Wednesday, December 7, 2011

Terasa benar keagungan-Mu Ya Allah

Kira-kira jam 6.30 pagi tadi, penulis berlepas dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru dengan pesawat Air Asia AK5461. Berlepas awal 10 minit daripada jadual asal. Biasalah Air Asia ni. Bila semua penumpang dah on board, terbang teruslah. Tapi kalau delay, rentung kita dibuatnya kat airport kerana terpaksa menunggu hingga sejam kekadang tu. Anyway, kira okaylah asalkan selamat landing di destinasi yang ditujui.

Bila jadual penerbangan awal pagi, biasanya penulis tak tidur malamnya sebab bimbang terlepas penerbangan. Takpelah... dalam pesawat kan boleh membuta.

Kira-kira 20 minit pesawat berlepas, penulis pun padam. Dapat jugalah sejam lelapkan mata. Alhamdulillah. Bila terjaga, penulis dengar pilot cakap "Terbang pada ketinggian 30 ribu kaki dengan kelajuan 890 km/j". Lepas tu penulis jengok-jengoklah ke luar untuk menikmati panorama alam ciptaan Ilahi. Duduk tepi tingkap memang pilihan penulis.

Walau dah banyak kali naik pesawat, tapi kali ni penulis dapati begitu indahnya panorama ruang angkasa ciptaan Ilahi. Terasa benar akan keagungan Allah Yang Maha Berkuasa menciptakan segala sesuatu. Sempatlah penulis rakamkan sekeping dua photo dengan kamera handphone.

Terasa benar yang diri ini begitu kerdil, lemah dan banyak dosa ketika menikmati keindahan ruang angkasa yang disediakan oleh Allah untuk kemudahan makhluk-Nya bergerak pantas dengan ilmu teknologi yang dikurniakan-Nya.

Tak semena-mena terlintas di benak fikiran betapa sombongnya manusia yang merasakan diri mereka hebat boleh buat kapal terbang untuk terbang di udara sedangkan mereka tak sedar yang ilmu membuat pesawat itu pun milik kepunyaan Allah S.W.T. Teringat juga akan keangkuhan Amerika yang mendabik dada kerana berjaya mencipta pesawat angkasa pergi balik sebagaimana yang ada hari ini.

Walau sebesar mana keangkuhan kuasa kuffar itu, namun penulis terus tersenyum bila teringat Baginda Rasulullah S.A.W. bukan setakat terbang ke angkasa malahan hingga melepasi langit ketujuh dengan menaiki 'pesawat tercanggih' ciptaan Allah yang dikenali sebagai Buraq. Perjalanan pergi balik Baginda hanya mengambil masa yang singkat saja. Yaitu antara Isya' dan Subuh. Perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram dan terus ke langit. Allahuakbar

Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang sentiasa bertaubat dan menjadi penolong agama Allah.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger