Monday, November 1, 2010

Si mamak tua mudah lupa

Sebagai warga yang waras kita tidak pernah lupa di era pemerintahan dialah negara ini mula melangkah ke lembah maut ekoran penyakit nepotisme, kronisme, rasuah dan penyelewengan. Walaupun ekonomi negara pernah berada pada tahap membanggakan di eranya dengan pencapaian 8% setahun selama 5 tahun namun apa yang dibanggakan itu sebenarnya palsu dan rapuh bila krisis ekonomi 1997/98 membuktikan segalanya. Sekelip mata saja ekonomi negara merudum dengan kejatuhan nilai Ringgit kepada RM3.86 berbanding 1 Dollar Amerika.

Bila Ringgit merudum tenat, si Mahathir terus menyalak menyalahkan Soros walhal salah sendiri selaku PM yang boros dengan projek mega sana-sini, rasuah dan penyelewengan hingga simpanan rizab negara tiris. Ketirisan rizab telah mengakibatkan Ringgit tak mampu bertahan dalam menghadapi krisis kewangan yang melanda rantau Asean berbanding Dollar Singapura dan Brunei yang kukuh.

Mahathir juga cuba menonjolkan dirinya sebagai PM yang bijak dengan melaksanakan Dasar Penswastaan atas alasan mahu mengurangkan bebanan kerajaan. Lalu percayalah rakyat khususnya orang Melayu UMNO yang bebal. Mereka tak sedar si mamak tua ni ada muslihat jahat melalui dasar itu.

Melalui dasar inilah bekalan air dan letrik, projek lebuhraya diswastakan kepada syarikat milik kroni. Hasilnya, rakyat hari ini dibebani dengan kenaikan tarif air, letrik dan tol.

Memang dasar penswastaan ciptaan Mahathir ini berjaya dengan cemerlang. Berjaya mengkayakan diri dan kroni serta 'menyembelih' rakyat marhain.

Dan semalam Mahathir sekali lagi buat lawak nyanyuk bila menyebut "Matlamat sektor swasta hanya keuntungan...."

Yang penulis geram, pandai pulak si mamak tua ni sedar bahawa sektor swasta mengutamakan profit. Habis tu apa tujuan hang dok swastakan keperluan asas rakyat marhain?

Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Bila dah pencen baru nak prihatin pada rakyat.

Poorah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger