Saturday, December 17, 2011

Ubahlah sekali

Merujuk kepada Corruption Perception Index 2011 oleh Transparency International, negara yang menduduki 5 tangga teratas sebagai negara yang hampir tiada rasuah ialah New Zealand (9.5), Denmark (9.4), Finland (9.4), Sweden (9.3) dan Singapore (9.2). Malaysia pula terus jatuh ke tangga 60 daripada 56 pada tahun 2010. Siapa yang mengetuai kerajaan BN selama ini? Anda jawablah sendiri.

Walaupun kelima-lima buah negara yang menduduki ranking terbaik itu diterajui oleh orang bukan Islam tapi mereka berjaya mentadbir dan mengurus ekonomi negara masing-masing secara telus dan berintegriti.

Sebab apa mereka boleh berbuat demikian? Sebab mereka sedar kuasa memerintah yang diperolehinya itu adalah mandat rakyat. Dan mereka tak berani untuk melakukan sebarang penyelewengan atau salahguna kuasa kerana tahu rakyat mereka bijak dan peka atas segala dasar yang dilaksanakan termasuk janji-janji dalam manifesto pilihanraya.

Kita ambil contoh Amerika. Hanya ada 2 parti utama yang sering bersaing dalam pilihanraya. Yaitu Republikan dan Demokrat.

Sejarah pilihanraya Presiden di negara kuasa besar itu menunjukkan bahawa sering berlaku pertukaran parti yang memerintah antara Republikan dengan Demokrat. Rakyat Amerika sedar akan hak mereka serta bebas untuk memilih pihak mana yang patut dipilih sebagai Presiden. Samada dari calon Republikan maupun Demokrat.

Jika mereka lihat Presiden dari parti Republikan gagal melaksanakan segala dasar yang dijanjikan semasa kempen, maka dalam pilihanraya berikutnya, mereka akan bertindak memilih calon Presiden dari pihak Demokrat pula jika Presiden yang sedia ada masih bertanding untuk mempertahankan jawatannya. Dan itulah yang berlaku di Amerika dan negara-negara maju di Eropah yang mana rakyat menjadi 'raja' serta bebas untuk memilih mana-mana calon yang terbaik bagi menerajui kerajaan berikutnya.

Bagaimana pula di Malaysia?

Sejak merdeka Malaysia hanya diperintah oleh UMNO BN dan tak pernah bertukar walau sekali pun. Kenapa boleh jadi macam tu? Adakah rakyat cukup berpuashati dengan pemerintahan mereka atau ada sebab lain?

Oleh kerana UMNO selama ini mendakwa dirinya sebagai pembela Melayu, mengapa;

- tergamak merampas hak biasiswa Melayu Bumiputera yang dijamin oleh perlembagaan dan diganti dengan hutang pinjaman PTPTN?

- dirampas hak royalti minyak Terengganu sedangkan 95 peratus penduduk negeri itu adalah Melayu?

- diselewengkan berbilion ringgit wang peneroka Felda?

- mahu dirampas tanah orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur?

... dan banyak lagi penipuan yang dilakukan oleh rejim UMNO terhadap orang Melayu selama ini.

Dalam soal agama, tak payah sebutlah kerana UMNO sendiri adalah musuh No.1 Islam. Golongan munafiq UMNO ini hanya Islam pada nama dan kad pengenalan saja. Hakikatnya mereka lebih jahat daripada golongan kafir sendiri. Sebab itulah golongan munafiq ditempatkan di dasar Neraka kelak.

Yang menjadi tanda-tanya, kenapa UMNO BN masih mampu menguasai kerajaan Pusat walau pelbagai kezaliman, penyelewengan dan jenayah dilakukan?

Sebabnya tak lain tak bukan ialah minda dan jiwa orang Melayu telah berjaya dikongkong dan disesatkan dengan fahaman sekular (syirik). Politik lain, agama lain. Juga fahaman khurafat yang ditanam ke dalam jiwa orang Melayu "Hanya UMNO saja boleh memerintah. Tanpa UMNO, hilanglah kuasa orang Melayu".

Selain fahaman songsang itu, UMNO sengaja membiarkan golongan Melayu Bumiputera terus ketinggalan dalam bidang ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. UMNO sedar dengan membiarkan golongan ini terus miskin, maka mudahlah diperbodohkan dengan pelbagai janji dan ugutan.

Bagi kelompok Melayu pertengahan yang bertugas dengan kerajaan, mereka diugut dengan pelbagai cara jika menyokong pembangkang. Antara ugutan termasuk sekatan kenaikan pangkat, ditukar dan seumpamanya.

Persoalannya, sampai bila kita mahu membiarkan diri ini terbelenggu di bawah pemerintahan UMNO yang korup dan zalim?

Mengapa perlu takut untuk berubah sedangkan dah ada bukti di depan mata sendiri bila mana Ketua Audit Negara memperakui kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus-tadbir perbelanjaan kewangan 4 negeri dengan telus dan berhemah.

Jom kita ubah sekali dalam PRU13.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger