Saturday, July 16, 2011

Abang Allahyarham Baharudin sertai Pakatan

Penulis yakin Allahyarham Baharudin mendapat darjat Husnul Khatimah. Mudah-mudahan tergolong sebagai Syuhada'. Al Fatihah buatnya. Baru seminggu Allahyarham pergi meninggalkan kita semua, namun pemergiannya memberikan kesan yang begitu mendalam kepada seluruh rakyat yang cintakan keadilan, termasuk kekandanya sendiri Mejar (B) Kassim bin Ahmad.

Pesara pegawai tentera yang berusia 72 tahun berkata, kematian adiknya semasa himpunan Bersih 2.0 lalu telah mendorongnya membuat pendirian politik. Justeru beliau mengambil keputusan muktamad untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di ibupejabat Polis Bukit Aman hari ini, beliau sangat sedih atas kemalangan yang menimpa adiknya itu.

Katanya lagi, dia sangat kecewa kerana tiada seorang pun wakil dari pihak kerajaan maupun Polis yang hadir ke pengebumian Baharudin tempohari.

"Mereka langsung tidak menghulurkan ucapan takziah atas pemergiannya..." Saya telah mengambil keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat selepas ini. Saya tidak berpihak pada mana-mana politik sebelum ini, tapi selepas kemalangan ini, ianya jelas hanya Pakatan tahu bagaimana mahu menjaga rakyatnya", tegas bekas pegawai tentera itu.

Beliau juga memuji keberanian rakyat yang turun ke jalanraya pada 9 Julai lalu dan mendesak kerajaan agar jangan melayan pembangkang macam musuh.

Allahyarham Baharudin, ayah kepada 3 orang anak dan suami kepada Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa, telah disebut sebelum ini kematiannya berpunca daripada masalah jantung bila terjatuh akibat terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Polis di KLCC.

Pagi tadi, Kassim dan anak saudaranya Azahar serta diiringi lebih 20 orang, termasuk aktivis dan pemimpin PKR, berpakaian pelbagai warna kuning, emas dan oren, telah menyerahkan memorandum tersebut.

Selain itu, pihak keluarga Allahyarham menuntut satu siasatan yang terperinci mesti dibuat dan semua anggota Polis yang terlibat dalam insiden itu digantung tugas sehingga hasil siasatan diperolehi.

Memorandum itu turut mendesak hasil siasatan mesti didedahkan kepada umum dan KPN Ismail Omar mesti memohon maaf kepada pihak keluarga Allahyarham dan seluruh rakyat Malaysia.

Selanjutnya di sini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger