Monday, July 11, 2011

4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah

Pengarah Hospital HKL mesti bertanggungjawab atas keengganan pihaknya menyerahkan laporan bedah-siasat kepada pihak keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang menemui ajalnya akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada 9 Julai lalu. Tindakan pihak HKL itu seolah-olah 'membenarkan' dakwaan yang menyebut 4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah. Mesti ada yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak keluarga hasil laporan bedah-siasat itu bila usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL turut gagal untuk mendapatkan laporan itu.

Salah seorang anak saudara Allahyarham, Azhar Kasim mendedahkan "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah."

Walau pihak HKL menafikan hak keluarga Allahyarham untuk mendapatkan laporan bedah-siasat itu, namun sampai bila mahu dirahsiakan. Pihak Peguam Bersih 2.0 akan mendapatkan perintah Mahkamah bagi tujuan itu.

Jika benarlah dakwaan Azhar Kasim, ini satu kes yang amat serius dan Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan timbalannya mesti bertanggungjawab.

Kematian Allahyarham wajib dibela.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger