Sunday, September 13, 2009

Pemerintah Jahat Terus Berkuasa Kerana Kejahilan Rakyatnya

Dalam sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Parlimen membenarkan rakyatnya memilih parti mana yang akan memerintah. Begitu juga di Malaysia. Sejak merdeka lagi kita diperintah oleh BN yang diketuai oleh UMNO. 52 tahun merupakan satu tempoh yang panjang bagi sebuah parti seperti BN yang mendominasi negara ini.

Agak malang bagi rakyat Malaysia hari ini khususnya orang Melayu yang semakin hari semakin ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bukan takat itu saja malah hak keistimewaan orang Melayu sendiri telah dirampas oleh UMNO yang kononnya mendakwa sebagai pembela bangsa.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia yang mana sebuah parti sanggup mengkhianati dan menipu bangsanya sendiri. Namun itulah UMNO.

Persoalannya mengapa BN yang diketuai UMNO terus bertahan sebagai pemerintah walaupun sudah banyak bukti yang didedahkan tentang segala penyelewengan dan jenayah yang mereka lakukan ?

Kejahilan Rakyat

Faktor kesedaran rakyat menjadi penyumbang utama kepada perubahan pemerintahan dalam mana-mana negara. Malangnya sehingga ke hari ini kesedaran politik masyarakat Melayu amatlah rendah jika dibandingkan dengan bangsa lain.

Pemikiran orang Melayu sejak zaman merdeka lagi telah didoktrin oleh UMNO dengan fahaman khurafat "Hanya UMNO yang mampu memerintah". Inilah masalahnya. Tambahan pula masyarakat Melayu sudah puluhan tahun berpegang kepada aqidah Sekularisma. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik. Fahaman inilah yang menjadi penghalang utama kepada perubahan sikap pengundi Melayu.

Betapa setianya orang Melayu kepada UMNO sehingga buta mata hati mereka daripada melihat kebenaran. Sudah pelbagai rupa bentuk penyelewengan yang terdedah di depan mata mereka namun untuk berubah tidak sama-sekali. Ahli dan penyokong UMNO menganggap kata-kata pemimpin merekalah yang benar. Tiada yang salah melainkan benar belaka. Hatta jika ucapan pemimpin itu bercanggah dengan Al-Qur'an dan Hadis pun mereka tetap sokong. Inilah yang merbahaya kerana tanpa disedari aqidah Islam mereka boleh rosak ekoran patuh dan taat secara melulu tanpa usul periksa.

Sedih bila mengenangkan sikap mereka yang masih berdegil dengan fahaman khurafat yang telah terpasak dalam kepala otak. Pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang kuat UMNO yang sakit nak mati sempat meninggalkan wasiat kepada isteri dan anak-anaknya agar jangan sekali-kali menyokong PAS. Bayangkanlah betapa dahsyatnya doktrin yang telah berjaya ditanam oleh UMNO kepada ahlinya. Sehingga ke hari ini anak-anaknya tetap bersama UMNO kerana enggan 'derhaka' kepada ayah mereka yang telah mati. Masalahnya wasiat yang ditinggalkan itu adalah WASIAT SESAT. Disebabkan kejahilan isteri dan anak-anak tentang Islam yang sebenar, maka berterusanlah legacy kesesatan aqidah dalam keluarga si mati.

Para pemimpin UMNO tahu peningkatan kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan masyarakat Melayu merupakan satu ancaman besar kepada parti mereka. Sebab itulah setiap program kuliah yang disiarkan dalam TV maupun yang dianjurkan oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam akan dipantau sepanjang masa. Hatta ahli panel yang diundang pun mesti dipastikan bukan penyokong PAS. Bab politik memang sama-sekali tidak dibenarkan dalam program sebegini.

Seorang penceramah bebas Ustaz Shahril Long pernah menceritakan pengalaman beliau apabila didatangi oleh 5 orang ahli UMNO setelah selesai kuliah yang disampaikannya di salah sebuah mesjid di Kuala Lumpur. Ahli UMNO itu mengaku "Baru sekarang kami sedar yang selama ini kami syirik kepada Allah kerana menyokong UMNO. Kalau tak dengar kuliah ustaz, nescaya kami akan terus jahil dan ditipu oleh UMNO sampai mati. Terima kasih ustaz".

Bagi saya, hatta UMNO itu sebuah parti yang bersih dari segala penyelewengan dan rasuah sekalipun, namun menyokongnya juga tetap haram kerana dasar dan fahaman parti itu bertentangan dengan Islam.

Semuga dalam minggu terakhir Ramadhan al-Mubarak ini diharap seluruh ahli dan penyokong UMNO sedar dan berhijrah dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan.

Jazakallah.

1 comment:

WongJowoMalaysia said...

salam saudara,

selain daripada isu rakyat diperbodohkan pemerintah.Apakata saudara menulis tentang sentimen anti Malaysia yang semakin meluap2 dikalangan warga Indonesia.

Kata pemerintah Malaysia,isu ini sudah selesai dan hubungan antara rakyat baik.Tetapi apabila dilihat pada forum2 internet.Kemarahan warga Indon terutama generasi muda mereka pada Malaysia masih meluap2.

Malah ramai yang mendesak perang dilancar pada malaysia.Bagi saya kerajaan tidak boleh memandang remeh isu ini.Malah pembangkang juga harus bersama mengatasi isu ini selain mengkritik kerajaan.Parah jika dibiarkan lebih lama.Cuba rujuk laman web anti Malaysia dan Indonesia ini.

http://www.facebook.com/group.php?gid=77839129095&ref=mf

http://antimalaysiafc.blogspot.com/

Dan di pihak Malaysia,

arezeo.blogspot.com

penipuan-jawa.blogspot.com

Jika diamati tidak mustahil perkara ini akan berlarutan tambahan dengan sifat emosi keterlaluan warga Indonesia.Sama2lah kita perjuangkan perkara yang baik.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger