Tuesday, November 16, 2010

Kemiskinan di Sabah, salah siapa?

PRK Batu Sapi telah menceritakan segala-galanya siapa sebenarnya UMNO BN dan kemenangan palsu yang mereka perolehi di sana. Penulis sedikit pun tidak merasa terkejut dengan kejayaan UBN mempertahankan Parlimen Batu Sapi pada 4 Nov lalu. Penulis bersama 2 sahabat dari Batu Pahat, Johor telah berada di Sandakan sehari sebelum penamaan calon.

Dan sempatlah kami pergi ziarah di 2 buah kampung air yang berada dalam kawasan Parlimen tersebut. Melihat pada keadaan rumah dan penghidupan mereka, penulis berpendapat mereka inilah yang akan dijadikan 'mangsa' oleh UMNO BN bila menjelang pilihanraya.

Di salah satu kampung air itu, penulis sempat berbual dengan seorang kakak yang memiliki sebuah kedai runcit. Wanita dalam lingkungan usia 40an itu memberitahu bahawa dia berasal dari Filipina (bangsa Suluk) dan telah menetap di Sandakan selama 17 tahun. Keluar masuk ke dalam negara ini hanya menggunakan paspot visa. Pernah 3 kali membuat permohonan untuk dapatkan status penduduk tetap tapi gagal.

Secara peribadi, penulis merasa tersentuh mendengar ceritanya. Namun apakan daya, hanya mampu bersimpati sajalah. Yang pasti golongan pendatang inilah yang akan dijadikan 'bola' oleh UMNO BN sebagai aset menjelang pilihanraya.

Sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Mutalib M.D. tentang Projek IC palsu, golongan pendatang inilah yang akan diberikan IC tersebut untuk keluar mengundi dalam pilihanraya. Mereka akan diugut untuk dihantar pulang ke negara asal jika enggan berkerjasama.

Manakala penduduk tempatan yang tinggal di perkampungan air dan di pulau-pulau sekitar Sandakan, lain pula cara UMNO BN ugut mereka. Antara ugutan yang dibuat sewaktu PRK Batu Sapi ialah rumah mereka akan dirobohkan jika mengundi Pakatan Rakyat. Bagi yang agak 'keras kepala' dan tak makan ugutan, mereka 'dibeli' dengan harga RM500 tunai seisi rumah.

Penulis dimaklumkan pada malam terakhir kempen, beberapa Menteri Kabinet Pusat bersama pecacai mereka telah pergi ke beberapa buah perkampungan Bumiputera Islam di seluruh Batu Sapi untuk menabur duit ke setiap buah rumah. RM500 setiap buah. Khabarnya sejumlah RM16 juta telah digunakan oleh UMNO BN untuk membeli undi daripada golongan miskin dan susah.

Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya-raya

Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, lapor TV Selangor.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin.

Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan.

"Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.

Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin.

"Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan.

"Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.

"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya.

Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut.

"Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada.

"Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan," katanya lagi.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger