Sunday, February 19, 2012

Dr Asri tak seharusnya kelirukan ummah

Penulis kira adalah tidak wajar Dr Asri mengeluarkan kenyataan yang agak mengelirukan rakyat, khususnya umat Islam sendiri. Katanya, "Pemimpin politik sering mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri semata-mata mahu menyelamatkan diri dan menghalang kebenaran. Saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik. Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama."

Penulis rasa kenyataan seumpama itu boleh 'memeningkan' lagi minda sebahagian besar umat Islam yang telah sejak sekian lama dijajah pemikirannya dengan fahaman sekular yang memisahkan agama daripada politik.

Tidak tahulah samada kenyataan beliau itu ditujukan kepada pihak UMNO atau PAS atau kenyataan yang bersifat umum.

Pokoknya, umat Islam wajib diberi kefahaman bahawa politik itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam. Sebab Islam itu syumul, sempurna serta segala-galanya terkandung di dalamnya. Di sudut ibadah, perundangan, ekonomi, rumahtangga, masyarakat, antarabangsa, hubungan kaum dan juga politik.

Bila Dr Asri kata, lebih elok politik berpisah dari agama, seolah-olah beliau sendiri setujulah dengan cara dan gaya pemimpin UMNO berpolitik. Politik rasuah, fitnah, samseng, salahguna kuasa dan seumpamanya.

Soal pemimpin politik yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi, itu soal lain. Pokoknya, jangan sekali-kali kita pisahkan politik daripada agama sebab ianya boleh merosakkan 'Aqidah ummat. Dan beliau sendiri dengan jelas tak setuju pemisahan agama dari politik.

Bukankah telah dibuktikan oleh kepimpinan PAS di Kelantan yang telah menerajui negeri itu hampir suku abad? Nik Aziz selaku MB,telah menjadikan Islam itu sendiri sebagai pemandu politik pemerintahannya di sana. Islam yang memandu politik. Bukan politik yang memandu Islam.

Justeru, sebaik saja beliau dilantik menjadi MB pada 1990, langkah pertama yang dilaksanakan ialah mengeluarkan seluruh wang kerajaan negeri daripada bank-bank riba' dan dipindahkan ke Bank Islam.

Sebelum kerajaan APU menerajui Kelantan, TGNA sendiri bersama para ustaz lain telah menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Kelantan bagi mengajar, menyebar dan memahamkan rakyat Kelantan tentang Islam yang syumul. Bila rakyat semakin faham dan jelas tentang Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W., dengan sendirinya rakyat akan bersama perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Hasilnya, rakyat Kelantan memilih APU yang diketuai oleh PAS dalam PRU8 lalu.

Sahih, Islam yang menerajui politik pemerintahan.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger