Thursday, September 3, 2009

'Altantuya' Selamat Sampai Dari Peranchis

Kapal selam 'Altantuya' yang pertama selamat sampai ke tanahair di Pengkalan KD Sultan Abd.Aziz Shah, Pulau Indah Pelabuhan Klang hari ini. Ketibaan 'Altantuya' ini disambut oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Selangor, Raja Muda Selangor, PM Najib, TPM Mahyuddin, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi dan Panglima ATM.

54 hari masa pelayaran yang diambil oleh 'Altantuya' untuk sampai ke Malaysia dari tempat kelahirannya di Toulon, Peranchis. Sepanjang pelayaran tersebut 'Altantuya' menyelam selama 32 hari, 10 hari di permukaan dan selebihnya singgah di beberapa pelabuhan untuk mengisi minyak. Perlu diingat 'Altantuya' digerakkan oleh enjin diesel, bukan janakuasa nuklear.

2 biji kapal selam 'Altantuya' ni dibeli oleh kerajaan Malaysia dengan harga RM 3.4 bilion (USD 975 juta). Harga ni sudah tentu termasuk dengan jumlah duit yang disapu oleh Najib sebanyak RM 960 juta. Kalau Najib tak sapu, harganya sekitar RM 2.4 bilion saja. Senang sungguh Najib dan Rosmah buat duit tepi.

Terus-terang aku memang tak percaya dengan kemampuan kapal selam ni. Dari segi sistem persenjataan dan teknologinya sudah pasti jauh ketinggalan dengan kapal selam milik Tentera Laut Singapura. Apa yang aku bimbangkan ialah jangan-jangan belum sampai setahun beroperasi sudah rosak ataupun tenggelam ke dasar laut. Minta maaflah, selagi puak-puak penyamun UMNO yang jadi pemerintah, tobat lahum aku memang langsung tak percaya dengan apa yang mereka buat untuk Malaysia. Sudah terbukti sebelum ini, semua yang dibuat bukan untuk kesejahteraan negara dan rakyat tetapi hanya untuk kepentingan peribadi mereka sendiri.

Sudah berapa ramai juruterbang dan anggota tentera kita mati percuma akibat kemalangan pesawat pejuang dan helikopter Nuri. Beratus juta wang rakyat hangus begitu saja sewaktu Kerajaan Malaysia membeli pesawat Skyhawk dalam tahun 1986 dulu. Yang dibeli 88 buah, yang sampai ke Malaysia sekitar 40 buah. Selebihnya tersadai di sebuah gurun di Amerika. Mana ada sebuah kerajaan dalam dunia ini yang sebodoh kerajaan Malaysia di bawah UMNO yang sanggup membeli pesawat pejuang yang dah buruk dan tidak layak untuk terbang lagi. Sebenarnya pesawat Skyhawk ni mahu dihapuskira tetapi Malaysia yang kutip besi buruk ni. Akibatnya berapa banyak yang terhempas bila terbang semula di Malaysia. Yang paling kita kesalkan ialah ramai juruterbang kita yang terbunuh secara 'percuma'.

Sebab itulah Singapura 'tak gentar' dengan sistem pertahanan udara dan laut kita. Mereka hanya ketawakan saja Malaysia.

Berbalik pada kapal selam 'Altantuya' ni. Sebuah daripadanya akan dihantar ke Sabah dan diletakkan di pelabuhan Tentera Laut di Teluk Sepangar. Jangan sampai kapal selam negara ini terlanggar pulau sudahlah...

Tak tahulah apa nak jadi dengan sistem pertahanan negara kita hari ini.

Sayonara.

2 comments:

hjanuar said...

Assalamualaiku.
Saya telah beberapa kali membaca penulisan di blog anda. Disini saya berharap agar saudara dapat memberikan bukti, saksi serta transaksi kemasukan wang komisyen kepada najib dalam porolehan kapal selam. Jika saudara gagal memberikan jawapan semua itu, saya berangapaan saudara adalah seorang yang suka menabur fitnah keatas saudara seagama.

hjanuar said...

Adakah anda berpengalaman dan berpengetahuan dalam ilmu perperangan maritim.Kalau anda tidak tahu lebih baik anda menulis cerita lain ajeerr jangan jadikan dasar pertahanan negara sebagai bahan cemuhan dan lacuran politik murahan anda sahaja.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger