Thursday, September 30, 2010

Melayu hapraq pasal menentang Allah dan Rasul

Tak habis-habis bercakap pasal Melayu, Melayu, Melayu... Apa ada pada Melayu hari ini? Cuba tanya UMNO dan PERKASA, kenapa sibuk sangat dengan politik perkauman ini? Sudah-sudahlah dengan kerja memperbodohkan bangsa Melayu yang sekian lama telah diperbodohkan semahunya oleh UMNO sendiri. Selama ni pun UMNO yang mengetuai kerajaan tapi nasib Melayu dok macam tu juga. Tak terbela malah semakin buruk keadaannya. Bukan setakat nasib tak terbela malah hak-hak mereka sendiri dirampas oleh pimpinan UMNO yang kononnya mendakwa sebagai pembela Melayu.

Bagi penulis, apa yang melanda umat Melayu-Islam hari ini merupakan kesinambungan daripada kebodohan mereka sendiri. Sudah berpuluh tahun mereka duduk di bawah pemerintahan UMNO-BN yang korup, namun masih juga tidak sedar dan terus memberikan kepercayaan kepada golongan pemimpin jahat dan tidak beriman dalam setiap pilihanraya umum.

Inilah akibatnya bila majoriti Melayu-Islam masih berdegil dan enggan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Justeru terimalah padahnya. Sudah Allah jelaskan dalam Al-Qur'an bila mana penduduk di sesebuah negara itu semakin hari semakin derhaka pada-Nya, maka Dia akan melantik pemimpin yang jahat dan zalim menjadi pemerintah sebagai peringatan kepada mereka. Mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kita boleh lihat sendiri apa yang terjadi pada bangsa Melayu-Islam hari ini. Amat memalukan. Antaranya;

- 250,000 anak Melayu-Bumiputera telah murtad.

- gejala zina yang berleluasa di kalangan remaja sekolah dan universiti

- gejala buang anak

- peningkatan kadar jenayah di kalangan remaja hingga ke peringkat bunuh

- peningkatan penagihan dadah

- sumbang mahram

- kebejatan gejala sosial yang sangat kronik

..... dan pelbagai macam penyakit masyarakat yang sedang melanda negara hari ini.

Manakala di peringkat negara, rasuah dan penyelewengan sudah menjadi perkara biasa. Jenayah bunuh sudah sampai ke tahap kritikal. Golongan pemerintah bebas melakukan apa jua bentuk jenayah kolar putih tanpa halangan. Bebas merompak harta rakyat semahunya tanpa merasa bersalah. Begitulah juga dengan ahli keluarga dan kroni mereka. Mereka terus hidup dalam limpahan kemewahan yang melampau manakala rakyat bawahan terus ditindas dan diperbodoh dengan propaganda murahan sentimen perkauman setiap kali menjelang piihanraya.

Hari ini sudah mula kendengaran iklan 'memperbodohkan Melayu' dengan kata-kata "Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah".

Bukan Melayu yang hilang kuasa tapi puak-puak celaka UMNO tu yang takut hilang kuasa disebabkan segala dosa rasuah dan penyelewengan mereka selama ini. Mereka tahu jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kerajaan pusat, maka dengan sendirinya segala pekong busuk mereka akan terdedah dan seluruh kekayaan mereka hasil merompak harta rakyat akan dirampas semula. Bukan setakat itu saja malah mereka akan di bawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan atas segala jenayah yang dilakukan.

Wahai umat Melayu-Islam,

Kita semua akan mati. Dan kematian itu bukan penghujung hidup malah ianya merupakan satu proses pemindahan alam sebelum dibangkitkan semula ke alam Akhirat yang kekal abadi. Di sana kita semua akan melalui proses saringan secara adil di Mahkamah Allah. Perkara pertama yang akan disemak oleh Allah ialah 'Aqidah kita semua. Jika berjaya melepasi saringan 'Aqidah, barulah semakan sembahyang dibuat dan seterusnya.

Persoalannya sekarang mengapa kita yang mengaku Islam ini terus berdegil dan percaya dengan sistem sekular Kristian yang memisahkan agama dengan politik? Sedarkah kita dengan percaya atau menyokong sistem ini akan menyebabkan kita terkeluar daripada Islam. Rosak 'Aqidah walau masih bersolat.

Tidak cukup lagikah dengan segala bukti kerosakan yang melanda masyarakat Melayu-Islam hari ini? Adakah mahu ditunggu sehingga Allah menurunkan bala' bencana yang memusnahkan sebagaimana yang dialami oleh kaum 'Ad dan Tsamud, lepas tu baru nak insaf?

Disebabkan kedegilan kita terus memilih pemimpin tidak beriman, maka terimalah padahnya hari ini. Kehidupan bukan makin senang malah terus dihimpit dengan pelbagai jenis kesusahan dari masa ke semasa.

Sekali lagi penulis ingin mengingatkan diri sendiri dan para pembaca tentang amaran Allah terhadap golongan manusia yang menyokong pemerintah jahat. Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud ;

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Jelas sekali ayat 66 - 68 ini adalah ayat politik pemerintahan. Macamana pemimpin UMNO begitu berani sekali menafikan isi kandungan Al-Qur'an dengan mendakwa politik tiada dalam Islam. Terbukti puak-puak pimpinan UMNO ni sesat. Dan UMNO itu sendiri sejak awal penubuhannya memang berfahaman sesat sekular Kristian. Perkara ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Yang paling malang sekali ialah Melayu-Islam yang dok ikut UMNO secara membuta tuli. Orang dok habaq dan nasihat supaya tinggalkan UMNO toghut tapi degil. Tak pasal-pasal ikut pemimpin masuk Neraka. Dahlah kat dunia tak kaya, hidup susah. Lepas tu kat Akhirat pun rugi.

Ingatlah... Baginda Rasulullah S.A.W. sendiri tak akan mengakui kita sebagai umatnya jika bersama dengan golongan yang memperjuangkan kebangsaan (Assobiyah).

Kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya sebelum terlambat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger