Tuesday, February 21, 2012

Latif Ibrahim tak sempat sambut hari lahir

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Selepas menderita akibat komplikasi pelbagai penyakit jenis termasuklah penyakit jantung, penyanyi era 80-an, Abdul Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 60, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) jam 6.10 petang, semalam.

Allahyarham meninggal dunia disamping keluarga tersayang termasuklah isterinya, Masriah Mahadan,57 dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq,35, dan Haznally,34.

Jenazah telah dibawa pulang ke kediamannya di AU3, Keramat jam 8 malam tadi dan difahamkan bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor esok.

Sewaktu jenazah tiba di rumah, sanak-saudara dan sahabat handai telah berkumpul menunggu untuk memberi penghormatan terakhir jenazah sebelum dikebumikan.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah pelakon Abu Bakar Omar, penyanyi Bagio dan penggiat seni tempatan Freddie Fernandez.

Adik Allahyarham, Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu bahawa seluruh kaum kerabat arwah berasa amat sedih dengan kehilangan beliau.

Apatah lagi, arwah bersama keluarga sepatutnya untuk menunaikan umrah pada 13 Mac depan. Bagaimanapun tidak kesampaian. .

"Kami bukan saja sedih kerana arwah tidak dapat menunaikan impiannya untuk mengerjakan umrah, malahan juga kami sedih apabila beliau meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut hari kelahirannya ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Selain menderita sakit jantung, Allahyarham turut menghidap kencing manis serta paru-paru berair dan telah dimasukkan ke IJN sejak Sabtu lalu.

Mengimbas jasanya sebagai anak seni, Allahyarham bukan saja dikenali sebagai penyanyi tetapi juga sangat aktif berlakon.

Beliau telah membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Portal murai.com.my turut berasa sedih dengan berita kehilangan ini dan berharap roh Allahyarham berada di sisi orang yang beriman.

Takziah buat keluarga Allahyarham.

- murai.com

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger