangan sekali-kali kita melenting dan bertindak melulu. Saya sendiri memandang isu ini secara menyeluruh khususnya dalam suasana politik tanahair ketika ini.

Mungkin TG Hj Hadi dan TG Nik Aziz ada alasan tersendiri dalam isu ini apabila menyedari dan melihat negara ini semakin menuju kehancuran. Juga menyedari umat Islam dalam negara sudah semakin rosak pegangan 'aqidahnya sehingga jumlah yang murtad melebihi suku juta. Gejala kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam sudah mencapai tahap yang kritikal. Semuanya ini berlaku kerana negara diperintah golongan pemimpin yang juga rosak 'aqidah dan akhlaknya.

Lihat saja betapa gagalnya sistem pendidikan negara hari ini. Rakyat dididik dengan satu sistem yang mementingkan duniawi semata-mata. Pendidikan Islam hanya sebagai pilihan kedua. Hasilnya lahirlah generasi yang hanya faham Islam kulit dan akhirnya hanya tinggal Islam pada namanya saja.

Agak bernasib baik kerana masih ada sistem pengajian pondok di beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak.

Begitu juga dengan ekonomi dan kewangan negara yang diurustadbir oleh kumpulan manusia yang tamak haloba dan tidak amanah. Akibatnya ekonomi negara menjadi rapuh, hutang bertambah, rakyat semakin susah, bertambahnya pengangguran dan inflasi meningkat.

Walau apa jua 'posibilty', saya tetap yakin bahawa isu 'Unity Government' ini akan lenyap begitu saja. Dalam politik hari ini, segalanya boleh berlaku. Kita yakin TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi orang yang bijak berpolitik. Kedua ulama' ini tidak akan mudah 'terpedaya' dengan permainan musuh samada dari dalam maupun luar. Kita lihat sajalah nanti...

Sebagai ahli PAS, kita wajib terus berdoa' semuga Allah terus mengukuhkan lagi jamaah PAS yang kita sayangi ini. Perlu disedari bahawa PAS ditubuhkan bukan setakat mahu menegakkan Daulah Islamiyyah semata-mata malahan ianya juga sebuah jamaah yang bertanggungjawab mengajak umat manusia untuk mentauhidkan Allah. Kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Meninggalkan fahaman toghut yang memisahkan agama dengan politik.

Insya'Allah, PAS telah berjaya membuktikannya. Ahli PAS semakin bertambah ramai manakala masyarakat Cina dan India sudah mula memahami Islam hasil daripada penerangan dan dakwah PAS selama ini. Sudah ada di kalangan ahli Kelab Penyokong PAS yang memeluk Islam. Tembok antara PAS dengan DAP juga telah roboh. Semuanya ini berlaku di atas kehendak dan pertolongan Allah SWT.

Jazakallah.

Dari Tanah Haram Mekah.

Friday, April 24, 2009

Dua Yang Tewas Pergi Umrah ?

Tak sangka rupanya ada juga pemimpin UMNO yang masih sedar yang mereka itu beragama Islam. Macamana tak pelik, sewaktu masih ada kuasa dan jawatan mereka lupa pasal pahala dan dosa. Apa yang penting ikut saja arahan ketua mereka. Tak kiralah arahan itu bercanggah dengan Islam atau sebaliknya. Arahan ketua mesti diutamakan demi menjaga kedudukan dan pangkat. Segala perintah dan larangan Allah pula dibakul sampahkan sebab 'iktikad mereka agama lain dan politik lain.

Bila dah kalah dalam pemilihan UMNO lalu, mereka ini mula 'insaf' dan pergi menunaikan Umrah dan Ziarah. Mohon petunjuk Allah kenapa mereka kalah dalam pemilihan tempohari. Mungkin juga mereka berdoa' di Raudhah semuga Allah menjatuhkan Najib dan rakan sekutunya yang sedang 'selesa' menjadi Menteri Kabinet.

Sebenarnya aku nampak Syed Hamid Albar bersama dengan anak lelakinya di Mesjid Nabawi. Secara kebetulan sewaktu mahu berlepas dari KLIA pada 20 April lalu, aku terserempak dengan si Arab jahiliyyah ni dekat surau KLIA. Ingatkan baru balik dari Umrah. Rupanya baru nak pergi dan sama penerbangan dengan aku. Sudah tentulah dia duduk First Class atau Business Class. Aku dan sahabat duduk dalam Economy Class. Kami terbang dengan pesawat B747 Saudi Arabian Airlines.

Seorang lagi ialah Ali Rustam. Tak pernah terserempak di Mesjid Nabawi. Aku dapat tahu si KM Melaka ini pergi Umrah daripada seorang kawan kepada sahabatku. Dia yang beritahu kami sewaktu bertandang ke tempat penginapan kami di Al Madinah Harmony Hotel.

Beginilah perangai pemimpin UMNO. Mereka akan jadi 'baik' dan nampak 'warak' bila berada di Tanah Haram. Ziarah makam Rasulullah S.A.W. dan berdoa di Raudhah. Begitu juga bila berada di Mekah. Bila balik ke Malaysia mereka akan jadi Muslim separuh dan selebihnya kafir.

Apa tidaknya. Islam mereka hanya pada solat, puasa, zakat dan haji saja. Yang lainnya ikut cara kafir. Bukan menuduh tapi itulah kenyataannya. Kalau mereka benar-benar Islam, sudah tentu mereka akan meninggalkan UMNO sebab parti itu berfahaman sekular yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman sesat yang merosakkan 'aqidah.

Bila difikirkan memang tak salah lagi pemimpin UMNO ini serupa saja macam Abu Jahal dan Abu Lahab. Semua orang tahu si Abu Jahal dan Abu Lahab ini juga bertawaf di keliling Kaaba tetapi mereka menjadi penentang No.1 kepada dakwah Islamiyyah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Pemimpin UMNO pun pergi mengerjakan Umrah dan Haji serta bertawaf tapi menentang Allah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Buktinya dah berapa lama UMNO memerintah negara tetapi masih tak mahu melaksanakan Undang-Undang Al-Qur'an dengan pelbagai alasan bodoh dan dangkal mereka. Confirm, memang pemimpin UMNO ini serupa saja dengan 2 orang 'Abu' ni.

Yang pasti UMNO sedang menuju kehancuran. Kita hanya tunggulah saja saatnya.

Adios.

Wednesday, April 22, 2009

Nik Aziz vs Hj Hadi ?

Menjelang pemilihan dalam Muktamar PAS yang akan berlangsung pada awal Jun ini telah mengundang pelbagai spekulasi tentang jawatan Presiden yang sedang disandang oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Sesiapa mengakui bahawa dalam PAS semua jawatan parti memang dipertandingkan. Bukan macam UMNO yang jawatan Presiden tidak boleh dipertandingkan.

Namun apa yang dikesalkan di sini adalah sikap sesetengah pihak yang cuba 'melagakan' dua pimpinan tertinggi PAS yaitu TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi. Sebagai ahli, saya memang sedih dengan apa yang berlaku pada PAS mutakhir ini. Sudah wujud Team A dan B. Kumpulan Ulama' dan kumpulan Profesional dan Teknokrat. Inilah puncanya.

Spekulasi pertembungan pendapat antara dua pimpinan tertinggi ini bermula apabila Haji Hadi mengutarakan 'Unity Government'. Apabila TG Nik Aziz dengan tegas menentang konsep 'unity' ini, maka media pro UMNO terus memainkan isu ini bagi menggambarkan bahawa berlaku 'pertelingkahan' antara dua orang Ulama' ini. Tak dinafikan ramai di kalangan pimpinan dan ahli PAS yang pro dan kontra berhubung isu tersebut.

Walaupun isu unity government ini telah selesai apabila Haji Hadi bersama dua orang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat pertemuan tertutup dengan Nik Aziz pada hujung Mac lalu, namun masih wujud hasrat sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden pada Jun ini.

Tidak dinafikan sejak kejayaan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri dalam PRU12 lalu dan diikuti kemenangan 4 kali berturut-turut dalam Pilihanraya Kecil, justeru sudah ada sesetengah pimpinan PAS yang dah mula 'gila kuasa' serta berpendapat perlu ada perubahan bagi jawatan No.1 parti.

Ekoran sikap optimistik ini, sudah ada 'suara-suara ghaib' yang berpandangan bahawa jawatan Presiden mesti disandang oleh golongan Profesional dan Teknokrat. Bukan lagi golongan Ulama' kerana dilihat 'ekstrim' dalam beberapa hal yang boleh menggugat kesepakatan Pakatan Rakyat.

Bagi saya tidak timbul persoalan yang TG Nik Aziz akan merebut jawatan Presiden. Begitu juga dengan TG Hj Hadi. Dua individu ini memang kita yakini kewibawaan, keimanan dan ketaqwaan mereka.

Yang menjadi persoalan sekarang siapakah yang bakal dicalonkan bagi merebut jawatan Presiden PAS ? Kemungkinan wujud pertandingan tidak boleh diketepikan begitu saja. Jika ada pencalonan lain, kita yakini bahawa mereka dari kumpulan Profesional dan Teknokrat.

Sungguh tak sangka rupanya masih ada lagi di kalangan pimpinan PAS yang berperangai macam UMNO. Iyalah.. kita pun faham pimpinan PAS bukannya maksum. Ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri ataupun menteri. Paling koman pun Timbalan Menteri. Siapa yang tak nak oh..

Walau apa pun kemungkinan, saya yakin Allah SWT pasti melindungi jamaah PAS yang syumul ini daripada 'sindrom-sindrom' yang tak sihat daripada berlaku.

'Islam For All'.




Thursday, April 16, 2009

Najib dan UMNO Desperate !

Berikut adalah beberapa kenyataan yang tersiar dalam Utusan Melayu 15 April 2009 ;

Tajuk Utama : Bangkitlah Melayu

"Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah" - Syed Anuar Syed Mohamad, Timbalan Presiden GPMS.

"Penyatuan UMNO dan PAS perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini" - Osman Abu Bakar, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu

"Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan".

ULASAN

Beginilah sikap dan perangai golongan munafiq yang berada dalam UMNO serta golongan yang menjadi pengampu dan penjilat mereka. Bila dilihat peningkatan mendadak sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU12 dan PRK 7 Mac lalu, maka didendangkan semula 'Sentimen Melayu' bagi meraih sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

Kita nak tanya sikit kat pemimpin UMNO ;

- Selama 51 tahun UMNO memerintah, apa yang mereka telah buat untuk orang Melayu dan Islam ?

- Siapa yang buang hak istimewa orang Melayu seperti biasiswa yang memang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan ?

- Siapa yang rompak dan rampas tanah milik orang Melayu selama ini ?

- Siapa yang hapuskan tulisan jawi yang telah menjadi tulisan rasmi orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi ?

- Siapa yang menghina Bahasa Melayu selama ini ?

- Siapa yang lancarkan PPSMI ?

- Siapa yang lingkupkan ASN, ASB dan ASJ sehingga harga 1 unit saham lebih murah dari harga sekeping roti canai ?

- Siapa yang menghina Islam dan Rasulullah selama ini ?

- Siapa yang benarkan pertubuhan anti-Islam seperti Sister In Islam, IFC, Jamaah Al-Qur'an Malaysia (JAM), Pertubuhan Freemason bertapak dalam negara ?

- Bagaimana boleh berlaku lebih daripada 250,000 orang anak Melayu MURTAD ?

- Siapa yang bertanggungjawab membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya yang lain dalam Peristiwa Memali ?

- Siapa yang menahan pemimpin PAS dalam ISA ?

- Setelah 51 tahun UMNO memerintah, kenapa orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang ekonomi ?

Kita sebagai umat Islam perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan propaganda lama yang dimainkan oleh UMNO ini. Memang inilah cara mereka apabila merasakan kuasa yang ada di tangan semakin hilang dalam genggaman.

PAS tidak akan 'ditipu' untuk kali kedua. PAS tidak pernah lupa bagaimana ditikam dari belakang oleh UMNO di bawah Tun Razak sewaktu berada dalam komponen BN dulu. Bila UMNO telah berjaya mendapatkan semula sokongan padu orang Melayu, akhirnya PAS 'diterajang' keluar.

Sejarah Peristiwa Lalang telah mematangkan PAS. Dalam peristiwa ini berlaku kemelut antara UMNO dengan MCA sehingga menimbulkan kekecohan dalam politik tanahair. Demi mempertahankan survival politik dan kuasanya, UMNO sanggup menerima 'cadangan' MCA agar PAS dijadikan 'kambing hitam' dan dituduh sebagai punca berlakunya huru-hara dalam negara pada ketika itu. Justeru ramai pemimpin PAS ditangkap dan disumbat dalam ISA. Antarnya Hj Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar.

Hari ini Najib dan UMNO mahu ulangi balik 'drama lapuk' yang menjelekkan ini demi meraih sokongan orang Melayu. Baru sekarang nak 'insaf dan sedar' setelah sekian lama mereka menipu dan memperbodohkan orang Melayu, merompak harta dan wang rakyat, menindas bangsa sendiri, membakul sampah Hak Istimewa Orang Melayu dan memmperlekehkan Islam.

Nak muntah rasanya tengok perangai dan tingkah-laku puak-puak bangsat yang ada dalam UMNO ni.

UMNO ibarat cacing kepanasan apabila melihat masyarakat Cina dan India memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRK 7 Mac lalu. Dalam konteks ini PAS dilihat telah berjaya 'merobohkan tembok' yang selama ini menjadi jurang pemisah dengan masyarakat bukan Islam. UMNO semakin meroyan apabila DAP sendiri mengakui tentang kebenaran Islam yang dibawa oleh PAS.

UMNO sedar bahawa tiada jalan lain lagi untuk menyelamatkan diri melainkan cuba 'berbaik' semula dengan PAS demi survival kuasa politik mereka. Namun malang bagi UMNO kerana PAS sedari awal telah tahu segala permainan licik dan tipu-daya mereka selama ini. UMNO lupa bahawa segala 'rentak dan irama' mereka serupa saja walau dalam 'senikata' yang berbeza.

Selamat Tinggal UMNO ... Perjuangan bangsa dan politik perkauman yang kamu amalkan sudah lapuk dan perlu dibuang malahan ditolak oleh Islam.

Mampus UMNO.

Adios.

Wednesday, April 15, 2009

Ibrahim Ali Tunggu Pinangan UMNO....

Dalam akhbar semalam, "The Frog King" Ibrahim Ali mengakui yang dia hanya menanti "UMNO meminangnya". Jika ada peminangan, dia akan kembali bersama UMNO. Dan tidak mustahil si 'katak' ini akan menuruti jejak langkah Mahathir. Itu pun kalau Najib sudi nak 'meminang' dia.

Inilah manusia yang 'tak tahu malu' dan 'tiada harga diri'. Bertanding dalam PRU12 menggunakan lambang BULAN dan menang di Parlimen Pasir Mas. YDP PAS Pasir Mas, Ustaz Ismail Nuh sanggup mengorbankan kerusinya untuk membolehkan dia bertanding. Bila dah menang, mula lupa diri dan tanpa segan-silu 'menikam' PAS dan Pakatan Rakyat.

Kita nak pesan sikit kat Pak Yem ni. Kalau dia nak masuk UMNO, itu dia punya pasal tapi sila letakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas dulu. Kami ahli PAS tidak redha kamu masuk UMNO dengan jawatan MP yang kamu menangi dulu atas tiket PAS. Jika betul anak jantan, kamu bertanding semula sebagai calon BN menentang calon PAS dalam PRK.

Gelagat dan tingkahlaku Ibrahim Ali ini tidak ada bezanya dengan Ezam Md.Nor, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim, Osman Jailu dan ramai lagi orang-orang yang sewaktu dengan mereka. Semuanya pernah meninggalkan UMNO dan masuk parti pembangkang. Bila 'kecewa' atau dirasuk 'gila kuasa', penghujungnya gadai 'prinsip dan harga diri' untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Inilah golongan manusia yang Allah sebutkan dalam Al-Qur'an sebagai MUNAFIQUN. Bukan menuduh tetapi itulah hakikatnya. Mereka hanya berpura-pura menunjukkan keikhlasan berjuang untuk rakyat tetapi pada hakikatnya merekalah golongan 'selfish'. Hanya tahu mencari keuntungan dunia semata-mata.

Jika benarlah 'The Frog King' ni masuk UMNO semula, kita akan lihat apakah balasan yang akan ditimpakan oleh Allah kepadanya kerana mengkhianati ;

1- Pengundi PAS Pasir Mas

2- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat'

3- PAS

Ibrahim Ali wajib letakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum masuk UMNO bagi mengelakkan sebarang bala' yang bakal ditimpa ke atas dirinya.

Persoalannya mengapa dia tak mahu masuk PAS ?

Wassalam.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger