Tuesday, December 20, 2011

Kalau dah mabuk kuasa, keluar je PAS

Sepanjang tempoh 2 minggu ni isu Hasan Nasa nampaknya masih tak kunjung reda. Nak salahkan sape? Sapa suruh cari pasal? Sapa yang dok ajar buat tindakan maupun kenyataan yang membuka ruang untuk musuh menyerang PAS? Kalau dah kemaruk sangat nak jadi MB atau Menteri, isytihar saja diri keluar PAS dan masuk UMNO. Habis cerita. Jangan sakitkan hati kami ahli-ahli PAS seluruh negara dengan tindakan yang tak matang.

Mendakwa diri sebagai pejuang Islam dan Melayu. Hanya cari redha Allah, bukan redha manusia. Habis yang kami ni ahli PAS biasa, apa? Bukan pejuang agama?

Lupakah dengan seluruh ahli PAS Selangor yang bertungkus-lumus, menyengkang mata siang dan malam, tinggalkan bini kat rumah peluk bantal je, yang kena marah bini pun ada kerana bertugas sepanjang masa di bilik gerakan, berkempen dan berceramah ketika PRU12, semuanya dilakukan demi menjamin kemenangan calon PAS. Adakah mereka semua ni bukan pejuang Islam?

Yang sorang lagi langsung tak datang mesyuarat selepas kalah kerusi Timbalan Presiden. Bukan dia sorang yang kalah. Tuan Ibrahim Tuan Man pun kalah tapi Pesuruhjaya PAS Pahang itu tetap komited dengan jamaah. Hadir mesyuarat.

Jangan ingat kami yang kat bawah ni bodoh semua. Ini zaman fibre optik dan broadband. Sentiasa mengikuti perkembangan dan tindak-tanduk pimpinan. Jangan sesekali cuba untuk nak hidupkan lagi idea Kerajaan Perpaduang. Kalau masih ada keinginan jahat itu, silalah keluar PAS.

Inilah padahnya jika menjadi pimpinan tidak melalui proses tarbiyyah haraki sebagaimana yang dilalui oleh Mat Sabu, Salahuddin, Husam dan Mahfuz. Tiba-tiba je melonjak terus ke atas. Tak pernah rasa susah. Bila diuji dengan jawatan yang agak tinggi, mulalah mabuk kuasa dan bertindak macam dia sorang je yang nak bela agama.

Penulis juga amat tak bersetuju dengan Shaari Sungip yang buat kenyataan mendahului Presiden. Ekoran tindakan gelojohnya itu telah membuka peluang pihak musuh untuk melakukan serangan terhadap PAS.

Sebagai pimpinan, sewajarnya setiap tindakan maupun kenyataan yang nak dibuat mesti dirujuk terlebih dahulu kepada pimpinan tertinggi agar tidak menimbulkan fitnah.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger