Monday, December 12, 2011

Jangan dilayan isu Hasan Nasa oleh Utusan

Sebagai ahli PAS, kita harus peka atas isu yang cuba dibesarkan oleh lidah rasmi si munafiq UMNO, Utusan Malaysia. Dulu sebelum berlangsungnya pemilihan pucuk pimpinan dalam Muktamar PAS ke-52, seluruh media UMNO terus memperkatakan tentang gandingan mantap Hadi Nasa. Malah tidak kurang juga tokoh-tokoh pimpinan UMNO termasuk veterannya yang mengakui Hadi Nasa merupakan gandingan mantap dalam PAS.

Dalam pemilihan PAS lalu, isu kerajaan perpaduan memang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat hingga menimbulkan keresahan ahli PAS di semua peringkat. Dan UMNO menjadikan isu itu sebagai modal untuk memecah-belahkan ukhwah di kalangan pimpinan dan ahli PAS.

Namun niat jahat UMNO itu digagalkan Allah SWT bila Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden. Kekecewaan UMNO begitu ketara sekali dengan tewasnya Nasaruddin dalam perebutan 3 penjuru jawatan No 2.

Lihat saja bagaimana Mat Sabu diserang hebat selepas menang Timbalan Presiden. Dalam isu Mat Indera, Mat Sabu bukan sekadar diserang malah dituduh komunis kerana mengiktiraf pahlawan tulen Johor itu sebagai pejuang kemerdekaan. Tidak berhenti takat itu saja, malah diheret hingga ke mahkamah.

Bila UMNO lihat isu Mat Indera menikam diri sendiri, mereka beralih pula kepada Hasan Ali untuk meneruskan cubaan menggugat keharmonian PAS sebagai sebuah parti yang kukuh dan telah teruji.

Yang pasti UMNO amat mengharapkan agar Hasan Ali dan Nasa tidak akan terpilih lagi sebagai calon PAS dalam PRU13 agar mudah untuk melakukan serangan seterusnya dengan harapan para penyokong Hasan Ali di Selangor akan melakukan undi protes.

Waima apa pun, penulis cukup yakin dengan kewibawaan pimpinan utama PAS dalam menghadapi serangan bertalu-talu UMNO mutakhir ini.

Insya'Allah, PAS mampu menghadapinya dengan cara paling berhikmah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger