Saturday, September 4, 2010

Kasitah didakwa kerana enggan bayar Ghani Patail

Saya agak kaget ketika membaca tulisan RPK bertajuk "The AG is so full of shit" di perenggan berikut "The ex-Land and Co-operative Development Minister, Tan Sri Kasitah Gaddam, has a tape-recording of the AG extorting money from him. Yes, that’s right, the AG demanded money from Kasitah Gaddam or else he was going to charge him for corruption. Kasitah Gaddam then went to meet the Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi, and played the tape for the PM to hear. But the Prime Minister did nothing. And Kasitah Gaddam refused to pay the money that the AG demanded. So the AG charged him for corruption.

Kalau dah Peguam Negara sendiri boleh mengugut seorang Menteri Kabinet dengan meminta sejumlah wang (pastinya jutaan ringgit) jika tak mahu dikenakan dakwaan rasuah, apa lagi yang boleh rakyat harapkan dengan sistem keadilan dalam negara ini. Terbukti keadilan hari ini boleh dijual-beli dengan wang ringgit. Bukan atas dasar prinsip keadilan hakiki.

Oleh kerana Kasitah Gaddam enggan membayar walau sesen pun pada si Ghani 'tahi' ini, maka terpaksalah Kasitah berhadapan dengan tuduhan rasuah yang sengaja direka-reka oleh si Peguam Negara 'hapraq' itu.

Yang hairannya tu kenapa PM Pak Lah ketika itu enggan bertindak walhal Kasitah sendiri telah pergi menemuinya dan memainkan pita rakaman yang membuktikan si Ghani mengugutnya dengan meminta sejumlah wang daripadanya jika tak mahu didakwa.

Sebenarnya tindakan Ghani itu mendapat 'green-light' dari Pak Lah sendiri. Memang Pak Lah mahu jadikan Kasitah sebagai 'kambing hitam' agar dilihat dirinya sebagai PM yang serius menentang rasuah. Porahhhh...

Apa yang nak saya utarakan di sini adalah tentang keborokan sistem keadilan dan undang-undang yang ada hari ini. Jika Peguam Negara sendiri boleh minta wang dari pihak tertentu sebagai 'taruhan' samada nak dakwa atau sebaliknya, maka jelaslah di sini sudah tiada lagi keadilan buat rakyat marhain.

Nampaknya semakin bermaharajalelalah sang penguasa zalim dan para kroni mereka untuk terus menyeleweng, rasuah dan terus-menerus menindas rakyat.

Jadi tak usah kita hairan bila DSAI didakwa buat kali keduanya dalam kes Liwat II. Semuanya ini adalah konspirasi jahat politik Najib Rosmah dan UMNO serta mendapat kerjasama penuh dari Peguam Negara dan KPN.

Sebagai rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan sistem keadilan negara daripada terus dilacurkan oleh puak-puak munafiq pemerintah yang ada hari ini.

Sebagai Muslim yang mengaku beriman, kita wajib menggulingkan UMNO/BN dalam PRU13 kelak. Jika kita masih berdegil juga, terimalah padahnya bila negara ini semakin hancur dek perbuatan para pemimpin UMNO yang rakus dan rasuah selama ini.

Kita harus belajar daripada apa yang pernah dilalui oleh negara jiran Indonesia dulu. Rakyat Indonesia terpaksa membayar dengan 'harga mahal' untuk menjatuhkan Suharto yang zalim.

Apakah kita bersedia untuk itu???

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger