Friday, December 23, 2011

Unjuran KDNK 5 peratus satu pembohongan

Semalam Najib melahirkan keyakinannya bahawa unjuran kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5 peratus pada tahun ini dan 2012 mampu dicapai kerana permintaan domestik negara yang kukuh meskipun iklim ekonomi dunia tidak menentu akibat kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.

Kata Najib, permintaan domestik yang kukuh disumbangkan oleh perbelanjaan pembangunan dan pelaburan swasta serta pelaburan langsung asing.

Penulis bukanlah seorang ekonomis tapi bila merujuk kepada hutang negara yang terus meningkat kepada RM437,200,000,000 (RM437.2 bilion) serta kedudukan Malaysia terus jatuh ke tangga 60 dalam CPI sebagai negara kuat rasuah, mana mungkin negara ini mampu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 5 peratus.

Berbanding negara jiran kita, Singapura yang berada pada kedudukan 5 terbaik dunia dalam CPI sebagai negara yang hampir tiada rasuah, namun kerajaan negara itu sekadar membuat unjuran pertumbuhan ekonominya sebanyak 3 peratus saja bagi 2012.

Seluruh dunia tahu bahawa Singapura adalah pusat kewangan bagi rantau ini. Dan terbukti negara itu mampu bertahan dalam krisis ekonomi pada 1997-98. Kemampuannya bertahan kerana mempunyai asas ekonomi yang kukuh serta mempunyai rizab simpanan negara yang cukup besar.

Penulis masih ingat, Prof Dr Jomo, pakar ekonomi negara yang kini bertugas dengan PBB, menegaskan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia hari ini hanya bergantung kepada perbelanjaan awam. Yaitu kerajaan menggunakan wang sendiri untuk berbelanja bagi meransang ekonomi domestik.

Tambah Dr Jomo, tiada berlaku peningkatan pelaburan tempatan dan jauh sekali pelaburan asing. Bagaimana pelabur asing mahu masuk melabur jika pelabur tempatan sendiri menghentikan operasi mereka akibat sistem yang sudah rosak termasuk amalan rasuah yang berleluasa.

Untuk jangkamasa pendek, perbelanjaan awam memang boleh meransang ekonomi negara pada kadar 5 hingga 6 peratus setahun.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger