Tuesday, September 7, 2010

Pemilihan PKR : Indikator awal perpecahan parti

Kadang-kala gerak hati ini adakalanya betul walau banyak yang meleset. Namun dari pengamatan kasar, saya melihat pemilihan pucuk pimpinan PKR tahun ini merupakan titik permulaan kepada perpecahan parti itu. Jika Anwar Ibrahim leka sebagaimana sebelum ini, adalah tidak mustahil parti yang belum cukup ranum itu akan mengalami nasib yang serupa dengan Semangat 46.

Lihat sajalah gelagat Azmin Ali yang semakin ketara dia punya 'gila kuasa' sehingga ada sidang media semalam yang dianjurkan hanya semata-mata untuk mengumumkan sokongan pada Azmin. Lebih 'menjelekkan' bila mana wujud senarai 18 daripada 24 MP PKR dan 2 Senator yang dikatakan menyokong Azmin untuk jawatan No 2 parti.

Perkara ini didedahkan oleh MP Subang, Sivarasah. Beliau sendiri tidak tahu menahu bahawa namanya ada dalam senarai itu walhal beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.

Malahan seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu Malaysiakini yang beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"

Jelaslah di sini bahawa sidang media itu sengaja dirancang oleh Azmin dengan menggunakan beberapa kerat balacinya bagi 'mengimbangi' pengaruh Zaid Ibrahim yang sebenarnya mula terasa sebagai 'ancaman No.1' kepada dirinya bagi jawatan Timbalan
Presiden.

Kebimbangan Azmin terhadap pengaruh Zaid sudah tidak boleh disorok lagi sehingga Zaid mendedahkan ada pihak tertentu yang memberi amaran bahawa dia akan dikuburkan seperti Ghafar Baba.

Bukan setakat amaran saja malahan hingga ke peringkat ada yang cuba mengupah seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama Zaid. Blogger itu diminta menulis yang Zaid akan membayar RM20 ribu kepada setiap cabang yang mencalonkannya. Juga menulis kononnya Zaid adalah orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan PKR dari dalam.

Macam yang pernah saya sebutkan sebelum ini bahawa majoriti pimpinan PKR Melayu yang ada hari ini kebanyakannya berasal dari UMNO. Jadinya perangai buruk sewaktu dalam UMNO masih lagi terbawa-bawa ke dalam PKR. Sebab itulah saya tidak hairan bila wujud situasi sebegini.

Belum lagi perintah Malaysia... dah jadi macam ni dalam PKR. Penyakit gila kuasa dah mula menular ke dalam jiwa sanubari sesetengah pimpinannya. Tak tahulah saya apa akan jadi jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya dalam PRU12 lalu? Silap-silap ada yang pakai bomoh hitam nak menang bertanding jawatan parti.

In person, saya lihat gelagat Azmin Ali sepanjang 3 bulan ini begitu ketara sekali sikap mabuk kuasanya. Lihat sajalah tindakan perwakilan yang mengkritik 'tak ikhlas' pentadbiran MB Khalid dalam Konvensyen PKR di Kota Bharu pada Mei lalu. Kemudian disusuli pula tindakan Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Banyak pihak melihat tindakan Azmin dan kuncu-kuncunya itu sebagai 'signal' meminta Khalid berundur sebagai MB Selangor.

Di sinilah letak duduknya kebangangan Azmin walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang berpengalaman dalam politik. Kalau dia benar-benar ikhlas menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Naib Presiden, maka dikira tidak wajar dan matang tindakan seumpama itu yang diambil. Seharusnya Azmin tidak lupa yang Khalid Ibrahim itu adalah tokoh korporat. Bukan ahli politik. Bermakna sebagai Naib Presiden, Azmin wajib membantu MB itu dalam hal-ehwal politik Selangor. Bukan terus mengkritiknya dengan alasan-alasan yang kurang relevan.

Walaupun tidak menjadi salah kita menegur dan mengkritik MB Khalid dalam soal mengurus-tadbir negeri namun biarlah secara 'beradab' melalui saluran parti dan perbincangan secara hikmah. Bukan dengan cara menghentam secara terbuka melalui media.

Kadang-kadang saya hairan bagaimana seorang yang dikira begitu berpengalaman dalam politik tapi boleh bertindak gelojoh menuruti hawa nafsu gila kuasa. Tak pasal-pasal tindakannya itu membuka ruang pada musuh untuk melakukan 'counter attack'.

Saya setuju dengan pandangan Presiden PAS yang menasihatkan seluruh saf kepimpinan parti agar berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk mereka bagi menghindari sebarang kesilapan yang membolehkan pihak musuh melakukan serangan balas.

Ada maklumat yang menyebut salah satu punca rasa tidak puashati Azmin pada Khalid apabila MB Selangor itu berpendirian tegas bahawa dana kerajaan negeri (wang rakyat Selangor) tidak boleh disalurkan kepada parti.

Wah... nampaknya Azmin dan kuncu-kuncunya mahu mengambil kesempatan di Selangor. Nampak sangat 'perangai UMNO' masih bersarang dalam diri.

Dan sebab lain, mungkin Azmin frust menonggeng bila Anwar memilih Khalid sebagai MB Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau tak caya, pi tanya Azmin. Frust tak?

Orang seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato' Zaid Ibrahim (kebetulan 'bin' sama) memang boleh diyakini keikhlasan mereka berjuang dalam PKR. Kalau nak dikira di sudut kekuatan ekonomi, mereka berdua adalah jutawan. Jadi tidak timbul persoalan mencari kepentingan peribadi melalui karier politik.

Saya mengharapkan agar para perwakian PKR lebih bijak menilai siapakah yang lebih layak untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta AMT PKR.

Sekiranya ahli PKR mahukan parti mereka terus utuh dan berpengaruh, maka jalan terbaik ialah dengan memilih barisan pimpinan baru yang benar-benar berkualiti, ikhlas dan tiada berkepentingan dalam pemilihan kali ini. Jika sebaliknya, bermakna PKR hanya menunggu hari untuk rebah.

Saya menutup bicara dengan mengambil kata-kata Ust Ismail Kamus "Kita bukan gila kuasa tetapi nak ambil kuasa dari orang gila."

Nilailah sendiri siapa yang gila itu?

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger