Thursday, September 10, 2009

UMNO Sedang Menuju 'Lubang Kubur'

Sejak sebulan yang lalu saya sering bertemu dengan seorang "Pakar Strategi UMNO", juga seorang AJK Bahagian UMNO di Sabah. Beliau juga salah seorang pengunjung setia blog saya. Dia bagitau saya agar teruskan usaha 'hentam' UMNO sampai lumat.

Sahabat saya ni banyak memberi maklumat tentang kebobrokon UMNO. Daripada pengalaman beliau memainkan 'peranan penting' dalam gerakerja saraf dan pilihanraya, saya menyakini kewibawaan beliau, juga maklumat yang diberikan.

Salah satu peristiwa yang amat 'menyakitkan' hatinya serta sebagai bukti betapa perangai pimpinan UMNO ni tidak ubah macam orang kafir. Beliau menceritakan pada saya pernah satu ketika beliau mengiringi Ketua Pemuda UMNO Bahagian (beragama Islam) melawat sebuah kampung dalam misi kempen untuk merebut jawatan dalam UMNO Bahagian. Setibanya di kampung tersebut, penduduk kampung yang majoritinya bukan Islam telah menyediakan arak buatan sendiri bagi menyambut ketibaan rombongan mereka.

Sahabat saya menasihati Ketua Pemuda UMNO itu agar jangan minum arak dan berilah alasan yang munasabah kepada orang kampung. Malangnya Ketua Pemuda UMNO itu menjawab "Tak apa sesekali minum bagi menjaga hati orang kampung. Kalau tak minum, nanti mereka kecil hati dan tak mahu sokong aku dalam pemilihan nanti."

Sahabat saya terkejut mendengar jawapan itu. Dia kata kat saya yang UMNO memang dah nak mampus. Tegasnya lagi jika PKR bijak dalam gerakerja dan strategi mereka, tak mustahil PKR boleh memenangi banyak kawasan di Sabah. Malangnya dia bagitau PKR tidak buat kerja yang sepatutnya.

Sewaktu PRU12 dia sendiri menelefon salah seorang calon PKR dan bertanya "Kau mahu menang tak ? Kalau mahu menang, sila jumpa saya." Dalam pertemuan sulit sebagaimana yang dijanjikan, calon PKR tu bagitau bahawa PKR tiada ****. Dia bagitau pada calon PKR yang juga rakan sekolahnya dulu "Kalau macam tu susahlah saya mahu tolong kau."

Dalam PRU12 lalu, dia ditugaskan oleh Perhubungan UMNO Negeri Sabah untuk menghantar wang berjumlah RM 12 juta kepada beberapa orang calon yang akan bertanding dalam PRU12 di beberapa buah kawasan Parlimen dan DUN. Dia pergi bersama seorang SB Polis sebagai pengawal keselamatan. Wang RM 12 juta itu diisi dalam 10 buah beg yang berkunci. Hanya calon saja yang tahu kod kunci itu. Tugasnya hanyalah menyerahkan beg yang berisi duit itu kepada setiap calon yang akan bertanding. Minimum RM 1 juta bagi setiap calon.

Jelas beliau UMNO memang menggunakan 'kuasa duit' untuk bertahan. Tanpa duit, UMNO akan pupus dari alam maya ni. Duit dijadikan 'tuhan' dalam UMNO.

Jika dilihat dari senario yang berlaku mutakhir ini menunjukkan seolah-olah UMNO sudah begitu dekat dengan ajalnya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sebelum ini yang mana Pilihanraya Kecil diadakan sebanyak 7 kali sepanjang tahun 2008 - 2009. Dari 7 PRK ini hanya satu dimenangi oleh BN yaitu di Batang Ai. Selebihnya dimenangi oleh PR.

Senario politik UMNO di Sabah berubah 360 darjah apabila veteran UMNO Tan Sri Kasitah Gadam bebas dari segala tuduhan rasuah baru-baru ini. Antara pemimpin UMNO Sabah yang 'lemas' dengan keputusan Mahkamah Tinggi KL itu ialah Ketua Menteri sendiri Musa Aman, Masidi Manjun (Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Ranau), Shafie Afdhal, Siringan Gubat (MP Ranau).

Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu 'menyelami' secara mendalam hasrat masyarakat peribumi Sabah. Di sudut 'track rekod' politik Sabah, sudah beberapa buah parti yang memerintah Sabah. Bermula dengan USNO, Berjaya, PBS dan sekarang BN. Sikap pengundi Sabah ini agak unik kerana mereka bukan dari kategori pengundi yang 'setia' dengan parti. Mereka boleh berubah 'last minute' jika parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya bijak dalam strategi dan gerakerja saraf mereka.

Jika Pakatan Rakyat ada hasrat untuk menawan Sabah, maka perlu buat kerja keras dan teratur. Kalau setakat bergantung dengan isu dan ceramah saja, jangan mimpilah PR nak menang di Sabah.

Begitu juga di Semenanjung. Kalau setakat bergantung dengan isu dan ceramah saja, jangan bermimpi untuk 'menawan' Putrajaya dalam PRU13. Macamana nak menang jika buat kerja main 'sembrono' saja. Bak kata orang 'syok sendiri' dengan kehadiran begitu ramai orang dalam ceramah yang dianjurkan. PAS Negeri kena belajar dari PAS Kelantan dan Kedah. Belajar dari mereka bagaimana gerakerja yang dilakukan selama ini.

Jangan kita asyik pandai bercakap saja mengulas isu politik semasa sedangkan kawasan sendiri masih tak tentu arah. Jika kita tak dapat ubah sikap ini, maka lama lagilah untuk melihat PR perintah negara. Memang tak dinafikan bukan satu perkara yang mudah untuk 'menukar' sikap pengundi. Namun yakinlah dengan pertolongan Allah. Jika kita buat kerja secara teratur dan bermaklumat, tak mustahil kemenangan akan muncul juga akhirnya.

Hari ini kita sendiri melihat betapa UMNO sedang 'kelam-kabut' tetapi bagaimana pula dengan kita. Adakah gerakerja kita sudah mencapai tahap optimum bagi melayakkan kita untuk menang.

Whatever the issues, UMNO is going to die...

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger