Wednesday, March 4, 2015

Aura dan persepsi politik

Ramai berkata dalam politik ni semua kemungkinan boleh terjadi. Nape begitu? Self interest. Tak kiralah parti pemerintah maupun pembangkang. Bukan kerana nama parti tu tp orang parti tu sendiri. Seperti sebuah syarikat perniagaan. Baik CEO maupun pekerjanya jika amanah, cekap dan komited dgn tugasan masing-masing, majulah company dan berdaya saing. Jika sebaliknya pasti melingkup jadinya.

Setiap parti politik ada misi dan visinya. Yang penting cara mana 'marketing' itu dilakukan untuk meraih 'customer' seramai mungkin. Dan paling penting siapa 'kapten'nya sebab ketokohan & kewibawaan ketua boleh menarik keyakinan sokongan rakyat kerana asasnya 'politic is perception'.

PKR umpamanya. Di mana kekuatan aura PKR? ANWAR IBRAHIM. Seorang tokoh berpengaruh dan dikagumi oleh semua lapisan kaum. Sejak menuntut di UM lagi dia telah menunjukkan komitmennya berjuang untuk rakyat. Mengetuai anak muda masa tu dalam Demonstrasi Baling. Isu kemiskinan hingga dia direhatkan di Kemunting 2 tahun. Jiwa pejuang rakyat dah sebati dalam dirinya.

Ringkasnya, kemaraan Anwar disekat dalam Fitnah 1 dan 2. Namun dia tak sebodoh yang musuh sangka. Persediaan awal telah disusun rapi. Tokoh senior dan muda yang dilatih seperti Azmin, Rafizi dan Nurul Izzah dilihat mampu menjadi 'tiang pengukuh' kepada parti. Wan Azizah pula dilihat sebagai Ikon Wanita yang terbukti setia pada suami dan kental jiwanya. Inilah aura yang dimiliki PKR. Berjaya mengembang sayapnya dalam usia semuda 17 tahun.

Begitu juga PAS dan DAP. Ketokohan dan pengaruh ketua beri impak kepada parti hingga menarik sokongan rakyat.Dalam PAS, ada dua tokoh yang amat dihormati oleh rakyat. Sayangnya mereka telah pergi. Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum TG Nik Aziz. Kedua tokoh ini dilihat umum sebagai pemimpin semua rakyat. Dihormati oleh kawan dan lawan. Dan kekuatan pengaruh PAS itu sendiri ada pada diri mereka berdua.

Selepas perginya Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilihat sebagai ikon DAP. Dalam waktu yang sama, tokoh-tokoh senior dan muda muncul. Nama-nama seperti Gobind Singh Deo, Tony Phua, Anthony Loke, Zairil, Dyana, Rara, Melati dan ramai lagi dijangka mampu menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.

Selain ketokohan pemimpin, faktor integriti dalam parti itu amat penting bagi mewujudkan kesinambungan dan kelangsungan 'nyawa' parti. Pucuk pimpinan parti mesti melakukan 'filtering' bagi mengelakkan senario pemimpin oportunis dan berkepentingan dipilih menjadi pimpinan atau wakil rakyat. Hal ini wajib diberi perhatian serius jika tak mahu 'kerana nila setitik habis susu sebelanga'.

Rakyat yang beri undi sentiasa memerhati dan menilai parti kita. Undi diberi bukan 'percuma' tapi penuh harapan agar aspirasi mereka dipenuhi. Bila kepercayaan rakyat dikhianati, tunggulah 'hukum karma' dalam PRU kelak. Malang sekali ini yang berlaku pada PAS. Parti Islam yang menjangkau usia 64 itu, kini berhadapan dengan 'maut' yang dicari sendiri.

Mula dijangkiti 'kanser' seusainya PRU12 2008. Agak bernasib baik kerana 'doktor pakar' bersama doktor lain cepat mengesan virus merbahaya itu. Dan berjaya dikawal walau tak sepenuhnya. Namun virus 'kanser' terus membiak untuk melakukan serangan selanjutnya. Tanpa diduga 'maut' mendadak sebuah negeri dalam PRU13. Apa puncanya, carilah buku tulisan MSO. Dan kemelut dalaman parti terus membarah hingga kemuncaknya pada 25 Ogos 2014 dalam isu MB TSKI. Satu-persatu terdedah akan pengkhianatan parti yang guna nama Islam itu.

Ringkasnya, sebaik 'doktor pakar' kembali ke rahmatullah, sepantas kilat virus melakukan serangan mendadak hingga umum melihat dan secara sinis berkata "Islam pada nama saja, bukan pada perlaksanaan", malah ada yang menyebut "menjual agama demi jawatan" dan bermacam versi persepsi rakyat. Musuh dianggap kawan, rakan dijadikan musuh".

Walau pelbagai hujah dan alasan dikemukakan bagi menghalalkan 'pengkhianatan' itu, namun rakyat hakikatnya telah hilang kepercayaan. Padah bila personal interest jadi keutamaan dan kepentingan rakyat dilupakan, tunggulah saja hari pengebumian parti sendiri.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger