Friday, July 22, 2011

(Muhyiddin + Hishamuddin) - Najib

Menyorot kembali politik sepak-terajang dalam UMNO selama ini membuktikan parti MUNAFIQ KABIR itu memang telah lama rosak samada di sudut aqidah dan akhlak pimpinannya. Apa yang ada hanyalah budaya mengampu bagi yang tiada harapan untuk ke kerusi Presiden. Manakala yang berjaya menduduki kerusi 3 teratas, masing-masing membuat percaturan untuk terus mara. Perasaan iri, dengki dan khianat sentiasa wujud di dalam jiwa mereka. Apa yang penting matlamat mesti dicapai dalam apa jua cara sekalipun.

Jika dilihat pada tindakan Hishamuddin selaku Menteri KDN yang 'berfatwa' Bersih 2.0 ialah pertubuhan haram serta mengarahkan Polis bertindak ganas terhadap rakyat pada himpunan 9 Julai lalu, dilihat semacam mahu memburukkan imej PM Najib yang juga sepupunya.

Ekoran daripada tindakan ganas Polis atas arahan Hishamuddin tempohari hingga melibatkan kematian telah menjatuhkan reputasi dan imej Najib di mata dunia. Dan baru-baru ini, Najib sendiri telah diaibkan semasa membuat lawatan ke London. Tiada karpet merah dan sambutan negara dibuat di airport London. Tentunya amat memalukan Najib bila PM Britain sendiri telah membatalkan majlis makan tengahari bersama Najib dan delegasinya di saat akhir. Ironisnya, Ratu Elizabeth sendiri mengenakan pakaian kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di istana Buckingham. Juga Menteri Pengangkutan Britain yang mengenakan tali leher kuning semasa mengiringi Najib melawat stesen keretapi London.

Tentunya menimbulkan spekulasi dan tanda-tanya apakah rasionalnya Hishamuddin selaku Menteri KDN mengambil pendekatan kasar terhadap rakyat dalam menangani isu Bersih 2.0, walhal dia sendiri sedar reputasi kerajaan UMNO BN terus menjunam sejak Najib take-over dari Pak Lah.

Cara bodoh Hishamuddin itu sebenarnya akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan UMNO BN dan seterusnya membolehkan Mahkamah Rakyat membicarakan semula Najib dan Rosmah serta kuncu-kucunya yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. Juga seluruh pemimpin UMNO BN yang ada kes jenayah dan penyelewengan.

Apakah Hishamuddin sendiri ada percaturannya bersama Muhyiddin bagi memastikan Najib terpaksa turun takhta selepas PRU13 sekiranya UBN masih mampu bertahan. Jika Najib boleh menendang Pak Lah dengan menghasut pmpinan dan ahli UMNO agar mendesak Pak Lah meletakkan jawatan ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU12, maka tidak mustahil Muhyiddin dan Hishamuddin boleh melakukan hal yang sama terhadap Najib ekoran skandal Scorpene dan Altantuya yang dah merebak ke peringkat antarabangsa.

Perlu diakui Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu bakal merubah landskap politik tanahair jika diizinkan Allah. Kejayaan Bersih 2.0 menyatukan hati puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dalam menuntut pilihanraya adil dan bersih, kebebasan media dan memerangi rasuah serta semangat kental mereka berhadapan tindakan ganas Polis hingga menyebabkan satu kematian dan kecederaan ramai yang lain, pastinya memberi kesan buruk pada UMNO BN dalam PRU13 nanti.

Keadaan ini jelas bila Najib sendiri terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti bersama keluarga dan terpaksa turun padang bertemu rakyat bagi memulihkan imej kerajaan UBN pimpinannya yang semakin dibenci sejak insiden 9 Julai lalu. Punyalah terdesak anak Tun Razak ini hingga terpaksa bertemu Pope di Itali dengan harapan dapat memulihkan sokongan rakyat beragama Kristian pada UBN. Tak pernah dibuat oleh PM sebelumnya.

Mungkin Najib beranggapan sokongan orang Melayu pada UMNO masih kuat. Dan hanya itulah saja modal yang tinggal pada UMNO hari ini. Selagi masih ada spesis orang Melayu yang boleh diperbodohkan dengan wang, kain batik dan propaganda fitnah serta pembohongan melalui media perdana, maka adalah sikit lagi nyawa UMNO sebelum berkubur buat selamanya.

Waima apa pun, sebagai Muslim, penulis hanya mahu melihat UMNO segera kojol kerana sudah terlalu ramai orang Melayu Islam yang rosak Aqidah dan akhlak kerananya.

Kepada mana-mana individu Muslim yang terus menyokong UMNO hingga nazak, syabas diucapkan kerana anda terpilih untuk menjadi ahli kelab eksekutif di Nar kelak ekoran keberanian anda menyokong puak yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.

See you next posting...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger