Thursday, September 23, 2010

Replika Cek RM4 bilion - Nampak benor karutnya!

Mula-mula terkejut juga bila terpandang tajuk berita Malaysiakini "Adik Nik Aziz akui terima replika cek RM4 bilion". Macamana den tak tokojut, tak semeno-meno jo adik Tok Guru terima wang RM4 bilion. Bukan sikit woo... Kalaulah den yg dapat duit tu, mahu-mahu seminggu den dok kat hospital pasai terkejut. Silap-silap jalan terus.

Bila dibaca isi berita, serta-merta den ketawa. Apa tak ketawanya sebab nampak sangat dia punya bohong. Sapa yang nak percaya dan mana ada satu syarikat kat dunia ni yang begitu bermurah-hati mendermakan wang RM4,000,000,000 begitu saja. Hilang akal apa 'big-boss' syarikat tu nak 'buang' duit macam tu je. Ini satu bab.

Yang keduanya, begitu ketara sangat cara dan tindakan I'da World Group Sdn Bhd seolah-olah menjadi alat pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan bila mana pihak kerajaan negeri sendiri tak tahu menahu langsung pasal 'derma mega' tu.

Nak derma pada kerajaan tapi kerajaan sendiri tak tahu...

Seperkara lagi adik Nik Aziz sendiri mengakui beliau hadir ke majlis itu atas jemputan pihak penganjur, bukan untuk menerima replika cek tersebut. Dia sendiri pun tak dimaklumkan pasal derma tersebut.

Memang sengaja dirancang agar adik TGNA yang naik ke pentas untuk menerima replika cek 'kosong' tu. Bukannya ada duit pun. Yang penting berita tersebar di dada akhbar dengan tajuk "Adik Nik Aziz terima replika cek RM4 bilion". Bila rakyat baca tajuknya, sudah tentu persepsi negatif itu terarah kepada MB Kelantan. Itulah tujuannya pun.

Bak kata setengah orang "Kalau iya pun nak menipu, biarlah yang logik sikit..." Sapa yang nak percaya dengan jumlah derma sebanyak RM4 bilion tu.

Bukanlah nak menuduh tapi sapa lagi kat Malaysia ini yang menjadi seteru kuat PAS kalau bukan UMNO. Samada mahu percaya atau tidak, itu hak masing-masing. Bagi saya penyerahan replika cek RM4 bilion ini merupakan 'tektik kotor' pihak musuh yang sudah kehabisan stok modal untuk merampas kembali Kelantan.

Dah terbukti di depan mata kita semua segala perancangan jahat mereka gagal dan akhirnya memakan diri sendiri.

Kalau tak jahat, bukan namanya UMNO. Ehh... tak tahu nak habaqlah... Punya jahatnya UMNO ni sampai iblis pun tabik spring. Kalaulah barisan pimpinan UMNO ni boleh berjumpa dengan iblis secara terang-terang, tentunya ketua iblis akan mengurniakan pingat PSI (Pengikut Setia Iblis) kelas pertama.

Sebelum ini Raja Iblis telah mengurniakan pingat PSI kelas pertama ini pada Fira'un, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Abdullah bin Ubay, Kamal Ataturk, Anwar Saddat dan rakan-rakan yang sewaktu dengan mereka.

Mudah-mudahan kita dilindungi oleh Allah daripada termasuk golongan yang menerima pingat PSI itu.

Wallah hu'alam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger